NCAP Rating ni sebenarnya apa ya? NCAP ialah kependekan kepada New Car Assesment Program atau dalam bahasa Melayu ialah Program Penilaian Kereta Baharu
Sejarahnya bermula pada tahun 1978 di sebuah negara yang dikenali dengan jolokan Uncle Sam.
Mana lagi kalau bukan United States of America ataupun dalam bahasa Melayu kita panggil Amerika Syarikat
Objektif asal program USA NCAP ini adalah untuk membolehkan para bakal pembeli kereta mendapatkan info berkenaan ujian kemalangan sesebuah kereta itu.
NCAP ini kemudian berkembang menjadi kepada beberapa organisasi yang menawarkan penilaian untuk ujian kemalangan kereta baharu untuk pembuat-pembuat kereta di kawasan mereka
Antara senarai NCAP yang telah wujud di dunia sehingga artikel ini ditulis adalah seperti dibawah:
Objektif utama kesemua program NCAP Rating ialah untuk menawarkan keselamatan kepada pemandu, penumpang dan juga orang keliling kenderaan jika berlaku kemalangan
Semenjak Ford menghasilkan kereta, telah banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh pengeluar kenderaan di seluruh dunia dalam usaha menawarkan kenderaan yang lebih selamat
Jadi, dengan hadirnya organisasi seperti NCAP ini, para pembeli & bakal pemilik kenderaan akan dapat menilai adakah nilai wang yang bakal dikeluarkan dapat memberikan perlindungan yang sewajarnya
Harus diingat, untuk menghasilkan & mendapatkan sesuatu yang berkualiti, sudah tentu terdapat penambahan kos yang perlu dikeluarkan, samada daripada pihak pengeluar mahupun pihak pembeli
Jadi secara asasnya, NCAP Rating memfokuskan 2 aspek utama yang melibatkan keselamatan
Perlu diketahui, setiap organisasi mempunyai tahap penilaian mereka sendiri yang mereka rasakan adalah penting untuk memastikan keselamatan di kawasan yang mereka berada. Berikut adalah tambahan kepada beberapa aspek tambahan yang dinilai dalam NCAP Rating mereka
Dalam usaha nak menentukan integriti sesebuah kenderaan jika berlaku kemalangan, sudah tentulah kita kena lakukan simulasi
Para penguji yang membangunkan sistem ujian pelanggaran untuk NCAP Rating mereka telah hadir dengan satu guideline tentang apa jenis ujian pelanggaran yang kritikal yang perlu diuji, berapa daya yang perlu dikenakan untuk memastikan satu standard dapat dikeluarkan untuk dianugerahkan bintang
Sebagai contoh, mari kita tengok beberapa jenis ujian pelanggaran yang dilakukan oleh penyedia NCAP Rating di dunia
Oblique Pole Test – ujian pelanggaran tiang di sisi kereta
Selain ujian pelanggaran, NCAP turut menjadikan beberapa aspek bantuan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko maut dan kecedaraan parah kepada penumpang di dalam kenderaan bila berlaku kejadian yang tidak diingini sebagai mata tambahan dalam penganugerahan bintang untuk NCAP Ratings
Antara ciri-ciri yang turut dinilai adalah:
ASEAN NCAP
EFFECTIVE BRAKING & AVOIDANCE |
ESC |
ABS |
SEATBELT REMINDERS |
SBR FOR DRIVER |
SBR FOR FRONT PASSENGER |
SBR FOR REAR PASSENGER |
BLIND SPOT TECHNOLOGY |
BST NEARSIDE |
BST OFFSIDE |
ADVANCED SAFETY ASSIST TECHNOLOGIES |
AEB CITY |
AEB INTER-URBAN |
AEB VRU |
LANE DEPARTURE WARNING SYSTEM |
FWD COLLISION WARNING SYSTEM |
LANE KEEP ASSIST |
OCCUPANT STATUS |
SPEED ASSISTANCE SYSTEM |
AEB INTERURBAN / AES (C2C) |
AEB JUNCTION ASSIST |
SEATBELT REMINDERS |
BLIND SPOT TECHNOLOGY |
LDW / LKA / LSS |
AEB CAR-TO-CAR |
OCCUPANT STATUS |
SPEED ASSISTANCE |
LANE SUPPORT |
ESC |
Standard keselamatan juga turut meningkat seiring dengan jalan. Sebagai perbandingan antara ketiga-tiga NCAP Rating di atas, Advance System Assist Technlogy (ASA) turut menjadi seakan wajib untuk mendapat rating yang bagus
ASA ni antaranya ialah:
Maka tidak hairanlah model-model baharu seperti Perodua Ativa sendiri telah melengkapkan variant mereka dengan teknologi ASA sebagai tambah nilai untuk meningkatkan keyakinan bakal pembeli kereta mereka
Jika 5 tahun dahulu, Proton lebih terkenal dengan tambahan rating keselamatan mereka berbanding Perodua yang fokus kepada harga yang lebih mampu milik, tapi kebelakangan ini Perodua juga telah fokus meningkatkan rating keselematan kereta mereka
Pada pandangan penulis, penting
NCAP Rating dinilai berdasarkan jumlah bintang , 1 bintang paling tak bagus & 5 bintang paling bagus
Lagi banyak bintang, lagi banyak merit keselematan yang kereta itu miliki
Selain itu, tahun NCAP Rating di anugerahkan juga mempengaruhi sedikit sebanyak
Jika nak dibandingkan dengan Proton Preve yang mendapat ASEAN NCAP 5 bintang pada tahun 2013 dengan Proton Persona yang mendapat ASEAN NCAP 5 bintang pada tahun 2020, sudah pasti tahun 2020 lebih meyakinkan
Jika anda mempunyai budget yang mencukupi, dapatkanlah kereta yang ada 5 Bintang NCAP
Jika bajet ketat, bolehlah pertimbangkan yang 3 bintang ke 4 bintang
Kebiasaanya, kereta yang mendapat 3 bintang ke atas tidak dilengkapi dengan ciri-ciri safety tambahan seperti ESC dan ASA, tetapi integriti ketahanan rangka mereka telah melepasi standard minima untuk rating NCAP
Namun yang paling penting, pastikan kita sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah & bagi signal bila belok!
Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…
Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…
7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…
Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…
Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…
Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…