Iriz

Proton Iriz Maintenance Service Guide

Proton Iriz Maintenance Service Guide adalah satu program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna dan kami olah kembali supaya pemilik senang mendapatkan informasi

 

Proton Iriz Maintenance Service Guide ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:

 

  1. Model Proton ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
  2. Model Proton ini kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
  3. Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Proton ini?
  4. Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Proton ini?
  5. Proton Iriz Auto pakai minyak gearbox apa?
  6. Berapa Liter minyak gearbox auto Model Proton Iriz ini kena pakai?
  7. Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Proton ini ni?
  8. Minyak ATF ni sesuai untuk Proton Iriz Auto tak?
  9. Proton Iriz Manual pakai minyak gearbox apa?
  10. Minyak ATF ni boleh pakai pada Proton Iriz manual?
  11. Minyak Gearbox Manual Proton Iriz berapa botol (liter)?
  12. Berapa banyak Spark Plug untuk Proton Iriz?
  13. Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Proton Iriz?
  14. Apa Enjin Coolant yang sesuai untuk model Proton?
  15. Berapa liter Enjin Coolant nak kena pakai / tuang pada Proton ni?
  16. Berapa sukatan coolant radiator Iriz?
  17. Bila nak kena tukar Enjin Coolant pada Proton ni?
  18. Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton Iriz ni?
  19. Apa model Air Filter untuk  Proton Iriz?
  20. Bila nak kena tukar Air Filter untuk model Proton ni?

Proton Iriz merupakan model yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Proton Holdings Malaysia sebagai pengganti kepada model Proton Savvy

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2014 dan masih dalam production line semasa artikel ini ditulis.

Model ini dikeluarkan sepenuhnya di kilang state-of-the-art Proton Holding yang terletak di Proton City di daerah Muallim (sebelum ini dikenali sebagai daerah Tanjung Malim) di Perak

Model ini dikeluarkan dalam 2 kelas iaitu 1.3 Liter dan 1.6 Liter.

Model ini turut menerima keluaran Facelift yang dilancarkan pada tahun 2019 dan pada tahun 2021, Proton Holdings telah melancarkan model Iriz R3 limited edition

 

Salah satu kelebihan utama model ini ialah ia menggunakan teknologi Hot Press Forming (HPF) untuk pembentukan kerangka utama badan bagi model ini.

Teknologi HPF ini dikenali sebagai Proton RESS (Reinforced Safety Structure). Teknologi ini mampu menawarkan lebih keselamatan berbanding kereta yang tidak menggunakan teknologi ini

Jika berlaku kemalangan, teknologi HPF ini mampu mengurangkan risiko kecederaan yang lebih teruk pada impak yang sama pada struktur yang tidak menggunakan teknologi HPF. Selain itu, penggunaan kerangka dengan teknologi HPF ini juga mampu menawarkan lebih ketahanan pada berat yang lebih ringan yang seterusnya dapat meningkatkan kecekapan penggunaan petrol semasa perjalanan

Proton RESS sebenarnya mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan mula digunakan pada model Proton Preve. Sehingga kini, antara model yang dilengkapi dengan teknologi RESS ini termasuk Proton Persona 2016 dan juga Suprima S 2013.

Proton Iriz juga turut dianugerahkan ASEAN NCAP 5 Bintang

Proton Iriz Service Maintenance Program

Berapa mileage untuk servis?

Mileage yang dicadangkan oleh Proton Malaysia adalah seperti berikut:

  • 10,000 km
  • 20,000 km
  • 30,000 km
  • 40,000 km
  • 50,000 km
  • 60,000 km
  • 70,000 km
  • 80,000 km
  • 90, 000 km
  • 100,000 km

Namun harus diingat, jadual ini dikeluarkan melalui rujukan kepada penggunaan minyak enjin sintetik penuh

Untuk tuan puan yang menggunakan minyak enjin semi sintetik , cadangan penukaran berkala minyak enjin kereta anda adalah seperti berikut:

