Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang dibangunkan oleh Perodua Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2000 yang lalu untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna dan selamat walaupun kereta anda sudah berusia lebih 20 tahun ketika artikel ini ditulis
Perodua Kenari Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:
- Perodua Kenari pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Model ini kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Perodua ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Perodua ini?
- Perodua Kenari Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Perodua ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Perodua ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Perodua Kenari Auto tak?
- Perodua Kenari Manual pakai minyak gearbox apa?
- Berapa sukatan minyak gearbox auto dan manual untuk Perodua Kenari?
- Minyak Gearbox Manual Perodua Kenari berapa botol?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Kenari?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Kenari?
- Coolant Kenari berapa liter?
- Berapa sukatan coolant antifreeze radiator yang disarankan oleh Perodua untuk model ini?
- Bila nak kena tukar Coolant Kenari?
- Apa jenis minyak power steering untuk Perodua Kenari ini?
- Berapa tekanan angin tayar Kenari ini?
Bermulanya legasi Perodua Kenari
Perodua Kenari merupakan model keempat yang dilancarkan oleh Perodua Malaysia pada tahun 2000 selepas kejayaan model Perodua Kancil yang berjaya mengubah landskap automotif Malaysia
Diinspirasikan daripada model Daihatsu Move L900, model ini dikuasakan oleh enjin jenis EJ-DE yang juga merupakan enjin yang sama digunakan pada Model Kelisa yang dilancarkan pada tahun 2001 kemudiannya.
Model Kenari ini berada dalam barisan pengeluaran Perodua selama hampir 10 tahun sebelum ditamatkan penghasilannya pada tahun 2009.
Dengan dikuasakan enjin berkapasiti 990CC DOHC 3 silinder disusun secara sebaris dalam satu barisan & menggunakan teknologi EFI (Enjin Suntikan Bahan Api Elektronik), sistem transmisi yang ditawarkan terbahagi kepada 2 jenis iaitu sistem transmisi gearbox manual 5 kelajuan dan sistem transmisi automatik tradisional 4 kelajuan
Perodua memposisikan model Kenari ini sebagai kereta kompak untuk pemanduan di dalam bandar tetapi mempunyai ruang dalaman yang lebih luas, selesa dan besar berbanding model kompak keluaran mereka sebelum itu
Walaupun rekabentuk Kenari dari luar nampak seperti kotak peti ais yang bergerak, namun rekabentuk jenis itu sebenarnya agak popular di Jepun pada ketika itu untuk kereta kategori Kei Car

Service Maintenance Program
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Perodua untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Perodua
- Kelikatan / Viscosity : 10w-30
- API STANDARD: SG ke atas
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik, Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 3 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Perodua?
Untuk Kenari Auto:
- Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF DIII (Dexron III) ataupun ATF DII (DEXRON II)
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 4 Liter (1 Liter x 4 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 50,000 km & 100,000 km
Untuk Kenari Manual:
- Jenis minyak Gearbox: Gear Oil GL-3 atau GL-4 4 75W-90 atau 75W-85
- Berapa botol minyak gearbox manual nak kena pakai: 2.25 Liter (1 Liter x 3 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox manual: 25,000 km & 50,000 km
Apa spark plug yang disyorkan oleh Perodua?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK BKR5E-11 / DENSO K16PR-U11
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 3 biji Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: 20,000 km, 40, 000 km, 60,000 km, 80,000 km
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Perodua Kenari ni?
- Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
- Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan : 3 Liter
- Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Perodua: setiap 2 tahun
Bila nak kena tukar Timing Belt untuk Perodua Kenari?
- Tukar setiap: 100,000km mileage meter
Bila nak kena tukar FEAD belt (belt untuk Alternator,Water pump dan power steering) untuk Kenari?
- Periksa untuk rekahan, kerosakan & pengetatan: 20,000km mileage meter
- Tukar apabila diperlukan
Apa jenis minyak Power Steering untuk Perodua Kenari ni?
- Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF DIII (Dexron III) atau ATF DII (Dexron II)
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 1 Liter
Apakah minyak brek yang disyorkan oleh Perodua Malaysia untuk model ini?
- DOT 3 @ DOT 4
Apakah saiz tayar standard stok kilang untuk Kenari?
- Saiz tayar: 165/55R14 – rim 14 inci
- Tekanan udara tayar Depan dan Belakang: 200kPa
Apakah saiz bateri yang sesuai untuk model Kenari ini?
- NS40ZL – (anggaran harga pasaran pada tahun artikel ini ditulis ialah sekitar RM 170-Rm200)
Harap perkongsian kami ini dapat membantu anda mendapatkan info yang tepat dan anggaran harga untuk servis minor mahupun servis major Perodua Kenari anda
Biarpun kereta kita sudah berumur ataupun kita mendapatkan Kenari Secondhand daripada Used Car disebabkan harganya yang boleh dikira murah dan berpatutan, itu bukan sebab utama untuk kita mengabaikan penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan kita.
Jangan culas!

2 Comments
Hello….can I ask about Kenara Aero car type, after 20 years of on the road/usage, recently years I noticed my car will stop or shut down while half way driving …checked and serviced many times but the problem still occur. Am wondering what is the main caused of it (after changed many spare parts/engine but problem keep happening). My workshop technician is unable to track the main issue.
can you help me to provide what the best solution of it – 2006 car.
Hello sir, it’s really hard to give solutions without knowing exactly the histories of troubleshooting has been done. But in general, reasons for running car sudden stop while driving may be derived due to electrical and mechanical issues.
As for electrical issue, some of common culprits are problematic alternator, problematic spark plugs, problematic wiring
As for mechanical issue, some of common culprits are problematic fuel pump/fuel filters
You may need to check the sensors related to engine sides like air flow sensors etc
You may also seek for experienced foreman to check any error codes using OBD tools, then from there if any codes appeared we may check from the car manuals what do the error code means
Hopefully this may help you a little bit