Minyak enjin (juga dikenali sebagai minyak hitam) adalah salah satu komponen kritikal dan penting untuk semua pemilik enjin pembakaran dalaman
Melainkan anda memiliki Kereta Tesla di Malaysia, anda boleh abaikan posting ini
Hal ini kerana Kereta Tesla tidak digerakkan menggunakan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine) sebaliknya sumber tenaga untuk menggerakkan keempat-empat roda dihasilkan daripada bateri yang boleh dicas
Ok
Tak kisah anda pemilik kereta, lori, motorsikal, mahupun van jenazah, asalkan kenderaan anda menggunakan enjin pembakaran dalaman, maka minyak enjin adalah suatu bahan yang wajib
Ramai yang keliru sebenarnya
Petrol dan Diesel itu sebenarnya adalah bahan bakar. Kalau dalam bahasa Inggeris dipanggil Fuel. Tapi dikalangan rakyat Malaysia, dia dah jadi semacam sinonim kalau minyak untuk kereta tu dipanggil petrol. Kalau minyak enjin untuk kenderaan dipanggil minyak hitam
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, kedua-dua enjin pembakaran dalaman menggunakan petrol dan diesel sebagai bahan bakar utama
Dengan nisbah bahan bakar dan udara yang tepat bercampur di dalam kebuk pembakaran, maka letupan akan dihasilkan untuk menujah piston kereta ke bawah untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan roda.
Bezanya ialah, petrol memerlukan bantuan palam pencucuh (spark Plug) untuk menghasilkan percikan mula manakala diesel tak perlukan spark plug. Diesel boleh meletup sendiri
Bagus soalan ini tuan-tuan dan puan-puan
Moh le kiter huraikan topik ini dengan lebih lanjut dan terperinci
Secara asasnya, ada 4 fungsi yang sangat penting yang dimainkan oleh minyak enjin yang berkualiti & betul
Ini tidak dinafikan merupakan penyebab utama minyak enjin yang betul dan berkualiti diperlukan untuk enjin kereta, lori mahupun motorsikal anda
Kita sedia maklum, komponen utama di dalam enjin seperti piston dan enjin itu sendiri dibuat daripada bahan logam
Walaupun surface finish permukaan logam yang bergerak dan bersentuhan dalam komponen enjin ni adalah licin, tetapi apabila terdedah kepada suatu tempoh tetap akan jahanam juga sebab kelicinan dia tak begitu sempurna
Contoh paling mudah macam ni lah,
Ambik contoh lutut tuan dan puan
Pernah tak kita dengar orang yang telah berumur terpaksa menjalani rawatan menambah cecair pelincir dalam lutut mereka?
Tanpa cecair itu, lutut kita akan bergeser pada keadaan yang lebih kesat
Bayangkan betapa sakitnya perasaan itu bila kita berjalan menggunakan kaki yang cecair lutut dah tiada ataupun kurang
Haa
Nampak tak analoginya
Sama juga dengan enjin kenderaan kita
Bayangkan berapa pantas dan berapa kerap piston enjin kita bergerak dalam tempoh satu minit
Sebab itu penting untuk kita menggunakan minyak enjin yang betul & baik untuk diisi didalam enjin kita
Pernah dengar tak boifren ke suami kita borak-borak dengan kawan dia lebih kurang macamni
Tak lain tak bukan, geseran antara permukaan logam didalam enjin dah berkurang. Analogi paling mudah, kalau pintu pagar atau grill rumah kita bunyi bising macam bunyi dalam cerita hantu, kita mesti bubuh minyak pada engsel dia kan
Engsel dia dibuat daripada apa? Besi kan?
Kalau tak bergerak, bunyi cerita hantu tu keluar tak? Mestilah tak kan
Nampak tak tuan-tuan dan puan-puan
Itulah pentingnya memilih minyak enjin yang berkualiti
Setiap harga yang dijual itu merupakan salah satu indikator kualiti yang dihasilkan oleh jenama minyak enjin itu
Memang pada dasarnya semua adalah minyak tapi kita kena faham, bahan asas minyak enjin ni dikategorikan kepada 5 bahagian oleh API (American Petroleum Institute). API ni analoginya macam SIRIM kat Malaysia, mengawal selia dan menetapkan standard tertentu
Group I paling asas manakala Group V paling bagus
Lebih tinggi nombor Group, lebih berkualiti dan berprestasi, namun kos penghasilan juga menjadi lebih tinggi
Mungkin jenama X pakai Base Oil Group I dan campur dengan Base Oil Group IV untuk menghasilkan minyak enjin semi sintetik, maka oleh kerana kosnya lebih rendah, mereka boleh menjual pada harga yang lebih rendah
Berbanding dengan jenama Y yang menggunakan Base Oil Group III dicampur Group IV untuk menghasilkan minyak enjin semi sintetik. Tapi harga yang ditawarkan lebih tinggi sebab bahan yang digunakan lebih berkualiti
Group I hingga II dikategorikan sebagai Mineral
Group III dikategorikan sebagai Mineral yang sangat berkualiti, malah sesetengah negara mengiktirafnya sebagai kategori sintetik
Group IV & V adalah sintetik
Geseran biasanya akan menghasilkan apa tuan-tuan?