  • 5,000 km
  • 10,000 km
  • 15,000 km
  • 20,000 km
  • 25,000 km
  • 30,000 km
  • 35,000 km
  • 40,000 km
  • 45,000 km
  • 50,000 km
  • 55,000 km
  • 60,000 km
  • 65,000 km
  • 70,000 km
  • 75,000 km
  • 80,000 km
  • 85,000 km
  • 90, 000 km
  • 95,000 km
  • 100,000 km

Secara Matematik mudahnya, jika tuan puan menggunakan minyak enjin jenis Fully synthetic untuk Proton Iriz, tukar setiap 10,000 km

Jika tuan puan menggunakan minyak enjin jenis Semi Synthetic untuk Proton Iriz, tukar setiap 5,000 km

 

 Maintenance Service Guide

 

 

Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Proton untuk digunakan?

 

Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Proton

 

  • Kelikatan / Viscosity : 10w-40, 5w-30, 10w-30
  • API STANDARD: SL ke atas
  • Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic
  • Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
  • Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 5,000 km untuk Semi Synthetic

 

Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Proton?

 

Untuk Proton Iriz CVT:

  • Jenis minyak CVT Gearbox : PROTON CVT Fluid,  ESSO EZL 799(A)
  • Berapa botol minyak CVT gearbox nak kena pakai: 4 Liter (1 Liter x 4 botol @ 4 Liter x 1 botol)
  • Bila nak kena tukar minyak gearbox CVT: setiap 60,000 km @ 36 bulan sekali (3 tahun sekali)

 

Untuk Proton Iriz Manual:

  • Jenis minyak Manual Gearbox : Fully Synthetic 75w-90
  • Berapa botol minyak Manual gearbox nak kena pakai: 1.8 Liter
  • Bila nak kena tukar minyak gearbox Manual: setiap 100,000 km @ 60 bulan (5 tahun sekali)

 

Apa spark plug yang disyorkan oleh Proton?

  • Jenis Spark Plug yang disyorkan untuk Iriz VVT: NGK LKAR7C-9 Spark Plug
  • Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 4 biji Spark Plug
  • Bila nak kena tukar Spark Plug: setiap 60,000 km @ 36 bulan (3 tahun sekali)

 

Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model ?

  • Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
  • Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan: 4.0 liter
  • Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Proton: setiap 90,000 km @ 54 bulan / 4 tahun setengah

 

Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton ni?

  • NS60RS – Marathoner, Varta, Yokohama, Amaron, Camel

 

Apa minyak power steering fluid untuk model Proton ini?

 

Apa minyak brek untuk model Proton ini?

 

Apa minyak KLAC/CLUTCH untuk Proton Iriz?

 

Kami berharap perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada tuan puan yang membacanya. Jika sudi, ketiklah butang share di bawah ini & kongsikan kepada rakan taulan saudara mara tuan puan agar lebih manfaat dapat disebarkan

tukang taip

Recent Posts

Apa beza Toyota Alphard ANH20, ANH25, GGH20 dan GGH25?

Toyota Alphard 2nd Generation yang dikeluarkan antara tahun 2008-2015 sering mendapat permintaan yang hangat di…

8 hours ago

Toyota Alphard (2008-2015) Maintenance Service Package

Toyota Alphard (2008-2015) Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami kumpul daripada program…

1 day ago

BMW F10 (2010) Maintenance Service Package

BMW F10 (2010) Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami kumpul daripada program…

2 days ago

Honda CR-V 4th Gen (2013) Maintenance Service Package

Honda CR-V 4th Gen (2013) Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami kumpul…

2 weeks ago

Kad pengenalan kita: Bolehkah Pak Guard minta & simpan?

Bolehkah Pak Guard Minta & Simpan IC Kita? Hak Anda Menurut Undang-Undang Malaysia Kad pengenalan…

2 weeks ago

Anak Mati Dalam Kereta: 5 Punca Utama

Tragedi Anak Mati di Dalam Kereta Kerana Ibubapa Terlupa: Sebuah Kisah Pilu yang Terus Berulang…

2 weeks ago