Punca Kenapa Aircond Kereta Saya Panas Tak Sejuk- Baca ini dan masalah anda boleh selesai akan menerangkan dan mengupas sedikit sebanyak persoalan popular yang selalu ditanya oleh pemilik kenderaan di Malaysia berkaitan dengan kenapa aircond kereta mereka panas tak sejuk seperti:
Ok tenang tuan & puan sekalian
Kita cuba rungkaikan segala persoalan yang bermain di minda kita berkaitan isu aircond kereta ni panas dan tak sejuk
Mesti kita marah kan kenapa aircond kereta tak sejuk
Kalau dah namanya aircond mestilah kena sejuk
Kalau panas tu bukan aircond namanya
Itu heater!
ok lepassss….
haaa
rasa tenang sikit kan?
Baiklah
Untuk bab muqaddimah
Jom kita kenal dulu sistem aircond kereta ini & komponen penting
Siapa cakap sistem aircond kereta ni complicated?
Tak susah pun nak faham pasal sistem aircond kereta ni
Susah lagi nak jawab soalan awek/bini kita bila kita tanya dia “Nak makan mana”, lepas tu dia jawap “Ikut Suka Awak lah…”
Baik
Asasnya, sistem aircond kereta terbahagi kepada 5 komponen mekanikal utama
Actually, sistem aircond rumah kita pun ada 5 komponen mekanikal utama ini
Ok
Mari kita tengok fungsi komponen aircond ini
Compressor/Kompressor ni nama London dia. Kalau nama Melayu dia, No Dout kita panggil Compressor ini Pemampat
Fungsi utama compressor aircond ini adalah untuk memampatkan gas aircond R12 atau R134A, menjadikan gas itu daripada bentuk wasap (gasous) kepada bentuk cecair cecayaq (liquid)
Compressor ni amat penting dalam sistem aircond ni, sama penting dengan awak dalam hidup & masa depan saya…cia cia cia
Compressor aircond boleh dianggap sebagai jantung untuk sistem aircond kereta kita
Untuk sistem aircond kereta, compressor aircond ini digerakkan oleh crankshaft enjin kereta dan sebahagian daripada sistem FEAD kereta
“Maknanya bang aji, kalau kita tak on switch aircond tapi enjin jalan, kira compressor aircond ni dok pusing jugak la naa?” – tanya haji Jul Yaya
Bukan begitu haji, kompressor aircond kita ni dilengkapi dengan satu lagi sistem nama dia “Magnetic Clutch”
“Magnetic Clutch” kompressor aircond ni dia dok kat tang pulley
Fungsi dia, bila mana tang aji Jul on Switch aircond, magnetic clutch ni akan beroperasi dan sistem dia akan mai cengkam sekali pulley kompressor aircond. Jadi time ni baru kompressor aircond dok ikut pusing sekali dengan enjin
Lepaih tu kut aji Jul nak bukak tingkap nak sembang-sembang dengan Kak Kiah, aji matikan suis aircond dalam reta, automatik “Magnetic Clutch” kompressor aircond aji mati jugak, dia tak cengkam lagi pulley kompressor aircond reta aji naaa…maknanya enjin reta aji masih pusin, tapi kompressor aircon aji Jul tak pusin sekali.
Makna masa dia tak pusin tu dalam reta aji Jul takdak la rasa sejuk macam aircond ada noh…
Bentuk dia macam radiator kereta
Ada sirip
Fungsi utama dia?
Untuk mengkondensasikan gas aircond yang dimampatkan oleh kompressor tadi kepada bentuk cecair
Kipas tu nak bantu lebih banyak angin sedut lepaih tu lalu kat celah-celah sirip dan pipe kondenser aircond ini
Bila angin yang lebih sejuk suhunya lalu kat celah-celah sirip tu, proses pemindahan haba pun berlaku
Maka gas panaih yang bersuhu tinggi yang mengandungi haba yang lebih banyak akan menjadi lebih sejuk dengn cepat
Biasanya kipas ni dia dok kongsi sekali dengan kipas radiator kereta kita
Tapi ada jugak kereta yang asingkan kipas untuk sistem kondenser aircond dia dengan radiator enjin
macam awaklah
tak sudi nak berkongsi kasih kan?
Fungsi dia ni macam untuk keselamatan sistem aircond ni la
Nak lindungi kompressor aircond kereta
Nak kurangkan kemungkinan untuk kompressor aircond kereta kita kong cepat
Alaa macam vaksin Covid tu
Untuk melindungi & mengurangkan risiko jangkitan & penyebaran virus Covid-19 di kalangan masyarakat setempat
Ok
Kembali ke pangkal jalan
Nama pun dah drier kan
Jadi kerja utama dia untuk mengeringkan
Apa yang drier aircond kereta ni nak keringkan?
