Panduan & Tips Servis Kereta

Bila Nak Kena Tukar Timing Belt Untuk PERODUA AXIA?

 

Salah satu soalan popular yang kami terima adalah , “Bila Nak Kenaaaaa Tukar Timing Belt Untuk Perodua AXIA?”

 

Sebelum pergi lebih lanjut, mari kita belajar sikit pasal enjin timing & fungsi timing belt

 

APA FUNGSI TIMING BELT PADA ENJIN?

Timing belt merupakan salah satu daripada komponen yang MAHA PENTING dalam memastikan enjin kenderaan dapat beroperasi dengan sempurna

Kegagalan pemilik kenderaan untuk menjaga & menukar timing belt dengan sempurna sehingga boleh menyebabkan ia putus semasa enjin sedang beroperasi bakal memberikan malapetaka yang MAHA DAHSYAT kepada kewangan anda

Kos untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh timing belt putus amatlah tinggi

Kerana bila timing belt putus, komponen utama enjin seperti valve, piston, rod pasti akan jahanam

Fungsi utama timing belt adalah menghantar tenaga daripada crankshaft ke camshaft & memainkan peranan yang MAHA PENTING kepada piston dan valves dalam enjin anda.

Enjin kenderaan moden beroperasi berasaskan prinsip “Internal Combustion” atau Bahasa Melayunya Pembakaran Dalaman

Enjin kenderaan moden mempunyai 4 cycle untuk beroperasi, sebab tu dia dipanggil 4 stroke

Stroke ini merujuk kepada aktiviti piston bergerak dalam ke atas dan bawah didalam enjin

Ada 4 stroke yang terlibat:

 

Kredit photo: Encyclopedia Britannica

 

Intake Stroke

  • Semasa keadaan intake stroke, piston akan bergerak ke bawah
  • Intake valve yang dikawal oleh cam yang dipasang pada camshaft akan berada dalam posisi terbuka
  • Manakala Exhaust Valve yang dikawal oleh cam yang dipasang pada camshaft akan berada dalam posisi tertutup
  • Campuran petrol & udara akan masuk ke ruang pembakaran (combustion chamber) mengikut nisbah yang telah ditentukan oleh ECU (ELECTRONIC CONTROL UNIT) untuk kenderaan moden & karburator untuk kenderaan versi terdahulu

 

Compression Stroke

  • Setelah itu, piston akan kembali bergerak ke atas
  • Intake valve & Exhaust Valve mesti dalam keadaan yang tertutup supaya tiada campuran petrol-udara yang terlepas
  • Sambil piston bergerak ke atas, ia akan memampatkan campuran petrol-udara yang telah masuk semasa proses Intake Stroke ini

 

Power Stroke

  • Setelah piston bergerak ke atas dan sampai pada jarak tertentu yang telah ditetapkan, ECU akan mengarahkan agar palam pencucuh (spark plug) mengeluarkan percikan (spark plug firing)
  • Bila campuran petrol-udara yang telah dimampatkan ini terkena percikan, akan berlaku letupan – POW!
  • Sebab tu ia dipanggil pembakaran dalaman (internal combustion) – dia terbakar dalam ruang litup
  • Kesan daripada letupan pembakaran itu, tenaga akan dihasilkan untuk menolak piston ke bawah
  • Tenaga yang dihasilkan inilah yang akan dihantar ke kekotak gear kereta anda & seterusnya akan dihantar ke gandar yang bersambun ke tayar kereta anda untuk menggerakkan kereta anda maju atau mundur
  • Semasa proses power stroke ini, kedua-dua valve intake & exhaust WAJIB TIDAK BOLEH TIDAK dalam keadaan tertutup
  • Siapa yang control buka-tutup intake & exhaust valve ni?
  • Ya, camshaft punya kerja

 

 

Exhaust Stroke

  • Benda kalau dah terbakar mesti akan hasilkan asap kan?
  • Bak kata Acik Karam Singh Walia ” Rumah terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu”
  • Begitu juga dengan pembakaran dalam kebuk pembakaran enjin anda
  • Asap dia boleh nampak punyaaaaa
  • Asap yang nampak tu keluar semasa proses piston bergerak ke atas & exhaust valve yang dikawal selia oleh camshaft berada dalam keadaan terbuka, intake valve pula berada dalam keadaan tertutup
  • Asap ini akan dikeluarkan ke atmosfera melalui paip ekzos yang berada di bahagian belakang bawah bumper kereta anda

 

Fuh!

Tu baru 1 silinder piston

Kalau ada 3/4/6/8/12 piston dalam enjin?

Mau tak pening nak setting timing untuk keempat-empat stroke ni?

