Radiator Coolant Enjin: DIY Tips & Panduan Tukar dan Flush

Radiator Coolant merupakan salah satu komponen penting untuk memastikan enjin kenderaan kita beroperasi pada tahap yang optimum.
Enjin pembakaran dalaman memerlukan satu suhu optimum untuk beroperasi, namun tidak boleh terlampau extreme
Pernah dengar enjin overheat?
Kami sendiri pernah mengalami situasi enjin overheat. Pishang oh kalau enjin overheat. Konfirm tersadai tepi jalan sebab enjin memang akan tak boleh start dan kereta tak boleh bergerak.
Kut kalau kita paksa enjin beroperasi dan kereta bergerak ketika sistem penyejukan enjin gagal berfungsi, mau jammed piston kat dalam enjin tersangkut
Overhaullah jawapnya atau tukar enjin lain
Sistem penyejukan enjin
Secara umum, sistem penyejukan enjin ada 2 jenis iaitu:
- Sistem penyejukan cecair
- Sistem penyejukan udara
Sistem penyejukan cecair (Liquid Cooled)
- menggunakan cecair yang dikenali sebagai Coolant
- digunakan secara meluas untuk kereta
- motorsikal juga ada yang dilengkapi dengan sistem penyejukan enjin jenis cecair ni
Sistem penyejukan udara (Air Cooled)
- digunakan secara meluas untuk enjin yang berkapasiti kecil seperti motorsikal
- untuk kereta, tak banyak model yang menggunakan sistem penyejukan enjin jenis udara ni
- antara model kereta yang popular yang menggunakan Air Cooled system untuk enjin ni adalah Volkswagen Beetle model terdahulu
- untuk motorsikal pula, kebanyakan enjin yang berkapasiti bawah 135CC menggunakan sistem penyejukan enjin jenis udara ini
Radiator Coolant: Fungsi utama
Apa beza Radiator Coolant dan Antifreeze?
Secara khususnya, Antifreeze ialah campuran pelbagai bahan kimia dengan ethylene glycol sebagai bahan utama didalamnya
Manakala Radiator Coolant pula boleh dirujuk sebagai cecair penyejuk seperti air biasa, antifreeze sahaja ataupun campuran air & antifreeze
Sebenarnya, kalau kita nak guna air paip sebagai penyejuk enjin boleh tetapi sangat berisiko.
Sebab air paip boleh menyebabkan komponen dalam radiator berkarat dan seterusnya menyebabkan penyumbatan ataupun kebocoran
Kalau guna air suling/reverse osmosis sahaja?
Boleh juga tapi takat didih suhu dia akan rendah sedikit
Takat didih air yang tulen adalah 100 darjah celcius.
Jadi bila air ni capai suhu takat didih, dia akan menjadi wap, secara tak langsung akan meningkatkan suhu enjin kereta anda
Sebab itulah, kita kena guna antifreeze sebagai radiator coolant kita
Kebanyakan bahan utama dalam antifreeze adalah Ethylene Glycol, sejenis alkohol yang mempunyai takat didih 197 darjah celcius
Enjin kereta anda tidak akan mencapai suhu tersebut ketika beroperasi secara normal tapi sebab suhu takat didih dia lebih tinggi daripada air, risiko untuk terbentuknya wap dalam cooling system enjin kita adalah lebih rendah
Jadi, radiator coolant yang bagus akan dapat:
- mengalirkan haba berlebihan daripada enjin dengan effisien
- mengelakkan berlaku pengaratan didalam sistem penyejukan. Terima kasih kepada sifat Ethylene Glycol yang tidak akan menghasilkan karat apabila bercampur dengan kebanyakan logam
- menghalang pembentukan mendakan didalam sistem penyejukan (mendakan ini boleh menyebabkan kesumbatan dalam radiator)
- tidak beku apabila suhu persekitaran di bawah takat beku air (0 darjah celcius)
Radiator Coolant: perlukah dicampur dengan air?
Secara umumnya, di pasaran semasa terdapat 2 jenis antifreeze radiator coolant
- Concentrated coolant/antifreeze
- Pre-Mix Coolant/Antifreeze ataupun Ready-To-Use Coolant/Antifreeze
Concentrated Coolant/Antifreeze

- ini adalah contoh Concentrated Coolant yang popular untuk pasaran di Malaysia
- kalau nak beli, boleh klik link ni – GCP Long Life Coolant
- yang ini 100% coolant antifreeze
- biasanya, pomen akan campur dengan air suling/reverse osmosis dengan nisbah 50:50 ; Coolant 50% , Air 50%
Pre-Mix Coolant/Antifreeze ataupun Ready-To-Use Coolant/Antifreeze

