Yamaha FZ150i Maintenance Tips

Yamaha FZ150i adalah antara model Street keluaran Hong Leong Yamaha di Malaysia yang memberikan pilihan kepada penunggang untuk memiliki motorsikal yang boleh digunakan secara harian mahupun untuk tujuan lain
Yamaha FZ150i pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2008. Ramai pemerhati pada ketika melihat ini adalah salah satu strategi Yamaha untuk menguasai kembali pasaran bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Yamaha RXZ kerana motorsikal 2 lejang semakin dihentikan pengeluaran oleh pembuat Motorsikal utama di seluruh dunia kerana enjin mereka tidak mesra alam
Yamaha FZ150i adalah satu model khusus yang dibangunkan oleh Yamaha Jepun untuk sasaran pasaran di Asia Tenggara.
Selain Malaysia, Yamaha FZ150i turut dipasarkan di Indonesia dengan nama Yamaha Vixion, Filipina, Singapura & Vietnam
Yamaha FZ150i telah menerima beberapa versi sejak ia mula dilancarkan di pasaran.
Generasi pertama FZ ialah model yang dikeluarkan dari tahun 2007-2013
Generasi kedua FZ pula ialah model yang dikeluarkan dari tahun 2013-2017
Generasi ketiga FZ ialah model yang dilancarkan bermula dari tahun 2017 sehingga kini
Walaupun demikian, ketika artikel ini ditulis, kami mendapati model FZ ini telah tiada di laman sesawang rasmi Hong Leong Yamaha selaku pengedar dan penjual rasmi motosikal jenama Yamaha di Malaysia
Kami beranggapan, mereka ingin fokus kepada Yamaha R15 yang dilancarkan tidak berapa lama yang lalu memandangkan kapasiti enjin kedua-dua model ini tidak jauh beza
Tips penjagaan motorsikal Yamaha Fz150i yang kami berikan ini telah kami olah untuk fokus kepada benda-benda paling penting dan wajib dibuat untuk memastikan maintenance motorsikal Yamaha anda ini lebih tahan lama dan anda tidak perlu mengeluarkan kos pembaikan tidak perlu dan secara tak langsung anda dapat menikmati ketenangan semasa pemanduan.
Walaupun model ini tidak sehangat Yamaha Ysuku, tapi penting untuk kita menjaganya sehabis baik
Data yang kami sajikan dalam posting ini kami ekstrak daripada sumber pihak Hong Leong Yamaha sendiri. Jadi, usah risau dengan kesahihan data yang dibentangkan dalam posting ini kerana misi kami ialah membantu para pemilik mendapatkan informasi tepat dengan mudah dan pantas tanpa perlu nak rujuk buku owner manual yang mungkin dah tak wujud dalam simpanan anda kan

Di bawah ini antara senarai soalan popular yang selalu kami dapat daripada pemilik model ini:
- Berapa liter minyak hitam/enjin Yamaha Fz150i?
- Apa minyak hitam / enjin terbaik untuk Yamaha Fz150i?
- Bila nak kena tukar minyak hitam / enjin?
- Bila nak kena tukar oil filter?
- Bila nak kena tukar coolant?
- Coolant Yamaha Fz150i berapa liter?
- Berapa botol coolant nak pakai untuk FZ150i?
- Apa jenama terbaik coolant?
- Bila saya nak kena sembur chain lube pada rantai Yamaha Fz150i saya?
- Apa spark plug untuk motorsikal Yamaha saya ni?
- Bila nak kena tukar bearing tayar motorsikal?
- Apa tayar terbaik untuk motorsikal Yamaha Fz150i saya?
- Motor ni pakai tayar tube ke tubeless?
Yamaha FZ150i- Apa minyak enjin / minyak hitam / engine oil yang dicadangkan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Hong Leong Yamaha
- Kelikatan / Viscosity : 20W-50 , SAE 20w-40
- API STANDARD: SE ke atas
- JASO Standard: JASO MA
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic atau Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 1 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 5,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 3,000 km untuk Semi Synthetic & 1,000 km untuk Mineral
Apa spark plug yang digunakan oleh model Yamaha ini?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK CR8E/ DENSO U24ESR-N Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 1 biji NGK CR8E/ DENSO U24ESR-N Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: Setiap 6,000km
- Bila nak kena periksa Spark Plug: Setiap 6,000km
- Spark plug gap: 0.7–0.8 mm (0.027–0.031 in)
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model FZ150i ni?
- Gunakan coolant jenis Ethylene Glycol.
- Berapa banyak coolant nak kena pakai: 1 botol 1 liter
Bila nak kena bersihkan/ bubuh minyak atau sembur chain lube pada rantai & sprocket motosikal ni?
- setiap 1000km
- atau selepas setiap kali cuci motorsikal
- atau setiap kali selepas menunggang motorsikal ketika hujan & selepas hujan (jalan basah)
Dapatkan set penjagaan bangsawan untuk rantai motosikal YAMAHA FZ150i anda – KLIK SINI UNTUK BELI SET BANGSAWAN
Saiz tayar FZ150i
Depan-
Type: Tubeless
Size: 90/80-17M/C 46P
Belakang-
Type: Tubeless
Size: 120/70-17M/C 58P
Minyak brake depan:
- DOT 3 @ DOT 4
Bateri:
- Model:MF Battery GTZ5S
- Voltan, kapasiti: 12 V, 3.5 Ah
Kapasiti tangki minyak petrol FZ150i
- 12 liter
Kami berharap perkongsian kami ini dapat membantu anda mendapatkan maklumat yang anda perlukan dengan lebih mudah dan pantas

Leave a Reply