Ya benar
Bunyi dan haba
Minyak enjin yang bagus, secara automatik akan dapat mengurangkan geseran yang tak sepatutnya pada permukaan logam yang bersentuhan dan bergerak
Jadi bila geseran telah dikurangkan, automatik haba yang dihasilkan pun akan berkurangan kan?
Jadi, suhu enjin pun taklah jadi tinggi dan mengurangkan risiko enjin jadi overheat
Selain itu, pendedahan kepada haba yang tinggi & tak sepatutnya dalam tempoh yang lama juga akan meningkatkan risiko komponen enjin mengembang melebihi daripada paras yang sepatutnya
Bila ini terjadi, secara automatik clearence akan jadi kacau
Hujung-hujung,banyak duit yang perlu dilaburkan untuk repair enjin kereta/motor kita
Nak jimat 50 ringgit, terbang 5,000 ringgit
Seperti yang telah kita bincangkan di bahagian awal tadi, enjin pembakaran dalaman menggunakan petrol ataupun diesel sebagai medium campuran bersama udara, untuk menghasilkan suatu letupan terkawal di dalam kebuk pembakaran enjin
Letupan terkawal itu akan menghentam piston dan menolaknya ke bawah
Sambil piston tu bergerak ke bawah, ia akan memutarkan crank shaft dan seterusnya akan memutarkan roda yang terpasang pada gandar dan sistem transmisi
Semasa proses letupan itu berlaku, campuran bahan bakar dan udara akan juga menghasilkan produk sampingan yang tidak boleh tidak akan terhasil juga, walaupun ia mampu memberi kesan buruk kepada komponen enjin kita
Minyak enjin yang bagus dan berkualiti akan mempunyai beberapa bahan aditif tambahan yang mampu menjadikan komponen enjin kenderaan kita lebih bersih dan terjaga
Sebagai contoh, bahan aditif tambahan seperti Dispersants akan bertindak memerangkap partikel karbon yang terhasil daripada pembakaran hidrokarbon yang tidak lengkap dan menyimpannya
Hal ini dapat mengelakkan daripada tragedi bendasing ini terlepas dan menyusup masuk ke komponen lain lalu menyebabkan kerosakan yang tidak sepatutnya dan menjadikan kos pembaikan tidak perlu lebih tinggi
Dapatkan minyak enjin yang berkualiti untuk menjamin kriteria “magnet” berfungsi dengan cemerlang dalam situasi ekstrim mahupun normal, contoh macam Mannol ExtremeFully Synthetic ini
Penting sangat ke nak kurangkan terjadinya proses pengoksidaan di dalam enjin ni tuan & puan?
Pengoksidaan ni nama yang biasa kita panggil antaranya ialah pengaratan
Cuba tuan-tuan bayangkan enjin jadi karat
Mesti akan mempengaruhi prestasi enjin tu kan
Tapi macamana pulak boleh berlaku proses pengoksidaan dalam enjin ni?
Ingat tak macam yang kita bincang awal-awal tadi
Enjin kenderaan kita berfungsi secara pembakaran dalaman
Untuk menghasilkan pembakaran & letupan terkawal dalam kebuk pembakaran, kita perlukan campuran nisbah bahan bakar (petrol atau diesel) dan udara?
Udara ada apa tuan-tuan?
Secara asasnya, kandungan udara mengandungi sebanyak 21% Oksigen.
Kita tak dapat nak saring oksigen daripada udara
Paling koman kita bolehlah minimakan risiko berlaku pengoksidaan yang tidak diperlukan oleh komponen enjin kita dengan menggunakan minyak enjin yang berkualiti seperti Mannol Powerbike 7832 4T Fully Sintetik ni
Kami nak kongsi tips agar dapat bantu anda memilih minyak enjin dengan tak salah
Kami simpulkan aliran ini berdasarkan pengalaman kami dalam tempoh 5 tahun membantu orang mendapatkan minyak hitam/minyak enjin yang sesuai untuk kenderaan mereka
Mineral paling murah, Semi sintetik tengah-tengah & Fully Sintetik paling mahal.
Contoh, kalau untuk Toyota Vios Dugong dicadangkan kelikatan yang bersesuaian adalah 5w-30 ataupun 10w-40 maka kalau tuan & puan pergi ke pomen, bolehlah tuan & puan cakap begini”
“Tuan Pomen, saya perlukan minyak hitam/minyak enjin kelikatannya 5w-30. Memandangkan saya ada budget & pentingkan kualiti, saya nak pilih yang Fully Sintetik, macam Mannol Energy Formula JP ni tuan”
Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat memberi manfaat dan menjadi asbab kepada kebaikan kepada umat manusia di dunia dan akhirat
Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…
Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…
7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…
Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…
Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…
Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…