Tayar kereta – 5 tips mudah selamatkan nyawa & poket anda
Tayar kereta adalah merupakan salah satu komponen kenderaan kita yang kritikal dan penting. Amat penting untuk kita menjaganya dengan betul dan sempurna sebab habit ini mampu mengurangkan risiko kemalangan semasa pemanduan
Selain itu, tabiat penjagaan tayar kereta yang betul juga mampu mengurangkan risiko kereta kita rosak tak diduga, seterusnya dapat menjimatkan poket dan masa kita daripada situasi yang tidak terduga dan diingini
Sejarah ringkas tayar kereta
Alang-alang tu kami nak kongsi sikit informasi berkenaan sejarah ringkas tayar kereta yang kita gunakan sekarang
Roda telah dicipta seawal 3500 tahun sebelum masihi
Roda di awal penciptaan dihasilkan daripada kayu yang diukir menjadi bulat untuk memudahkan pergerakan
Kemudian, manusia menambahbaik dengan melilitkan kulit binatang untuk menjadikan pengalaman perjalanan menjadi lebih lembut kurang hentakan
Setelah masa berlalu, getah pula mula digunakan untuk menggantikan kulit binatang
Tayar getah yang terawal adalah diperbuat daripada getah padu tanpa angin & digunakan pada kenderaan yang bergerak secara perlahan. Contoh tayar padu ni kalau sekarang orang panggil tayar mati. Biasa di pasang pada basikal budak-budak kecil
Syarikat pakcik Benz melakukan inovasi kepada teknologi tayar ini pada tahun 1888 apabila memasang tayar getah lohong pada roda besi yang kemudian diisi dengan menggunakan udara ke dalam ruang kosong tersebut
Ini adalah nenek moyang kepada tayar angin pada kereta yang kita gunakan pada masa kini
Tayar inovasi pakcik Benz ini mula ditemui digunakan secara umum semasa perlumbaan automobil Paris-Bordeaux-Paris
Pada tahun 1905, ‘bunga’ pada permukaan tayar mula diperkenalkan. Tujuannya ialah untuk melindungi permukaan dalaman tayar daripada menyentuh secara terus kepada permukaan jalan. Selain itu, kehadiran ‘bunga’ tayar ini juga meningkatkan pekali geseran tayar dengan permukaan jalan yang disentuh dan secara tak langsung meningkatkan cengkaman tayar semasa bergolek.
Tayar tanpa tiub mula dihasilkan pada tahun 1947 sebagai usaha mengatasi kos yang tinggi akibat harga minyak yang hilang akal pada masa itu. Kelebihan tayar tanpa tiub ini ia dapat meningkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar kereta dengan mengurangkan berat kereta, lebih kurang beban, lebih kurang tenaga diperlukan untuk menggerakkan kereta, ye dok?
Tayar kereta jenis radial mula dibangunkan pada era 1950-an. Apa itu tayar jenis radial ni? Tayar radial ialah satu jenis tayar yang mempunyai lapisan nilon yang di susun secara 90 darjah, berbanding dengan tayar jenis bias yang aturan lapisan nilonnya diletak pada sudut 30 darjah – 45 darjah. Sila rujuk gambar di bawah
Kelebihan tayar jenis radial ni ialah ia mampu memberikan penjimatan bahan bakar yang lebih berbanding penggunaan tayar jenis bias, ia juga mampu menawarkan lebih KESTABILAN walaupun semasa pemanduan yang laju.
Pada tahun 1979 pula,tayar jenis run-flat telah dihasilkan. Kelebihan tayar jenis ini pula, ia mampu memberikan kelebihan kepada pemandun untuk memandu kereta mereka sejauh sehingga 60 batu walaupun tayar sudah kempis.
5 tips penjagaan tayar kereta yang mudah untuk anda laksanakan walaupun anda bukan pakar automotif
Tips pertama: Jaga Tekanan Angin tayar kereta anda
Ini tips paling utama dan penting
Pastikan tekanan angin dalam tayar kereta anda mencukupi.