- ini pula adalah contoh Pre-Mix Coolant/Antifreeze ataupun Ready-To-Use Coolant/Antifreeze
- brand Mannol Antifreeze ni memang popular dikalangan rakyat Malaysia kini
- kalau nak beli Mannol Antifreeze Coolant klik sini – Mannol Antifreeze Coolant G11, G1+,G13
- untuk coolant jenis yang ini, tak perlu nak bancuh lagi, tinggal buka & tuang ke dalam tangki radiator kereta kita
Radiator Coolant: Premix vs Concentrated
Jadi, mana lagi bagus?
Premix atau Concentrated?
Baiklah.
Kita tengok contoh kalau kita nak servis & tukar radiator coolant untuk Toyota Vios kita ya
Toyota Vios memerlukan 4 liter radiator coolant
Jadi, jika anda mendapatkan coolant yang jenis Concentrated, anda hanya perlukan 2 botol 1 liter sahaja
Jika anda mendapatkan coolant yang jenis premix, anda hanya perlukan 4 botol 1 liter sahaja
Simple
Dua-dua boleh pakai
Cuma kalau guna yang concentrated coolant, anda kena bancuh lagi sendiri tambahkan air suling
Radiator Coolant: Cara nak flush radiator & tukar radiator coolant sendiri DIY
Apa yang anda perlukan
- Coolant/Antifreeze yang baru
- Bekas baldi 10 liter
- Air Suling (boleh beli daripada kedai runcit berdekatan takyah pening-pening)
- Produk Radiator Flush
- Screwdriver atau spanar
- Hos getah yang disambungkan ke kepala paip
- Sarung tangan
Berapa lama anggaran proses keseluruhan?
- 3 jam
Langkah demi langkah nak flush dan tukar radiator coolant sendiri
Pastikan: Kenderaan diletakkan pada permukaan yang rata, enjin dan radiator sudah cukup sejuk dan boleh disentuh dengan tangan tanpa sarung tangan. Antifreeze ialah barang toksik, jangan benarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan menghampiri tempat anda nak buat kerja
Langkah 1:
Buka penutup tangki radiator, biasanya terletak di atas radiator. Jika kereta anda ada tangki plastik tempat simpan radiator coolant, buka penutup tu juga

Langkah 2:
Periksa dalam buku manual cari lokasi tempat drain plug tangki radiator, letakkan baldi/bekas kat bahagian bawah drain plug
Langkah 3:
Buka drain plug dan biarkan semua cecair mengalir sampai habis dan berhenti. Pastikan tak tumpah daripada baldi. Kalau tumpah sila lap. Lepas tu tutup balik ketat-ketat drain plug tu.
Langkah 4:

Tuang produk radiator flush kedalam tangki radiator (bukan ke dalam tangki plastik coolant tu tau). Lepas tu tarik hos getah air paip dan isikan tangki radiator anda dengan air paip. Jangan terlalu penuh, pastikan anggaran ada ruang antara air dan radiator neck dalam 1 inci
Langkah 5:

Tutup radiator cap dan tangki plastik coolant anda
Langkah 6:
Hidupkan enjin kereta anda dan biarkan ia hidup selama 10 minit. Matikan enjin dan biarkan enjin dan radiator anda betul betul sejuk
Langkah 7:
Ulang langkah 3
Langkah 8:
Isi semula sistem dengan air guna hos, tutup cap dan hidupkan enjin kereta anda lagi selama 10 minit. Matikan enjin dan pastikan enjin & radiator anda sudah sejuk sepenuhnya
After draining the radiator, close the petcock or drain. Refill the system with water and replace the caps. Run the engine again with the heater on high for 10 minutes once the engine has reached operating temperature. Allow the engine to cool again.
Langkah 9:
Ulang langkah 3
Langkah 10:
Isikan semula radiator dengan coolant yang baru, pastikan sama spec dengan apa yang pembuat kereta anda tulis dalam buku manual. Jangan malas baca buku manual. Jika pakai coolant yang concentrated, bancuh dengan air suling 50%, coolant 50%
Langkah 11:
Hidupkan enjin sampai takde buih terbentuk pada cooling system dan paras coolant mula naik, kemudian tutup balik radiator cap. Jika kereta anda dilengkapi dengan coolant bleeder screw, gunakan ia dan tak perlu guna teknik radiator cap tu
Langkah 12:
Periksa semula paras coolant dalam tangki plastik. Sepatutnya level kena pada garisan “FULL”. Tambah coolant jika perlu.
Langkah 13:
Periksa semula paras coolant dalam tangki plastik. Sepatutnya level kena pada garisan “FULL”. Tambah coolant jika perlu.
Langkah 14:
Tutup dan ketatkan semua radiator cap dan tangki plastik punya cap. Boleh check kembali level coolant pada keesokkan hari atau 2 hari kemudian. Mana tau ada kurang sebab ada tempat yang tak tutup ketat.


Leave a Reply