Yamaha MT-07 Maintenance Program

Yamaha MT-07 adalah antara model Street Hyper Naked keluaran Hong Leong Yamaha di Malaysia yang memberikan pilihan kepada penunggang untuk memiliki motorsikal berkuasa sebagai pilihan untuk kegunaan harian ataupun untuk join ride dengan kawan-kawan di hujung minggu
Yamaha MT-07 diinsipirasikan daripada Sisi Kegelapan Jepun (Dark Side of Japan), rekabentuk hyper naked street yang kompak dikuasakan oleh enjin 2 silinder crossplane.

Rekabentuk enjin berkapasiti 689CC ini mampu menawarkan linear tork yang yang berkuasa yang mampu memberikan kuasa pecutan yang mendebarkan tetapi pada yang masa mesra dompet sebab dapat mengoptimumkan penggunaan bahan api dengan lebih ekonomi
MT-07 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan Anti-lock Braking System pada kedua-dua roda hadapan dan belakang. Ini secara tidak langsung dapat meminimakan penunggang menghadapi risiko tergelincir ketika terpaksa brek secara kecemasan dan sekaligus menawarkan pengendalian motosikal yang lebih selamat

Spesifikasi enjin Yamaha MT-07
| Engine Type | 2-cylinder, 4-stroke, liquid cooled, DOHC, 4-valves | |
| Displacement | 689 cm³ | |
| Bore X Stroke | 80.0 mm X 68.6 mm | |
| Compression Ratio | 11.5 : 1 | |
| Maximum Power | 55.0 kW @ 10,000 rpm | |
| Maximum Torque | 68.0 Nm (6.9 kg-m) @ 6,500 rpm | |
| Lubrication System | Wet Sump | |
| Clutch Type | Wet Multiple Disc | |
| Fuel System | Fuel Injection | |
| Ignition System | TCI | |
| Starter System | Electric | |
| Transmission System | Constant Mesh, 6-speed | |
| Final Transmission | Chain | |
| Fuel consumption | 4.0 L / 100km |
Informasi penjagaan motorsikal Yamaha MT-07 yang kami berikan ini telah kami olah untuk fokus kepada benda-benda paling penting dan wajib dibuat untuk memastikan maintenance motorsikal Yamaha anda ini lebih tahan lama dan anda tidak perlu mengeluarkan kos pembaikan tidak perlu dan secara tak langsung anda dapat menikmati ketenangan semasa pemanduan.
Data ini semua kami ekstrak daripada sumber pihak Hong Leong Yamaha Malaysia sendiri
Ini antara senarai soalan popular yang selalu kami dapat daripada pemilik model ini:
- Berapa liter minyak hitam/enjin Yamaha MT-07?
- Apa minyak hitam / enjin terbaik untuk Yamaha MT-07?
- Bila nak kena tukar minyak hitam / enjin?
- Bila nak kena tukar oil filter?
- Bila nak kena tukar coolant?
- Coolant Yamaha MT-07 berapa liter?
- Berapa botol coolant nak pakai untuk MT-07?
- Berapa sukatan coolant untuk radiator model Yamaha ni?
- Apa jenama terbaik coolant?
- Bila saya nak kena sembur chain lube pada rantai Yamaha MT-07 saya?
- Apa spark plug untuk motorsikal Yamaha saya ni?
- Bila nak kena tukar bearing tayar motorsikal?
- Apa tayar terbaik untuk motorsikal Yamaha MT-07 saya?
- Motor ni pakai tayar tube ke tubeless?
Yamaha MT-07- Apa minyak enjin / minyak hitam / engine oil yang dicadangkan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Hong Leong Yamaha
- Kelikatan / Viscosity : SAE 10w-40
- API STANDARD: SG ke atas
- JASO Standard: JASO MA
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic
- Isipadu sebotol / Volume: 2.6 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 5,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 3,000 km untuk Semi Synthetic
Apa spark plug yang digunakan oleh model Yamaha ini?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK/LMAR8A-9 Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 2 biji NGK/LMAR8A-9 Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: Setiap 20,000km
- Bila nak kena periksa Spark Plug: Setiap 10,000km
- Spark plug gap: 0.8–0.9 mm (0.031–0.035 in)
- Tightening torque: 13 N·m (1.3 kgf·m, 9.6 lb·ft)
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model MT-07 ni?
- Gunakan coolant jenis Ethylene Glycol.
- Berapa banyak coolant nak kena pakai: 2 botol 1 liter
- Berapa kerap nak periksa coolant: setiap 10,000km
- Bila nak kena tukar coolant: Setiap 3 tahun
Bila nak kena bersihkan/ bubuh minyak atau sembur chain lube pada rantai & sprocket motosikal ni?
- setiap 1000km
- atau selepas setiap kali cuci motorsikal
- atau setiap kali selepas menunggang motorsikal ketika hujan & selepas hujan (jalan basah)
Dapatkan set penjagaan bangsawan untuk rantai motosikal YAMAHA MT-07 anda – KLIK SINI UNTUK BELI SET BANGSAWAN
Saiz tayar MT-07
Depan-
Type: Tubeless
Size: 120/70 ZR 17M/C(58W)
Manufacturer/model: MICHELIN/PILOT ROAD 4
Manufacturer/model: BRIDGESTONE/BT023F F
Belakang-
Type: Tubeless
Size: 180/55 ZR 17M/C(73W)
Manufacturer/model: MICHELIN/PILOT ROAD 4
Manufacturer/model: BRIDGESTONE/BT023R M
Minyak brake depan:
- DOT 4-tukar setiap 2 tahun
Bateri:
- Model: YTZ10S
- Voltage, capacity: 12 V, 8.6 Ah (10 HR)
Kapasiti tangki minyak petrol MT-07
- 14 liter
Kam berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membantu anda sedikit sebanyak
Anda boleh juga rujuk tips penjagaan motorsikal Yamaha yang lain dengan klik link di bawah ini:

Leave a Reply