Perodua Aruz SUV Maintenance Service Package by Perodua

Perodua Aruz SUV Maintenance Service Package by Perodua adalah satu program yang dibangunkan oleh Perodua Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna dan memanjangkan jangkahayat kenderaan dan komponen
Perodua Aruz SUV Maintenance Service Package by Perodua ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:
- Model Perodua ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Perodua Aruz kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Perodua ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Perodua ini?
- Perodua Aruz Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Perodua ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Perodua ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Perodua Aruz Auto tak?
- Perodua Aruz Manual pakai minyak gearbox apa?
- Minyak ATF ni boleh pakai pada Perodua Aruz manual?
- Minyak Gearbox Manual Perodua Aruz berapa botol?
- Berapa sukatan coolant radiator untuk Aruz?
- Apa coolant radiator yang sesuai untuk Aruz?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Aruz?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Aruz?
- Apa masalah/problem yang selalu dihadapi oleh pemilik SUV Aruz ini?

Perodua Aruz-Sejarah dan Pengenalan
Model ini merupakan kenderaan jenis SUV (Sport Utility Vehicle) terkini yang dipasarkan di Malaysia oleh Perodua.
Pertama kali dilancarkan pada tahun 2019, model ini mula menghiasi ruang di jalan raya Malaysia. Perodua melancarkan model ini sejurus Proton melancarkan model SUV mereka iaitu Proton X70
Perodua menggunakan enjin berkapasiti 1500CC sebagai jantung yan menggerakkan kenderaan ini. Enjin dengan kod 2NR-VE dengan teknologi EFI (Electronic Fuel Injection) , DOHC (Double Overhead Cam) & Dual VVT-I (Variable Valve Timing-Intelligent)
Enjin 2NR-VE ini bukanlah sesuatu yang baharu yang dibangunkan sendiri oleh pihak Perodua, sebaliknya enjin kod 2NR-VE ini dihasilkan oleh sebuah konglomerat automotif terkenal di dunia iaitu Toyota.
Antara model Perodua yang telah menggunakan enjin yang sama ialah model Perodua King Myvi 3rd Generation
Selain itu, enjin ini turut boleh ditemui dalam model Toyota Rush, Avanza New Model
Ramai juga yang secara nakal menyatakan, kalau nak merasa pakai Toyota Rush tapi harga murah, bolehlah dapatkan model Perodua Aruz
Ada yang membuat perbandingan Toyota Rush vs Perodua Aruz, tak banyak beza kata mereka
Model ini didatangkan dengan 7 tempat duduk, juga mempunyai teknologi Eco Idle seperti yang didapati pada Perodua Bezza
Model ini juga mendapat penarafan 5 Bintang daripada ASEAN NCAP
Sejak 10 tahun kebelakangan ini, trend menghasilkan SUV begitu ketara di kalangan pengeluar kereta di seluruh dunia
Pada saat posting ini ditulis, model ini boleh didapati pada harga RM 68,526 untuk Variant Aruz 1.5 X & RM 73,226 untuk Variant Aruz 1.5 AV
Service Maintenance Program
Berapa mileage untuk servis?
Mileage yang dicadangkan oleh Perodua Malaysia adalah seperti berikut:
- 10,000 km
- 20,000 km
- 30,000 km
- 40,000 km
- 50,000 km
- 60,000 km
- 70,000 km
- 80,000 km
- 90, 000 km
- 100,000 km
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Perodua untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Perodua
- Kelikatan / Viscosity : 0w-20, 5w-30, 10w-30
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic/ Semi Sintetik
- API SN ke atas
- Isipadu / Volume minyak hitam:
- Dengan filter: 3.5 liter
- Tanpa oil filter: 3.3 liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km untuk Fully Sintetik / setiap 5,000 km untuk semi sintetik
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Perodua?
Untuk gearbox auto:
- Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF D3 SP
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai:
- Total amount: 4.9 Liter (1 Liter x 5 botol)
- Replaceable amount: Up to 1.3 Liter (1 Liter x 2 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 40,000 km & 80,000 km
Untuk rear differential gear:
- Jenis minyak Gearbox: Gear Oil API GL 5 SAE 90
- Berapa botol minyak gearbox manual nak kena pakai: 2.4 Liter
- Bila nak kena tukar minyak gearbox manual: 40,000 km & 80,000 km
Apa spark plug yang disyorkan oleh Perodua?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan:
- DENSO SC16HR11 Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar:
- 4 biji DENSO SC16HR11 Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug:
- 100,000 km
Apa coolant yang disyorkan oleh Perodua untuk model Aruz?
- Apa jenis coolant: Ethylene Glycol Base (Long Life Coolant)
- Berapa kapasiti coolant nak kena tukar:
- 4.2 Liter
- Bila nak kena tukar coolant: setiap 40,000km
Bila nak kena tukar Air Filter untuk Aruz?
- Perodua mengesyorkan untuk menukar elemen penuras udara enjin Aruz (Air Filter) setiap 40,000km
Apa bateri yang sesuai untuk model Aruz ini:
- M-42R
Apa minyak brake yang disyorkan oleh Perodua untuk model Bezza ini?
Apa saiz tayar yang standard yang disyorkan oleh Perodua Malaysia?
- 215/60R17
Bila nak kena tukar timing belt Perodua Aruz?
- Model ini tidak menggunakan timing belt sebagai pemasa valve dalam enjin sebaliknya menggunakan rantai yang dikenali sebagai timing chain
Bila nak kena tukar power belt FEAD Aruz?
- Setiap 40,000km atau kalau dah crack. Periksa setiap 10,000 km
Berapa kapasiti tangki minyak petrol model Perodua ini?
- 45 liter
Kami berharap agar posting ini dapat memberi manfaat kepada tuan puan yang membacanya. Jika tuan puan berasa perkongsian kami ini dapat membantu dan memberikan manfaat, sudilah kiranya ketik butang share di bawah ini dan share di media sosial tuan puan

Leave a Reply