Proton PREVE Maintenance Service Package

Proton PREVE Maintenance Service Package adalah satu program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna

Proton PREVE Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:
- Model Proton ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Proton PREVE kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Proton ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Proton ini?
- Proton PREVE Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Proton PREVE ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Proton ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Proton PREVE Auto tak?
- Proton PREVE Manual pakai minyak gearbox apa?
- Minyak ATF ni boleh pakai pada Proton PREVE manual?
- Minyak Gearbox Manual Proton PREVE berapa botol?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Proton PREVE?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Proton PREVE?
- Apa Enjin Coolant yang sesuai untuk model Proton PREVE?
- Berapa liter Enjin Coolant nak kena pakai / tuang pada Proton PREVE ni?
- Berapa sukatan enjin coolant radiator yang tepat kalau saya nak tukar untuk Proton PREVE saya ini?
- Bila nak kena tukar Enjin Coolant pada Proton PREVE 1.6L ni?
- Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton PREVE ni?
- Apa model Air Filter untuk Proton PREVE?
- Bila nak kena tukar Air Filter untuk model Proton ni?
Proton PREVE merupakan satu model Proton yang menjadi fenomena suatu masa dahulu. Bermula sekitar 2011 berita berkenaan kewujudan model ini menjadi hangat
Bermula dengan kereta konsep Proton Tuah yan dipertontonkan kepada umum di KLIMS 2010 (Kuala Lumpur International Motor Show), konsep ini di war-warkan menjadi model yang bakal mengembalikan kegemilangan Proton sebagai pengeluar kereta Nasional Pertama
Di bawah pimpinan CEO ketika itu, Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, projek Proton Preve dengan Kod Nama P3-21A menjadi realiti
Penulis pernah menyaksikan sendiri demo P3-21A ketika meluangkan masa ke program Proton : The POWER OF 1 di Stadium Bukit Jalil pada tahun 2012
Ketika itu memang setiap yang hadir menyaksikan demo kejar mengejar P3-21A & Persona begitu teruja
Lebih-lebih lagi dengan teknologi ride & handling yang dipamerkan pada masa itu
Proton PREVE secara rasminya dilancarkan pada 16 April 2012.
Misi PREVE ketika itu ialah untuk menjadi PROTON’S GLOBAL CAR yang pertama
Maka tidak hairanlah teknologi yang dilengkapkan pada Preve pada ketika itu begitu menggiurkan
PREVE juga menjadi model PROTON pertama yang mendapat anugerah 5 Bintang ASEAN NCAP dan Australasia NCAP (ANCAP)
PROTON Preve dikeluarkan dengan dengan 3 variant iaitu:
- Preve Executive Manual
- Preve Executive CVT
- Preve Premium CVT
Preve Executive dikuasakan oleh enjin Proton Campro IAFM+ manakala Preve Premium dilengkapi dengan enjin Proton Campro CFE
CFE merupakan akronim kepada Charge Fuel Efficiency. Enjin CFE dilengkapi dengan Turbo
Proton PREVE Service Maintenance Program
Berapa mileage untuk servis?
Mileage yang dicadangkan oleh Proton Malaysia adalah seperti berikut:
- 10,000 km
- 20,000 km
- 30,000 km
- 40,000 km
- 50,000 km
- 60,000 km
- 70,000 km
- 80,000 km
- 90, 000 km
- 100,000 km
Namun harus diingat, jadual ini dikeluarkan melalui rujukan kepada penggunaan minyak enjin sintetik penuh (Fully Synthetic Engine Oil for Proton PREVE)
Untuk tuan puan yang menggunakan minyak enjin semi sintetik (Semi Sintetik Engine Oil for Proton PREVE), cadangan penukaran berkala minyak enjin kereta anda adalah seperti berikut:
- 5,000 km
- 10,000 km
- 15,000 km
- 20,000 km
- 25,000 km
- 30,000 km
- 35,000 km
- 40,000 km
- 45,000 km
- 50,000 km
- 55,000 km
- 60,000 km
- 65,000 km
- 70,000 km
- 75,000 km
- 80,000 km
- 85,000 km
- 90, 000 km
- 95,000 km
- 100,000 km
Secara Matematik mudahnya, jika tuan puan menggunakan minyak enjin jenis Fully synthetic untuk Proton PREVE, tukar setiap 10,000 km
Jika tuan puan menggunakan minyak enjin jenis Semi Synthetic untuk Proton PREVE, tukar setiap 5,000 km
Proton PREVE Maintenance Service Package – keterangan lanjut
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Proton untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Proton
- Kelikatan / Viscosity : 10w-40, 5w-30, 10w-30
- API STANDARD: SL ke atas
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 5,000 km untuk Semi Synthetic
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Proton?
Untuk Proton PREVE CVT:
- Jenis minyak CVT Gearbox : PROTON CVT Fluid, ESSO EZL 799(A)
- Berapa botol minyak CVT gearbox nak kena pakai: 4 Liter (1 Liter x 4 botol @ 4 Liter x 1 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox CVT: setiap 60,000 km @ 36 bulan sekali (3 tahun sekali)
Untuk Proton PREVE Manual:
- Jenis minyak Manual Gearbox : Fully Synthetic 75w-90
- Berapa botol minyak Manual gearbox nak kena pakai: 1.8 Liter
- Bila nak kena tukar minyak gearbox Manual: setiap 100,000 km @ 60 bulan (5 tahun sekali)
Apa spark plug yang disyorkan oleh Proton?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan untuk PREVE IAFM+: NGK BPR6EF-11 Spark Plug
- Jenis Spark Plug yang disyorkan untuk PREVE CFE: NGK ILKAR7G7 Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 4 biji Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: setiap 60,000 km @ 36 bulan (3 tahun sekali)
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Proton Proton PREVE?
- Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
- Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan: 5.0 liter
- Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Proton: setiap 90,000 km @ 54 bulan / 4 tahun setengah
Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton PREVE ni?
- 55D23L – Marathoner, Varta, Yokohama, Amaron, Camel
Apa minyak power steering fluid untuk Proton PREVE?
- ATF DEXRON OR DEXRON II
- Kuantiti: 0.8L
Apa minyak brek untuk Proton PREVE?
- DOT3 @ DOT4
Apa minyak KLAC/CLUTCH untuk Proton PREVE?
- MINYAK BREK DOT3 @ DOT4
Tidak dinafikan Proton PREVE pernah menjadi fenomena hangat untuk rakyat Malaysia dan memenuhi jalan raya di Malaysia untuk kategori sedan

Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat menjadi asbab kebaikan & seterusnya memberikan manfaat kepada orang lain
Jika anda merasakan perkongsian kami ini bermanfaat, ketikla butang share di bawah ini supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya

One Comment
Selamat pagi tuan & puan.
Saya bernama Santhanam berasal dari Pulau Pinang
kereta saya Preve Executive CVT, ada masalah kat gearbox dan enjin semasa perjalanan..
tolong saya untuk membaiki atau advice..
number contact saya 016-4592450
Sekia terima kasih
Santhanam