Yamaha Y15 / Ysuku – Cara Penjagaan Motorsikal yang betul!

Cara Penjagaan Motorsikal Yamaha Y15 / Ysuku yang betul ini kami ekstrak daripada Buku Panduan Manual Yamaha y15zR / Ysuku yang anda dapat secara percuma semasa pertama kali membeli motorsikal baru anda
Yamaha ysuku / y15 ni kalau beli motor secondhand, anda mungkin tak dapat manual ni. So jangan risau, anda boleh sahaja baca di laman web ini. Kami tolong anda agar anda dapat menjaga dan maintain motorsikal Yamaha ySuku/y15zr anda dengan teratur.
Tips penjagaan motorsikal Yamaha y15zr / ysuku yang kami berikan ini telah kami olah untuk fokus kepada benda-benda paling penting dan wajib dibuat untuk memastikan maintenance motorsikal Yamaha Ysuku/ y15zr anda tak ke laut china selatan

Di bawah ini antara senarai soalan popular yang sering ditanyakan oleh pemilik-pemilik standard mahupun yang dah modified motorsikal Yamaha Ysuku mereka ikut spec 65 ke spec lain-lain
- Yamaha Ysuku / Y15 boleh pakai minyak hitam HDEO?
- Berapa liter minyak hitam/enjin Yamaha Ysuku / Y15?
- Apa minyak hitam / enjin terbaik untuk Yamaha Ysuku/y15?
- Bila nak kena tukar minyak hitam / enjin Ysuku / y15?
- Bila nak kena tukar oil filter Yamaha Ysuku/y15?
- Bila nak kena tukar coolant?
- Coolant Ysuku/y15 berapa liter?
- Berapa botol coolant nak pakai untuk Yamaha y15?
- Apa jenama terbaik coolant Yamaha Ysuku/y15?
- Bila saya nak kena sembur chain lube pada rantai Yamaha ysuku/y15zr saya?
- Apa spark plug untuk motorsikal Yamaha saya ni?
- Bila nak kena tukar bearing tayar motorsikal Yamaha ysuku/y15zr?
- Apa tayar terbaik untuk motorsikal yamaha ysuku/y15zr saya?
- Yamaha ysuku/y15zr pakai tayar tube ke tubeless?
- Berapa jari sportrim untuk tayar motorsikal saya?
- Bila nak kena tukar clutch plate yamaha ysuku saya?
Yamaha Y15 atau nama glamornya Yamaha Ysuku antara model yang terlaris dan terhangat di pasaran Malaysia pada masa kini untuk motorsikal kategori 150cc ke bawah
Di Malaysia, Yamaha ySuku ni dah sampai generasi ke – 3
Yamaha y15zr v3 dilancarkan di Malaysia oleh Hong Leong Yamaha pada tahun 2020
Berikut adalah spesifikasi Enjin untuk Motorsikal Yamaha model Y15Zr v3 ini yang boleh didapati di laman web rasmi Hong Leong Yamaha
Yamaha Y15ZR Engine Specs
| Type | Liquid-cooled, 4-stroke SOHC (Single Overhead Cam) | |
| Cylinders | Single Cylinder | |
| Bore x Stroke | 57.0 x 58.7mm | |
| Compression Ratio | 10.4 : 1 | |
| Maximum Horsepower | 11.3kW (8500rpm) | |
| Maximum Torque | 13.8Nm(7000rpm) | |
| Starting System | Electric | |
| Lubrication System | Wet Sump | |
| Engine Oil Capacity | 1.15 litres | |
| Fuel Tank Capacity | 4.2 litres | |
| Fuel System | Fuel Injection | |
| Ignition System | TCI | |
| Battery Type | GTZ4V |
Yamaha Y15ZR / Ysuku – Apa minyak enjin / minyak hitam / engine oil yang dicadangkan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Hong Leong Yamaha
- Kelikatan / Viscosity : SAE 20W-40 or 20W-50
- API STANDARD: SG ke atas
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic atau Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 1 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 5,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 3,000 km untuk Semi Synthetic & 1,000 km untuk Mineral
Apa spark plug yang digunakan oleh model Yamaha Ysuku ini?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK/CR8E Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 1 biji NGK/CR8E Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: bila dah rosak
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Yamaha y15ZR ni?
- Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
- Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan: Ruang tangki simpanan coolant 0.28 liter , Dalam radiator – 0.48 liter
- Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Yamaha: setiap 3 tahun
Bila nak kena bersihkan/ bubuh minyak atau sembur chain lube pada rantai & sprocket motosikal Yamaha Ysuku ni?
- setiap 1000km
- atau selepas setiap kali cuci motorsikal
- atau setiap kali selepas menunggang motorsikal ketika hujan & selepas hujan (jalan basah)
Dapatkan set penjagaan bangsawan untuk rantai motosikal anda – KLIK SINI UNTUK BELI SET BANGSAWAN
Soalan bonus!
Bolehkah Yamaha Ysuku/Y15ZR menggunakan minyak enjin /minyak hitam HDEO ?
Berdasarkan data yang kami dapati daripada buku manual Yamaha Ysuku yang diberi percuma kepada setiap pembeli, ini yang pihak Yamaha tulis dalam buku manual tersebut:
Untuk mengelakkan kelinciran
klac (minyak enjin juga melincirkan
klac), tidak mencampurkan
mana-mana bahan kimia tambahan.
Jangan gunakan minyak
dengan spesifikasi diesel daripada
“CD” atau minyak yang lebih
berkualiti dari yang ditetapkan.Selain itu, jangan menggunakan
minyak label ” Memulihara
TENAGA II” atau lebih tinggi.
Spesifikasi minyak enjin yang dibuat untuk kegunaan enjin pembakaran diesel akan mempunyai standard API bermula dengan huruf C yang bermaksud Compression Ignition
Harus diingat, yang enjin motorsikal lazimnya berkongsi clac dan kotak gear dengan komponen enjin
Jadi pemilihan minyak enjin untuk motorsikal harus mengambil kira keadaan ini untuk mengelakkan berlakunya slippage pada clutch
Lebih-lebih lagi yamaha ysuku ini menggunakan sistem wet clutch
Minyak enjin / minyak hitam untuk motorsikal perlu mematuhi satu lagi spesifikasi tambahan selain API (American Petroleum Institute) iaitu JASO (Japanese Automotive Standards Organisation)
JASO pula terbahagi kepada 2 kelas iaitu MA & MB
MB khusus untuk Scooter
MA pula untuk selain Scooter
Tidak semua minyak HDEO patuh spesifikasi JASO
Jadi sebagai rumusan, kita patuhi saja spec yang ditetapkan oleh Yamaha
Dan jika tuan-tuan & puan-puan berasa yakin tiada masalah menggunakan minyak HDEO dalam motorsikal yamaha ysuku tuan puan, terpulang kerana jika berlaku apa-apa tuan puan pasti sudah bersedia
Akhir kalam, motorsikal Yamaha Ysuku ini sama popular dan panas di Malaysia seperti Perodua Myvi….kan?


Leave a Reply