Enjin

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika anda merupakan seorang pemilik kereta jenis pakai enjin bukan kereta elektrik macam Tesla

Posting ini akan berkongsi dengan anda berkenaan 7 sebab utama kenapa asap putih keluar daripada ekzos

Punca ini bukan hanya boleh dirujuk untuk kenderaan Malaysia, malahan 7 sebab utama ini telah dibuktikan oleh mekanik-mekanik dan pomen lain di luar negara sana

Jikalau anda mencari punca kenapa ekzos kereta saya keluarkan asap warna biru, anda boleh klik pada link di bawah ini:

Asap Ekzos Kereta Anda Warna Biru?

 

Punca pertama keluar asap putih daripada ekzos kereta anda

Pembakaran kondensasi dalam paip ekzos anda. Situasi ini biasa terjadi apabila anda mula-mula sekali menghidupkan enjin kereta anda pada awal pagi atau semasa cuaca sejuk. Asap putih keluar daripada ekzos adalah normal jika berlaku.

Apa itu kondensasi? Kondensasi ialah proses perubahan sifat fizikal wap air di udara kepada bentuk cecair pada suhu yang rendah. Apabila malam, suhu persekitaran akan menurun dan menjadikan keadaan ekzos kereta yang diperbuat daripada logam menjadi sejuk

Oleh yang demikian, apabila wap air bersentuh dengan permukaan logam yang sejuk, ia akan terkondensasi dan menjadi cecair di dalam paip ekzos kereta anda

Jadi apabila anda menghidupkan enjin di waktu pagi, ekzos menjadi panas dan menukarkan kembali cecair wap air di dalam ekzos yang terbentuk kepada wap air kembali

Jadi anda tidak perlu risau

 

Punca kedua

Kepala silinder didalam enjin anda telah retak. Apabila kepala silinder di dalam enjin anda telah retak, minyak pelincir akan terlepas ke dalam ruangan pembakaran dan seterusnya terbakar sekali dengan petrol

Tragedi ini akan menyebabkan asap putih terbentuk dan dilepaskan melalui ekzos kereta anda

Kenapa kepala silinder (head cylinder) enjin kereta anda boleh retak? Punca utama ialah kerana overheating. Sila periksa samada ada kebocoran pada sistem coolant anda

 

Punca ketiga

Berlaku kebocoran pada  intake manifold gasket. Gasket didalam enjin berfungsi sebagai pendinding untuk mengelakkan minyak enjin yang bertindak sebagai pelincir komponen enjin terlepas ke ruang pembakaran dan seterusnya minyak enjin akan terbakar sekali dengan minyak petrol dan menghasilkan asap putih yang tidak normal keluar daripada ekzos kereta anda

 

Punca keempat

Fuel injector anda bermasalah

 

Punca kelima

Ralat pada ECU kereta anda

 

Punca keenam

Blok enjin kereta anda retak. Tragedi ini sama seperti punca kedua diatas

 

Punca ketujuh

Turbo kereta anda kong/kaput

 

Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

4 weeks ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

1 year ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

1 year ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

1 year ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

1 year ago

Yamaha MT-07 Maintenance Program

Yamaha MT-07 adalah antara model Street Hyper Naked keluaran Hong Leong Yamaha di Malaysia yang…

1 year ago