Dia nak pastikan yang gas aircond tu, tiada dalam bentuk cecair lagi, sebelum menghantar kembali gas aircond ke dalam kompressor
Harus diingat
Kompressor perlukan hanya gas aircond untuk dimampatkan, bukannya cecair
Kalau tak jahanam kompressor aicond
Kompressor aircond antara komponen yang paling mahal harganya
Tak kurang RM 500 untuk yang boleh pakai
Expansion Valve ni penting untuk memastikan suhu yang kita nak dalam kabin kereta menepati apa yang telah kita set
Kerja utama expansion valve ni adalah untuk mengawal kadar kuantiti & pelepasan cecair penyejuk aircond kita R134A ke bahagian evaporator/cooling coil aircond kereta kita
Dia macam pintu gate automatik
Dia kontrol cecair penyejuk aircond kita yang bertekanan tinggi & bersuhu rendah untuk masuk dalam ruangan cooling coil
Kalau kita set 16 darjah celcius aircond kereta kita
Tapi kita parking kereta kat bawah sinaran panas terik matahari
Automatik suhu dalam kabin kereta kita tak dapat 16 darjah celcius kan
Jadi, bila sensor aircond yang dipasang detect suhu yang kita nak tu belum dicapai, maka dia akan hantar arahan kepada expansion valve untuk bukak pintu lebih luas dan lebih lama
Supaya lebih banyak cecair penyejuk dapat masuk ke bahagian cooling coil lebih cepat
Maka cepatlah suhu dalam kabin kereta rendah
Faham tak setakat ni?
Bang aji dok tulih ni guna bahasa tak engineering sangat biaq ramai mudah faham noh
Haa
Ni bentuk dia lebih kurang macam radiator/kondenser
Dia ada banyak sirip-sirip haluih
Fungsi dia nak mudahkan proses pertukaran haba panas di dalam kabin kepada cecair penyejuk yang lebih rendah dalam cooling coil ni
“Bang aji Zol, che’ tak paham la macamna Cooling coil ni penting untuk sejukkan ruang kabin reta che’ ni” – Ujar Nur Jannah Nik Wilkinson
Ok
Ni bang aji nak stori
Hampa biasa kan order ayaq sirap ais kat kedai kalau nak makan nasi tengah hari panaih lit lit ni
Yang tak biasa orang oda ayaq ketum ais secara open je kat kedai kan?
Ok, ayaq sirap yang ada ais tu dia sejuk kan?
Cuba ampa dok perati lama sikit kat gelaih luaq tu ada nampak basah-basah kan?
Haa, tu maknanya ayaq sirap sejuk dalam gelaih tu dah berjaya turunkan suhu udara yang berdekatan dengan permukaan gelaih tu jadi lebih sejuk
Kewujudan ayaq jernih kat luaq permukaan gelaih tu bukti udara sekeliling jadi sejuk
Sebab pa, sebab dalam udara kita ada wap ayaq
Dulu cikgu Sains kita ajaq kat kelaih, ayaq kalau panaih jadi wap kan, lepaih tu wap tu kalau kita kita sejukkan balik dia jadi ayaq, ayaq pula kalau kita sejukkan lagi dia jadi keraih macam batu, sebab tu kita panggil dia air batu kan?
Jadi
Tukar je prinsip ayaq sirap, gelas tu dengan cooling coil aircond reta kita
Ayaq sirap sejuk = cecair penyejuk aircond kereta kita (R12/R134A)
Gelaih ayaq sirap = pipe cooling coil
“Apa pulak fungsi blower kipas kat cooling coil aircond reta che’ tu” – Lisa Merah Jambu Belacan pulak angkat tangan tanya
Blower tu nak sedut angin dalam kabin, kasi tiup lalu kat cooling coil aircond reta tu, lepaih tu angin yang dah lalu cooling coil tu dia keluaq lalu kat laluan ducting teruih keluaq kat corong aircond kat dashboard reta ampa tu
Kalau takdak blower kipas tu, yang sejuk cuma kawasan sekitar cooling coil tu ja
Tempat lain dalam kabin tak rasa sejuk udara aircond tu aihhh
Tak caya?
Cuba hampa oda 15 gelaih ayaq sirap ais
Lepaih tu susun rapat-rapat
Lepaih tu pinjam kipas meja makcik kedai makan tu
Letak kat belakang susunan gelaih ayaq sirap ampa tu
On kan kipas
Ampa dok belah sini pulak
Mesti ampa bulih rasa udara lebih sejuk lalu melepasi susunan gelaih ayaq sirap ampa menampaq-nampaq pipi ampa yang banyak lemak tu kan?
Ok sekaranag ampa dah faham sedikit sebanyak asas sistem aircond kereta ampa kan?
Senang je kan?
Kita terus ke bab seterusnya
Video di atas menunjukkan demonstrasi ujian Air Test pada Cooling Coil Proton Preve CFE untuk mengesan kebocoran
Punca Kenapa Aircond Kereta Saya Panas – tips tambahan
Salah satu sebab utama ialah sebab keselamatan.
Kenapa?
Bila kita terpaksa memandu kenderaan meredah hujan yang lebat dan aircond kita panas, tak sejuk – situasi ini membahayakan pemandu dan penumpang serta pengguna jalan raya lain.
Memandu dengan aircond yang panas semasa hujan akan menyebabkn cermin kereta kita berkabus dan mengehadkan pandangan kita sebagai pemandu
Kita akan susah nak nampak kedaan jalan dengan jelas dan seterusnya meninggikan risiko kecelakaan
Jadi,
Jagalah rutin maintenance kereta kita dengan sempurna
Tak kisahlah kereta kita tu model Myvi, Proton, Honda mahupun Lamborghini…
Yang penting disiplin
Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…
Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…
7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…
Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…
Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…
Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…