Cat Kereta

Cat Kereta: Penjagaan, Masalah & Tips

Cat kereta ni merupakan salah satu aspek yang sesetengah orang pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah kereta/motorsikal

Antara kriteria yang pernah kami jumpa bila sembang-sembang dengan kawan atau kawan kepada kawan atau kawan kepada kawan kepada kawan di kedai kopi (sebelum peristiwa Covid 19 menyerang negara Malaysia, rakyat Malaysia bebas nak dine in di kedai-kedai minum tanpa had masa) ialah:

  • Ada yang pilih warna putih sahaja sebab harga kereta tu paling murah, nak-nak warna putih solid bukan metallic
  • Ada yang pilih warna coklat sebab jenis tak rajin nak membasuh, jadi warna coklat tu akan berasimiliasi dengan warna habuk mahupun lecak-lecak kering, jadi dari jauh orang tak nampaklah kereta tu kotor
  • Ada yang pilih warn merah sebab nak bagitau jiran sebelah yang dia jiwa remaja sentiasa
  • Ada yang tak kisah warna apa

Begitulah, macam-macam ragam orang Malaysia kan. Tu belum lagi ambil kira dengan geng-geng yang gilakan cat kereta 2k, 3k

Cat kereta tu kalau tengok dari depan warna lain, tengok dari sisi ada warna lain

Tapi cat 2k ni bukannya murah tau!

La ni trend terbaru, yang kami perasan bermula tahun 2019, ramai nau pemilik kereta yang suka balut badan kereta tampal stiker (car body wrap), kira macam ganti cat la

Tak kisah la asalkan semua orang bahagia dengan cara sendiri

 

Cat kereta: Masalah Yang sering terjadi

Kalau dah namanya ciptaan manusia, memang tiadalah yang kekal kan, ye dak?

Ada beberapa masalah yang sering terjadi pada cat kereta. Jadi kita tengok & kupas sedikit sebanyak

Cat Kereta Pudar/Menghilang/Cat mati

Ini masalah paling lazim yang kita boleh nampak.  Lebih-lebih lagi untuk kereta yang dah berusia lebih 7 tahun. Boleh nampak ada tompok-tompok putih macam kena sopak pada badan kereta yang dulu cantik dilindungi cat

Punca utama kenapa ia terjadi ialah:

1-Cahaya Matahari

Ini punca utama dan paling popular. Maklum negara Malaysia ni negara Khatulistiwa, bermaksud menerima taburan hujan dan cahaya matahari yang sekata sepanjang tahun.

Kereta yang selalu terdedah di bawah terik panas mentari, akan berhadapan risiko cat kereta jadi pudar/mati dengan lebih pantas

Dalam cahaya matahari, ada sejenis cahaya yang dikenali dengan UV (Ultraviolet, bukan Ultraman). UV light ni membawa haba sekali bersama dia

Jadi, bila kita dedahkan kereta di tengah panas terik, haba daripada cahaya UV ini akan menjadikan cat kereta panas & seterusnya membenarkan oksigen menembusi lapisan cat tu. Secara tak langsung, badan kereta yang diperbuat daripada logam akan menerima haba, menjadi panas lalu membuatkan cat kereta anda mati

 

2-Pencemaran udara

Kereta kita menggunakan bahan bakar fossil sebagai sumber utama tenaga untuk menggerakkan enjin dan sistem. Bahan bakar ini dikenali sebagai bahan bakar jenis hidrokarbon. Ya, petrol & diesel adalah sejenis bahan bakar kategori hidrokarbon

Jika anda sejenis yang tak jaga maintenance kereta dengan baik, boleh jadi masalah yang terjadi di dalam enjin anda boleh menyebabkan cat kereta anda menjadi pudar/mati

Sebagai contoh, kalau anda jenis tak reti nak tukar spark plug ikut sela masa yang dicadangkan, perkara ini boleh mengakibatkan pembakaran petrol di dalam enjin anda menjadi tidak lengkap

Jadi partikel karbon yang terhasil daripada pembakaran tidak lengkap itu akan disalirkan keluar ke atmosfera melalui lubang ekzos anda

Partikel karbon ni dipercayai bersifat keras dan mempunyai gerigi-gerigi dan mampu untuk melekat pada permukaan cat kereta anda

