Enjin

Asap ekzos kereta anda warna biru?

Asap ekzos  boleh menunjukkan tahap masalah yang sedang dihadapi oleh kereta kita. Warna yang dihasilkan oleh asap yang keluar melalu ekzos wajib kita ambil tahu supaya tidak terjadi sesuatu yang lebih berbahaya kepada kita dan orang sekeliling

Kenapa kereta menghasilkan asap ekzos?

Baiklah

Jom kita belajar sikit pasal prinsip enjin yang dipasang dalam kebanyakan kereta /lori / motorsikal pada masa kini

Enjin yang yang digunakan dalam kenderaan bermotor pada masa kini menggunakan prinsip pembakaran dalaman

Dalam enjin, akan ada komponen penting seperti piston, crankshaft, spark plug, fuel injector dan beberapa bahagian lagi.

Enjin yang digunakan pada masa kini bekerja dalam keadaan 4-stroke iaitu:

  1. Intake stroke
  2. Compression stroke
  3. Power stroke
  4. Exhaust stroke

Boleh klik di sini untuk tahu lebih lanjut tentang prinsip kerja enjin pembakaran dalaman masa kini

 

Dipendekkan cerita, piston bergerak ke bawah sedut udara dan bahan bakar, lepas tu bergerak ke atas kembali untuk memampatkan campuran kedua bahan itu, dan untuk enjin petrol, spark plug akan menyala dan menghasilkan letupan, letupan tolak piston ke bawah, lepas tu piston naik ke atas balik, tolak keluar asap yang terhasil akibat pembakaran yang berlaku

Tadaaa

Terhasillah asap yang kita boleh hidu di ekor paip ekzos kereta kita

Ada berapa warna asap ekzos?

Ada 4:

  1. Tak berwarna

  2. Warna Putih

  3. Warna Hitam

  4. Warna Biru

 

1-Tak berwarna

Jika anda tercongok di belakang kereta anda untuk tengok warna asap yang keluar, tapi takde warna yang keluar, jangan risau, enjin kereta anda dalam keadaan sihat.

 

2-Asap ekzos warna putih

Ada beberapa situasi kita kena tengok kalau masa anda duduk usya paip ekzos kereta anda dan asap yang keluar warna putih

 

Jika warna putih dia cerah halus samar-samar, kemungkinan besar tiada isu besar.  Lebih-lebih lagi kalau situasi ini terjadi ketika anda baru menghidupkan enjin kereta anda pada waktu pagi yang sejuk ataupun pada cuaca hujan yang sejuk. Ini biasa disebabkan kehadiran wap air yang terkondensasi kerana kereta anda lama tak dihidupkan dan cuaca sekeliling sejuk

Namun jika asap yang keluar dari ekzos tu berwarna putih yang sedikit tebal ataupun kekelabuan, anda kena tumpukan perhatian,  lebih-lebh lagi kalau asap yang keluar tu keluar secara konsisten & menghilang sejurus keluar dari muncung paip ekzos kereta anda

Ini boleh menjadi indikator yang kemungkinan yang coolant anda telah bercampur ke dalam ruang kebuk pembakaran dan terbakar sekali bersama petrol dan udara. Boleh jadi gasket pada kepala enjin (enjin head gasket) telah putus/koyak dan menyebabkan coolant anda terlepas dan bercampur dalam kebuk pembakaran

 

Kalau asap yang keluar dari ekzos tu berwarna putih yang sedikit tebal ataupun kekelabuan, tetapi keluar secara berterusan dan tidak segera hilang, ini kemungkinan besar berlaku kerana berlaku pencampuran minyak enjin dengan campuran minyak petrol dan udara di dalam kebuk pembakaran semasa peringkat Power di atas.

Kita kena faham, minyak enjin & minyak petrol adalah dua benda yang berbeza, walaupun pada asasnya berasal daripada sumber yang sama.

Kedua-duanya perlu wujud untuk memastikan kelancaran operasi enjin

Minyak Petrol tu yang kita tuang dan isi selalu kalau meter minyak pada meter dashboard kereta kita tunjuk lambang E

Petrol yang macam RON95, RON 97 tu semua tau

Manakala, minyak enjin pula, kita tak perlu isi sekerap isi petrol

Minyak enjin ni kita tuang dalam enjin

Kalau nak tau fungsi utama minyak enjin, boleh klik post Panduan Ulung Minyak Enjin untuk Bukan Pomen ini 

 

Iklan, kalau nak cari minyak enjin Mannol, boleh beli dari kedai Finzol ni. Terima kasih support kami

 

Jadi, ini kemungkinan besar yang piston ring  enjin anda telah pun haus teruk yang boleh menyebabkan minyak enjin terlepas ke ruang pembakaran dan bercampur dengan petrol & udara lalu terbakar

 

Kalau asap yang keluar dari ekzos tu berwarna putih yang tebal, ini masalah. Kemungkinan besar enjin ada telah overheat dan menyebabkan blok enjin merekah, ataupun kepala silinder enjin anda telah pecah ataupun siput turbo anda dah kong

Nangis

 

3-Asap ekzos warna biru

Source: Gulf News

 

Lebih kurang macam asap putih yang sederhana di atas, dimana minyak enjin telah terlepas dan bercampur petrol & udara lalu terbakar.

Perlu juga periksa mungkin piston ring anda dah haus, ataupun valve seal dah bocor

 

4-Asap ekzos warna hitam

Biasanya ini adalah petunjuk yang kereta anda membakar bahan bakar (petrol) secara berlebihan. Untuk mendapatkan situasi yang ideal seperti penggunaan petrol yang ekonomikal dan tidak mengorbankan prestasi kereta, ECU yang telah diprogramkan akan memastikan nisbah campuran petrol dan udara adalah optimum berdasarkan keperluan pada masa itu.

Jadi ECU akan mengawal berapa banyak petrol perlu dilepaskan oleh fuel injector.

Jadi bila asap hitam terhasil, ini bermakna bahawa nisbah campuran telah terganggu dan menyebabkan petrol yang dilepaskan lebih banyak daripada biasa lalu terbakar lebih banyak.

Apa yang boleh anda minta pomen lakukan ialah, mintak beliau periksa samada air filter anda tersumbat, atau fuel injector kereta anda bermasalah ataupun ada sekatan pada bahagian intake manifold enjin kereta anda

Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga jadual penyelenggaraan kenderaan anda. Jangan bertangguh untuk tukar minyak hitam, jangan pakai minyak hitam yang tak berkualiti

Tak kisahlah anda pakai myvi ke, persona ke, saga ke, wira ke, vios ke, mercedes ke, semua enjin kereta ni keluarkan asap kecuali kereta Tesla dan EV car

Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat menjadi asbab kebaikan & seterusnya memberikan manfaat kepada orang lain

Jika anda merasakan perkongsian kami ini bermanfaat, ketikla butang share di bawah ini supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya

 

 

 

 

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

4 weeks ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

1 year ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

1 year ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

1 year ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

1 year ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

1 year ago