Yamaha LC135 Maintenance Guide

Yamaha LC135 adalah merupakan salah satu model moped 4 lejang bawah 150CC yang sangat popular dikalangan rider-rider di Malaysia yang inginkan moped yang lebih berkuasa tapi tak perlu nak tarik-tarik klac sendiri bila nak tukar gear

Yamaha LC135 berbeza dengan Yamaha Y15Z Raja Jalanan, Yamaha LC mempunyai CC yang lebih rendah daripada Yamaha Y15 Y Suku.
Selain dijual di Malaysia, Yamaha LC turut dijual di beberapa negara Asean yang lain seperti:
- Thailand – dikenali sebagai Yamaha Spaek 135
- Filipina – dikenali sebagai Yamaha Sniper
- Indonesia – dikenali sebagai Yamaha Jupiter MX
Yamaha Jepun yang merupakan syarikat induk memang telah menghasilkan model moped ini untuk pasaran di Asia Tenggara
Yamaha LC V1 dilancarkan julung kalinya pada tahun 2006 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan antara model terawal moped kapcai Yamaha yang menggunakan sistem penyejukan berasaskan cecair iaitu coolant.
Berbeza dengan model moped Yamaha yang lain yang menggunnakan sistem penyejukan udara secara terus.
Perkataan LC itu sendiri pada model Yamaha 135LC merujuk kepada singkatn Liquid Coolant.
Yamaha Malaysia telah pun melancarkan model Yamaha LC135 Versi 8 (V8) pada bulan Mac 2022.
LC V8 turut menggunakan teknologi Fuel Injection (FI) bagi menggantikan sistem karburetor angin untuk sistem enjinnya
Yamaha LC135 V8 dilancarkan dan dijual pada tanda harga bermula daripada RM 7,798.
Tips penjagaan motorsikal Yamaha LC135 yang kami berikan ini telah kami olah untuk fokus kepada benda-benda paling penting dan wajib dibuat untuk memastikan maintenance motorsikal Yamaha anda ini lebih tahan lama dan anda tidak perlu mengeluarkan kos pembaikan tidak perlu dan secara tak langsung anda dapat menikmati ketenangan semasa pemanduan
Data yang kami sajikan dalam posting ini kami ekstrak daripada sumber pihak Hong Leong Yamaha sendiri. Jadi, usah risau dengan kesahihan data yang dibentangkan dalam posting ini kerana misi kami ialah membantu para pemilik mendapatkan informasi tepat dengan mudah dan pantas tanpa perlu nak klebek klebek buku owner manual
Di bawah ini antara senarai soalan popular yang selalu kami dapat daripada pemilik Yamaha LC135 ini:
- Berapa liter minyak hitam/enjin Yamaha LC135?
- Apa minyak hitam / enjin terbaik untuk Yamaha LC135?
- Bila nak kena tukar minyak hitam / enjin?
- Bila nak kena tukar oil filter?
- Bila nak kena tukar coolant?
- Coolant Yamaha LC135 berapa liter?
- Berapa botol coolant nak pakai untuk LC135?
- Apa jenama terbaik coolant?
- Bila saya nak kena sembur chain lube pada rantai Yamaha LC135 saya?
- Apa spark plug untuk motorsikal Yamaha saya ni?
- Bila nak kena tukar bearing tayar motorsikal?
- Apa tayar terbaik untuk motorsikal Yamaha LC135 saya?
- Motor ni pakai tayar tube ke tubeless?
- Berapa jari sportrim untuk tayar motorsikal saya?
Yamaha LC135v8 Fi specs from Yamaha
Enjin
| Jenis Enjin | Sejukan Cecair, 4- Lejang, SOHC, 4-Injap | |
| Susunan Silinder | Silinder Tunggal | |
| Lubang X Lejang | 54.0 X 58.7 mm | |
| Nisbah Mampatan | 10.9:1 | |
| Kuasa Maksimum | 9.3kW / 8,000rpm | |
| Tork Maksimum | 12.2Nm / 6,000rpm | |
| Sistem Penghidup | Elektrik | |
| Pelinciran | Takungan Basah | |
| Isipadu Minyak Enjin | 0.9L | |
| Isi Tangki Bahan Api | 4.6L | |
| Sistem Nyalaan | TCI | |
| Jenis Bateri | 12V 3.5Ah | |
| Jenis Plug | NGK / CR8E | |
| Jenis Klac | Basah, Cakera Berganda | |
| Jenis Transmisi | Constant Mesh, 4-Kelajuan |
Dimensi
| Panjang x Lebar x Tinggi | 1,945mm x 690mm x 1,095mm | |
| Jarak Roda | 1,255mm | |
| Jarak Minimum dari Tanah | 135mm | |
| Berat Isi | 109kg | |
| Tinggi Tempat Duduk | 775 mm | |
| Isi Tangki Bahan Api | 4.6L |
Kerangka
| Jenis Kerangka | Backbone | |
| Suspensi Hadapan | Teleskopik | |
| Suspensi Belakang | Lengan Ayun | |
| Tayar Hadapan | 70/90 – 17M/C (38P) | |
| Tayar Belakang | 80/90 – 17M/C (50P) | |
| Brek Hadapan | Cakera Tunggal Hidraulik | |
| Brek Belakang | Cakera Tunggal Hidraulik |
Yamaha LC135- Apa minyak enjin / minyak hitam / engine oil yang dicadangkan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Hong Leong Yamaha
LC v1-V7
- Kelikatan / Viscosity : 20W-50 , SAE 20w-40
- API STANDARD: SG ke atas
- JASO Standard: JASO MA
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic atau Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 1 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 3,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 2,000 km untuk Semi Synthetic & 1,000 km untuk Mineral
LC V8
- Kelikatan / Viscosity : SAE 10w-40
- API STANDARD: SG ke atas
- JASO Standard: JASO MA
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic atau Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 1 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 3,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 2,000 km untuk Semi Synthetic & 1,000 km untuk Mineral
Apa spark plug yang digunakan oleh model Yamaha LC135 ini?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK CPR8EA-9/ DENSO U24EPR-9 Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 1 biji NGK NGK CPR8EA-9/ DENSO U24EPR-9 Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: Setiap 10,000km
- Bila nak kena periksa Spark Plug: Setiap 4,000km
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Yamaha LC135 ni?
- Gunakan coolant jenis Ethylene Glycol.
- Berapa banyak coolant nak kena pakai: 1 botol 1 liter
Bila nak kena bersihkan/ bubuh minyak atau sembur chain lube pada rantai & sprocket motosikal ni?
- setiap 1000km
- atau selepas setiap kali cuci motorsikal
- atau setiap kali selepas menunggang motorsikal ketika hujan & selepas hujan (jalan basah)
Dapatkan set penjagaan bangsawan untuk rantai motosikal YAMAHA LC135 anda – KLIK SINI UNTUK BELI SET BANGSAWAN
Saiz tayar LC135
Depan-
Type: With tube and tubeless
Size: 70/90-17 M/C 38P
Belakang-
Type: With tube and tubeless
Size: 80/90-17 M/C 44P
Minyak brake depan:
- DOT 3 @ DOT 4
Bateri:
LC v1-v7
- Model:GTZ 5
- Voltan, kapasiti: 12 V, 3.5 Ah
LC V8
- Model:PTZ55
- Voltan, kapasiti: 12 V, 3.5 Ah

Leave a Reply