Macamana nak tahu nilai tekanan angin tayar yang sesuai untuk kereta anda? Boleh rujuk pada stiker tekanan angin yang ditampal pada bahagian tepi pintu kereta anda. Unit yang biasa digunakan adalah PSI atau kPa
Tayar yang mempunyai tekanan angin yang kurang banyak keburukannya, tayar cepat rosak, minyak kuat makan dan yang paling bahaya, anda susah nak mengawal pergerakan kereta anda sebab angin yang berkurangan
Periksalah tekanan angin tayar anda paling kurang sebulan sekali. Atau kalau malas nak periksa, bawa je ke stesen minyak berhampiran dan pam angin ke dalam tayar kereta anda sendiri. Kalau angin dah kurang, automatik pam akan isikan angin, kalau tekanan cukup, automatik pam pneumatik tu akan menjerit tett tett tett ataupun ting ting ting ting
Satu lagi, kalau angin kurang, bila anda langgar lobang atas jalan raya, tayar anda boleh jadi bengkak, keluar benjol. Pisang mat kalau tayar bunga tebal lagi tapi dah bengkak. Koyak poket wooo
Tips kedua: Periksa tayar anda secara kerap terutama sebelum memulakan perjalanan yang jauh
Ada 2 cara paling simple dan senang untuk periksa sendiri tayar anda. Tak perlu gunakan alat yang canggih
Cara 1, pemeriksaan visual. Anda pergi dekat-dekat pada tayar tu, dan tengok pada tayar tu untuk cari apa-apa benda yang tak normal ke macam kesan benjolan, paku yang tertusuk pada tayar ataupun bunga yang dah semakin hilang, bahasa pasar dia tayar dah jadi botak, botak macam kepala Profesor Xavier X-Men
Paku ke screw ke dawai ke kalah dah tertusuk pada permukaan tepi dinding tayar, anda memang kena tukar tayar baru jelah jawabnya sebab dah tak boleh nak tampal pakai cacing tayar tu…sob sob sob
Cara 2, gunakan tangan kosong anda (jangan pakai sarung tangan) dan raba-raba lah tayar tu. Raba tayar kereta sendiri takpe, jiran sebelah tak marah. Kadang-kadang kalau bahagian dalam kita susah nak nampak mata kasar sebab kereta tak naik atas jack kan, so gunalah tangan anda untuk raba dan periksa kalau-kalau ada benjolan pada tayar kereta anda ke
Tips ketiga: Silang, silang,silang,silang!
Pernah tak pakcik-pakcik anda yang dah banyak makan garam cakap “Mat, ko kena silang-silang tayar kereta ko mat, yang depan pindah belakang yang belakang pindah depan”
Betul ke? Fakta atau auta?
Jawapannya, bukan auta
Biasanya, kita kalau nak tukar tayar, jarang nak tukar ke-empat empat sekali sebab tempoh kehausan dia tak sama
Kebiasaannya, tayar depan akan lebih cepat hilang bunga berbanding tayar kereta belakang kerana kebanyakan kereta sekarang menggunakan pacuan hadapan di mana daya daripada enjin akan dipindahkan terus kepada tayar depan. Selain itu, beban pada bahagian depan juga lebih tinggi berbanding pada bahagian belakang kereta sebab enjin, gearbox apa semua duduk kat bahagian depan but kereta kita kan?
Jadi, seeloknya setiap 10,000km kita pindah silang tayar kereta kita untuk memastikan bunga tayar kereta kita digunakan sebaik mungkin
Caranya, tayar kiri depan pindah ke tayar kanan belakang, tayar kanan depan pindah ke tayar kiri belakang, tayar kiri belakang pula pindah tayar kanan depan dan tayar kanan belakang pindah ke tayar kiri depan
Faham tak tu…hahaha..jangan pening tau
Tips keempat: Jangan bawa muatan lebih daripada yang dicadangkan pengeluar kereta
Setiap kereta ada maksimum muatan yang boleh di bawa
Boleh rujuk pada manual kereta anda
Walaupun tayar taklah boleh meletup kalau kita bawa muatan lebih, tapi secara tak langsung jangkahayat tayar juga boleh menjadi lebih pendek daripada biasa sebab terpaksa bekerja dengan lebih keras.
Selain nak jaga tayar, kita pun nak juga jaga sistem suspensi dan penyerap hentakan absorber kereta kita kan
Bawak muatan lebih pun, banyak makan minyak yop!
Tips kelima: Jaga alignment tayar kereta anda
Alignment kereta ni eloklah kita buat sebulan sekali kalau nak jaga tayar
Kalau alignment hauk, tu yang jadi isu tayar makan sebelah la
Sayang kalau baru tukar tayar, bunga masih tebal tapi dah makan sebelah dalam
Nak buat alignment kereta tak mahal pun
Biasa kedai tayar cas dalam RM 15-Rm 20 untuk proses alignment
Selain penting untuk kita membuat penyelenggaraan maintenance kereta kita yang lain seperti tukar minyak hitam bila sampai waktunya, tukar minyak gearbox ke coolant ke, tayar ni juga sama penting
Marilah kita menjadi pengguna jalanraya yang bertanggungjawab