Bukan semua piston kena berada dalam stroke yang sama pada masa yang sama

Sebab tu ada satu lagi istilah proses iaitu Firing Proses

Firing proses ini adalah merujuk kepada dalam satu ketika, piston yang mana satu perlu berada dalam kedudukan Power Stroke

Untuk enjin inline straight 3 piston silinder, norma firing proses adalah 1-3-2

Bermakna piston no.1 akan meletup dahulu, diikuti piston no. 3 & akhir sekali piston no.2 untuk memastikan punca tenaga tidak terputus

 

Untuk enjin inline straight 4 piston silinder pula, norma firing proses adalah 1-3-4-2

Bermakna, piston no.1 akan meletup dahulu, diikuti piston no.3, lepas tu piston no.4 & last sekali piston no.2

Proses ini akan berulang-ulang sampailah Abang Jamil kau mampus.

Eh silap

Sampai enjin anda di matikan semasa anda parking kereta anda.

Kalau anda terpaksa double park kereta Perodua AXIA anda, jangan lupa daftar disini supaya anda tak jadi asshole menyusahkan masyarakat setempat tau

 

 

Nampak tak betapa kritikalnya timing dalam enjin tu?

Kalaulah timing belt putus, camne camshaft nak berpusing & atur operasi buka-tutup valve pada enjin?

Timing belt juga penting untuk mengawal agar piston silinder dalam enjin tak bergerak ke atas terlebih sampai langgar valve

Sebab tu, kalau terjadinya timing belt putus, antara kerosakan yang normal adalah valve bengkok

Valve bengkok sebab kena sodok dengan piston berlanggar eksiden

 

Jadi, bila masanya Perodua AXIA saya nak kena tukar timing belt?

Jawapannya, enjin Perodua AXIA tak pakai timing belt

Dia pakai timing chain

Kelebihan timing chain pada enjin ni pula ia lebih tahan lama berbanding dengan timing belt

Dengan syarat, kita berdisiplin tukar minyak enjin / minyak hitam Perodua AXIA kita ni ikut masa

Jangan sampai dah jadi keladak baru nak tukar ya tuan-tuan puan-puan sekalian

Timing chain ini boleh bertahan sehingga 400,000 km

Normally, timing chain hanya perlu ditukar apabila kita boleh dengar bunyi nyaring yang keluar daripada bahagian enjin semasa ia beroperasi

So kalau tuan puan culas jaga minyak enjin, tukar ikut suka hati jiran sebelah rumah, bersedialah nak ganti dengan lebih awal

 

Kalau nak cari minyak enjin Mannol for Perodua AXIA yang berkualiti terbaik dari ladang German, boleh dapatkan

MANNOL Energy Formula JP 5W-30 API SN FULLY SYNTHETIC [4L]

 

Jadi, Perodua AXIA takde guna belting langsung?

Ada

Perodua AXIA guna belting untuk sistem FEAD (Front Engine Accessory Drive )

FEAD Belt dalam Perodua AXIA ni digunakan untuk memindahkan tenaga yang dihasilkan daripada enjin untuk menggerakkan komponen seperti di bawah:

  • Water Pump – untuk mengalirkan campuran Coolant Perodua AXIA anda & Air Suling ke ruang sekeliling enjin untuk memastikan enjin tidak terlalu panas semasa beroperasi (overheat engine)
  • Alternator – untuk memastikan bekalan tenaga elektrik untuk mengoperasikan sistem elektrik & elektronik kenderaan dalam keadaan yang tiptop semasa bergerak. Alternator juga berfungsi untuk memastikan bateri kereta sentiasa dicas
  • Compressor Air-Cond – ni penting ni sebab kalau air cond tak hidup mahu cair mekap muka tebal-tebal kat muka sistur-sistur kita kannnnn

 

FEAD belt ni taklah sekritikal timing belt

Kalau FEAD belt putus tengah jalan, kereta masih boleh berjalan sehingga cas dalam bateri habis & enjin tak overheat

Cuma aircond tak sejuk

Kalau putus tengaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah jalan, cepat-cepat cari kedai aksesori or bengkel kereta tukar FEAD belt tu

Kalau bateri habis, enjin x dapat hidup sebab takde tenaga elektrik nak hasilkan percikan pada palam pencucuh spark plug kereta anda

Kalau enjin overheat, lampu check enjin akan menyala pada meter dashboard kereta anda

Jadi nak taknak kena berhenti jugak nak elak piston jammed

Perodua Malaysia mengesyorkan untuk memeriksa keadaan FEAD belt Perodua AXIA anda setiap:

  • 1,000 km
  • 20,000 km
  • 40,000 km
  • 60,000 km
  • 80,000 km
  • 100,000 km

Periksa FEAD belt Perodua Axia anda untuk tengok

  • ketegangan
  • ada apa-apa rekahan tak pada FEAD belt tu

Pastikan enjin kenderaan anda dimatikan sebelum periksa FEAD belt Perodua Axia anda tu, nanti putus pulak jari tu

Kebiasaannya, pengguna dinasihatkan untuk tukar FEAD belt Perodua AXIA antara 60,000 km sehingga 80,000 km

Kalau nak tahu tentang penjagaan maintenance Perodua AXIA anda yang lain, boleh klik pada post Perodua AXIA Maintenance Service Package ini

Jangan tunggu sampai putus!

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

1 year ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

2 years ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

2 years ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

2 years ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

2 years ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

2 years ago