Yamaha Lagenda 115Z adalah merupakan salah satu model moped 4 lejang bawah 150CC yang sangat popular dikalangan rider-rider di Malaysia

Yamaha Lagenda 115Z menjadi pilihan rider yang inginkan sebuah motorsikal yang terbukti tahan di Malaysia dan tidak suka menggunakan clutch hidup. Jika dibandingkan dengan Yamaha Ysuku/Y15, model Lagenda sejak dari awal pelancaran di Malaysia, memang tidak didatangkan dengan spesifikasi clutc hidup dari kilang

Tips penjagaan motorsikal Yamaha Lagenda 115Z  yang kami berikan ini telah kami olah untuk fokus kepada benda-benda paling penting dan wajib dibuat untuk memastikan maintenance motorsikal Yamaha anda ini lebih tahan lama dan anda tidak perlu mengeluarkan kos pembaikan tidak perlu.

Data yang kami sajikan dalam posting ini kami ekstrak daripada sumber pihak Hong Leong Yamaha sendiri. Jadi, usah risau dengan kesahihan data yang dibentangkan dalam posting ini

source: hong leong Yamaha

 

Di bawah ini antara senarai soalan popular yang selalu kami dapat daripada pemilik Yamaha Lagenda 115Z ini:

  1. Berapa liter minyak hitam/enjin Yamaha Lagenda 115Z?
  2. Apa minyak hitam / enjin terbaik untuk Yamaha Lagenda 115Z?
  3. Bila nak kena tukar minyak hitam / enjin?
  4. Bila nak kena tukar oil filter?
  5. Bila nak kena tukar coolant?
  6. Coolant Yamaha Lagenda 115Z berapa liter?
  7. Berapa botol coolant nak pakai untuk Lagenda?
  8. Apa jenama terbaik coolant?
  9. Bila saya nak kena sembur chain lube pada rantai Yamaha Lagenda 115Z saya?
  10. Apa spark plug untuk motorsikal Yamaha saya ni?
  11. Bila nak kena tukar bearing tayar motorsikal?
  12. Apa tayar terbaik untuk motorsikal Yamaha Lagenda 115Zsaya?
  13. Motor ni pakai tayar tube ke tubeless?
  14. Berapa jari sportrim untuk tayar motorsikal saya?

 

Yamaha Lagenda 115Z juga dikenali dengan nama Jupiter untuk pasaran Asean.

Model ini mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2000 dan telah bertahan sehingga sekarang. Bayangkan sudah 21 tahun model motor ini berada di pasaran dan bersama dengan kita

Mesti ramai abah-abah yang pernah melalui zaman remaja konvoi ride ngepong awek naik motor ni dulu kan?

Yamaha Lagenda 115Z specs

 

Enjin

Engine Type Air-cooled, 4-Stroke, SOHC, 2-Valve
Cylinder arrangement Single Cylinder
Displacement 113.7 cm3
Bore X Stroke 50.0 x 57.9 mm
Compression Ratio 9.3:1
Maximum Power 7.4kW (7,750rpm)
Maximum Torque 9.9Nm (6,500rpm)
Lubrication System Force-feed lubrication, wet sump
Starting System Electric and Kick
Fuel Supply Wet
Engine Oil Capacity 1.0 litres
Fuel Tank Capacity 4.05 litres
Carburetor Fuel Injection
Ignition System TCI (Transistor Control Ignition)

 

 

 

Transmisi

Transmission Type Manual
Primary Reduction Ratio 2.900 (58/20)
Secondary Reduction Ratio 3.154 (41/13)
Gear Ratios 2.833 – 1.045
Clutch Type Wet, centrifugal

 

Yamaha Lagenda 115Z- Apa minyak enjin / minyak hitam / engine oil yang dicadangkan?

Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Hong Leong Yamaha

  • Kelikatan / Viscosity : 20W-50 (sesetengah rider turut memberi feedback penggunaan Elf 10w-40 semi sintetik menjadikan motor mereka lebih sedap)
  • API STANDARD: SG ke atas
  • JASO Standard: JASO MA
  • Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic atau Mineral
  • Isipadu sebotol / Volume: 1 Liter
  • Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 5,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 3,000 km untuk Semi Synthetic & 1,000 km untuk Mineral

 

 

Apa spark plug yang digunakan oleh model Yamaha Lagenda 115Z ini?

  • Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK CR6HSA / DENSO U20FSR-U Spark Plug
  • Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 1 biji NGK CR6HSA / DENSO U20FSR-U Spark Plug
  • Bila nak kena tukar Spark Plug: Setiap 4,000km
  • Bila nak kena periksa Spark Plug: Setiap 2,000km

 

 

Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Yamaha Lagenda 115Z ni?

  • Model ini tidak menggunakan sistem penyejukan jenis cecair seperti Yamaha Ysuku & Y16ZR
  • Model ini menggunakan sistem penyejukan udara, jadi tak perlu nak risau bila nak kena tukar Coolant

 

Bila nak kena bersihkan/ bubuh minyak atau sembur chain lube pada rantai & sprocket motosikal ni?

  • setiap 1000km
  • atau selepas setiap kali cuci motorsikal
  • atau setiap kali selepas menunggang motorsikal ketika hujan & selepas hujan (jalan basah)

Dapatkan set penjagaan bangsawan untuk rantai motosikal YAMAHA Lagenda 115Z anda – KLIK SINI UNTUK BELI SET BANGSAWAN

 

Saiz tayar Lagenda 115Z

 

Depan-

Type: With tube and tubeless
Size: 70/90-17 M/C 38P

Belakang-

Type: With tube and tubeless
Size: 80/90-17 M/C 44P

 

 

 

Minyak brake depan:

 

Bateri:

  • Model:GTZ4S-MF
  • Voltage, capacity:12 V, 3,5 Ah

 

Mentol Lampu:

Headlight/Lampu Besar Depan:
12 V, 25 W/25 W x 2
Tail/brake light/Lampu Brek:
12 V, 5.0 W/21.0 W x 1
Front turn signal light/Lampu Signal Depan:
12 V, 10.0 W x 2
Rear turn signal light/Lampu Signal Belakang:
12 V, 10.0 W x 2

Position light/Lampu dada:
12 V, 3.4 W x 2
Meter lighting/Lampu Meter:
Blue LED 0.3 W x 3
Neutral indicator light/Lampu petunjuk Neutral:
12 V, 1.7 W x 1
High beam indicator light/Lampu petunjuk highbeam:
12 V, 1.7 W x 1
12 V, 1.7 W x 2

Fuse: 7.5 A

Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat menjadi asbab kebaikan & seterusnya memberikan manfaat kepada orang lain

Jika anda merasakan perkongsian kami ini bermanfaat, ketikla butang share di bawah ini supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya

Setiap ilmu yang bermanfaat yang kita sampaikan pahalanya akan mengalir berterusan

 

 

 

 

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

4 weeks ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

1 year ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

1 year ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

1 year ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

1 year ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

1 year ago