Perodua Kelisa Maintenance Service Tips

Perodua Kelisa Maintenance Service Tips ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang dibangunkan oleh Perodua Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna dan selamat
Perodua Kelisa Maintenance Service Tips ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:
- Perodua Kelisa pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Model ini kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Perodua ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Perodua ini?
- Perodua Kelisa Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Perodua ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Perodua ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Perodua Kelisa Auto tak?
- Perodua Kelisa Manual pakai minyak gearbox apa?
- Berapa sukatan minyak gearbox auto dan manual untuk Perodua Kelisa?
- Minyak Gearbox Manual Perodua Kelisa berapa botol?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Kelisa?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Kelisa?
- Coolant Kelisa berapa liter?
- Berapa sukatan coolant antifreeze radiator yang disarankan oleh Perodua untuk model ini?
- Bila nak kena tukar Coolant Kelisa?
- Apa jenis minyak power steering untuk Perodua Kelisa ini?
Sejarah Perodua Kelisa
Model ini dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia oleh pihak Perodua pada tahun 2001. Selepas kejayaan Perodua Kancil meletupkan jualan pihak Perodua kerana harganya yang mampu milik selain mudah digunakan untuk hampir segenap segmen pemandu di Malaysia
Macam biasa, memandangkan Perodua Malaysia menjalinkan kerjasama dengan pihak Daihatsu Jepun (anak syarikat Toyota), maka untuk model Kelisa ini, Perodua telah menggunakan platform Daihatsu Mira L700 (Mira 5th generation)
Perodua Kelisa dijual dengan 2 jenis kapasiti enjin iaitu 850CC dan juga 1000CC
Variant 850CC menggunakan enjin Daihatsu ED-DE DOHC I3 manakala variant 1000CC menggunakan enjin Daihatsu EJ-DE DOHC I3
Enjin Kelisa menggunakan 3 silinder yang disusun pada kedudukan selari
Kelisa turut didatangkan dengan 2 jenis transmisi iaitu gear manual dan juga gear automatik tradisional
Sebagai perbandingan model dan variant, boleh rujuk jadual di bawah yang kami ekstrak daripada Wikipedia

Antara model hot Kelisa ini ialah Kelisa Limited Edition yang dilancarkan pada tahun 2002 dan juga Kelisa Special Edition yang dilancarkan pada tahun 2004
Spec Kelisa Limited Edition yang paling nyata kita boleh nampak ialah kehadiran dual-tone pada badan luaran kereta itu
Antara kelebihan utama Kelisa berbanding Kancil yang dapat kita lihat ialah, model Kelisa ditala untuk memberi lebih kuasa semasa pemanduan di samping sistem ride and handling yang lebih padu berbanding Kancil
Sebagai perbandingan, kalau Kancil sesuai untuk kegunaan abah, Kelisa lebih bergaya digunakan oleh anak abah yang lebih berjiwa muda
Pihak Perodua akhirnya menamatkan pengeluaran Kelisa pada tahun 2007 selepas pelancara model Perodua Viva.
Service Maintenance Program
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Perodua untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Perodua
- Kelikatan / Viscosity : 10w-30
- API STANDARD: SG ke atas
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik, Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 3 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Perodua?
Untuk Kelisa Auto:
- Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF DIII (Dexron III)
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 4 Liter (1 Liter x 4 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 50,000 km & 100,000 km
Untuk Kelisa Manual:
- Jenis minyak Gearbox: Gear Oil GL-3 atau GL-4 4 75W-90
- Berapa botol minyak gearbox manual nak kena pakai: 2.25 Liter (1 Liter x 3 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox manual: 25,000 km & 50,000 km
Apa spark plug yang disyorkan oleh Perodua?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK BKR5E-11
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 3 biji Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: 20,000 km, 40, 000 km, 60,000 km, 80,000 km
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Perodua Kelisa ni?
- Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
- Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan : 3 Liter
- Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Perodua: setiap 2 tahun
Bila nak kena tukar Timing Belt untuk Perodua Kelisa?
- Tukar setiap: 100,000km mileage meter
- Periksa untuk rekahan, kerosakan & pengetatan: 70,000km mileage meter
Bila nak kena tukar FEAD belt (belt untuk Alternator,Water pump dan power steering) untuk Kelisa?
- Periksa untuk rekahan, kerosakan & pengetatan: 20,000km mileage meter
- Tukar apabila diperlukan
Apa jenis minyak Power Steering untuk Perodua Kelisa ni?
- Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF DIII (Dexron III) atau ATF DII (Dexron II)
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 1 Liter
Apakah minyak brek yang disyorkan oleh Perodua Malaysia untuk model ini?
- DOT 3 @ DOT 4
Kami berharap perkongsian ini dapat membantu anda yang mencari informasi berkenaan penyelenggaraan dan parts yang diperlukan oleh model Kelisa ini

Leave a Reply