Jika dibiarkan terlalu lama, proses pengoksidaan boleh terjadi dan menyebabkan cat kereta anda arwah

Bayangkan kalau ada 10,000 pemilik kereta di Kuala Lumpur ni tak kisah nak jaga kereta, tak kisah nak tukar minyak hitam bila, nak tukar spark plug bila

Betapa kotornya udara yang terampai dengan partikel-partikel karbon akibat proses pembakaran tidak lengkap tu

Jadi, pastikan anda sentiasa buat maintenance kereta anda dengan sempurna ya

 

Cat Kereta Menjadi Kusam

Selain mati, menjadi kusam juga merupakan salah satu masalah popular yang terjadi. Sebelum tu, jom kita tengok anatomi cat yang disembur pada permukaan kereta kita

 

Surce: autodometer.com

 

 

  1. Metal ialah badan kereta kita. Kalau kat bumper, dia jadi plastik.
  2. Primer ialah cat paling asas
  3. Basecoat ialah cat yang menghasilkan warna idaman kereta kita
  4. No 4 ialah Clear Coat- dia warna jenih fungsi dia sebagai pertahanan untuk lapisan cat dibawahnya
  5. No.5 ni ialah wax

 

Ok, sekarang kita dah tahu anatomi. So kita tengok punca pulak kenapa ia boleh jadi kusam

1-Cara cuci kereta yang buruk

Sesetengah chemical untuk mencuci kenderaan ada yang tidak sesuai digunakan. Kalau bahasa pasarnya, chemical yang kuat. Chemical yang kuat ni biasa digunakan untuk mencuci bahagian enjin

Tindakbalas chemical antara keduanya akan menyebabkan cat menjadi pudar

Selain itu, penggunaan berus yang tidak sesuai seperti berus yang dibuat daripada plastik juga menjadi faktor kenapa cat kereta boleh menjadi kusam. Mungkin ia boleh membantu menghilangkan kotoran dengan lebih pantas tetapi secara tak langsung geseran yang dihasilkan akan menyebabkan cat clear coating kereta kita menjadi kusam lama kelamaan jika berterusan

2-Hujan asid

Asid ni memang terkenal sebagai ejen pengakis. Jadi, jika anda selalu berada di kawasan perindustrian, maka berhati-hatilah

 

5 tips mudah untuk menjaga penampilan luaran cat kereta anda untuk tempoh masa yang panjang

  1. Pastikan anda mempunyai jadual untuk membasuh kenderaan dengan teratur & berdisiplin. Seeloknya 2 minggu sekali basuh kereta anda, paling koman sebulan sekali. Tak kisah lah nak basuh sendiri atau hantar kedai
  2. Keringkan air yang ada pada badan kereta anda selepas mencuci kereta dengan tangan. Gunalah tuala microfiber ke, tak payah guna brand kayangan Norwex pun tak apa
  3. Hantarlah kereta anda untuk Wax paling kurang 6 bulan sekali. Wax ni dia jadi lapisan perlindungan tambahan untuk menjadikan cat kereta anda tahan lebih lama
  4. Gunakan bahan cucian yang betul. Pastikan bahan dan alat cucian yang digunakan tidak memberikan mudarat kepada permukaan cat yang hendak di bersihkan. Oh ya, jika anda menggunakan kereta yang bumpernya tidak perlu dicat seperti kereta Kenari, bolehlah dapatkan produk TwoBuddy Plastic Restorer daripada kedai Finzol ini, ia dapat menjadikan bumper anda yang kusam kembali berseri
  5. Pastikan kereta anda tidak selalu terdedah dibawah terik cahaya matahari untuk tempoh yang lama dan kerap

Selain memfokuskan kepada penjagaa enjin, kita juga perlu untuk fokus kepada penjagaan luaran kereta kita. Ingat, kita jaga kereta, kereta akan mudahkan kita

Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat menjadi asbab kebaikan & seterusnya memberikan manfaat kepada orang lain

Jika anda merasakan perkongsian kami ini bermanfaat, ketikla butang share di bawah ini supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya

 

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

1 month ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

1 year ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

1 year ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

1 year ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

1 year ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

1 year ago