Coolant flush adalah merupakan satu proses penyelenggaraan kereta yang melibatkan sistem penyejukan enjin kereta anda
Enjin kereta anda beroperasi pada suhu yang tinggi kerana tindak balas letupan yang dihasilkan dalam kebuk pembakaran enjin boleh menghasilkan suhu sehingga 700 darjah Celcius
Sebagai perbandingan, suhu air yang mendidih tu baru 100 darjah celcius
Tu pun dah rasa azab kan kalau terkena kulit kita
Enjin kereta perlulah beroperasi pada suhu yang optimum dan tidak terlalu panas
Berapa panas enjin kereta baru dikira sebagai overheat?
Berdasarkan pendapat para pakar yang bepengalaman dalam bidang automotif, suhu enjin kereta yang beroperasi hendaklah tidak melebihi 110 darjah celcius. Enjin kereta sepatutnya beroperasi pada suhu optimum sekitar 91 darjah celcius dan 105 darjah celcius
Apabila suhu pada enjin kereta mencecah lebih daripada 118 darjah celcius, banyak masalah yang akan boleh terjadi. Piston mungkin boleh jammed akibat berlaku pengembangan kerana terdedah kepada suhu yang lebih tinggi daripada biasanya
Tapi kebiasaannya sistem kenderaan kita akan berikan amaran terlebih dahulu. Lampu suhu tinggi akan menyala di dashboard meter kereta kita
Jadi nampak tak betapa pentingnya coolant ni dalam sistem enjin kereta kita. Oleh yang demikian, jom kita tengok apa tanda-tanda yang boleh kita ketahui untuk kita boleh lakukan proses flush coolant dalam radiator kita ni
Ini tanda yang paling senang anda nak kesan. Selalu perhatikan pada tolok meter yang menunjukkan aras suhu enjin kereta anda
Jika anda perasan meter tolok suhu anda sentiasa menunjukkan paras yang tinggi, ini kemungkinan besar sistem penyejukan kereta anda dalam masalah. Sebagai panduan, jarum penunjuk akan sentiasa berada pada paras tengah-tengah & ini menunjukkan suhu enjin yang normal apabila beroperasi
Boleh jadi telah berlaku masalah yang agak kritikal pada sistem penyejukan kereta anda seperti radiator tersumbat & sebagainya
Segeralah bawa kereta anda untuk diperiksa ke bengkel yang berdekatan. Percayalah, anda takkan mahu merasai pengalaman tersadai di tepi jalan waktu maghrib sebab enjin kereta overheat
Anda boleh nampak tompokan cecair berwarna seperti warna merah, biru, hijau atau oren atas lantai tempat anda parking kereta anda
Ini adalah tanda-tanda berlakunya kebocoran pada sistem coolant anda. Jika anda perasan perkara ini terjadi, segeralah pergi ke bengkel berdekatan untuk melakukan pemeriksaan lanjutan.
Selalu-selalulah awasi paras cecair coolant kereta anda dengan sentiasa tengok paras pada tangki simpana coolant kereta anda di dalam bonet kereta anda
Secara asasnya. proses coolant flush eloklah dilakukan secara berkala. Boleh rujuk posting yang kami telah sediakan ini untuk info lanjut – Radiator Coolant Enjin: DIY Tips & Panduan Tukar dan Flush
Tidak kisahlah apa jenis coolant yang anda gunakan, Long Life Coolant ke, G11 coolant ke atau lain-lain jenis, pastikan hanya gunakan coolant yang original & mematuhi spesifikasi yang dicadangkan oleh pengeluar kereta anda
Dan jangan lupa untuk sentiasa tukar & ganti Coolant anda apabila telah sampai masa yang dicadangkan dalam buku manual kereta anda
Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat menjadi asbab kebaikan & seterusnya memberikan manfaat kepada orang lain
Jika anda merasakan perkongsian kami ini bermanfaat, ketikla butang share di bawah ini supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya
Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…
Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…
7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…
Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…
Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…
Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…