Fobia yang berkaitan kereta? Adakah anda alaminya?

Fobia boleh ditakfsirkan sebagai
“perasaan takut berlebihan yang dirasakan seseorang terhadap situasi atau obejek tertentu. Ketakutan berlebihan ini tidak jarang menyebabkan depresi, kecemasan, dan kepanikan yang parah. Kebanyakan pengidap fobia tahu bahwa ketakutannya tidak beralasan, tapi tidak bisa mengendalikannya dan lebih memilih menghindari objek atau situasi yang ditakuti. Kondisi inilah yang membedakan fobia dengan ketakutan biasa.” – Halodoc
Apa yang menyebabkan seseorang itu menghadapi fobia? Ada 2 punca utama yang dikenalpasti menyumbang kepada perasaan fobia dikalangan seseorang iaitu:
- Faktor Genetik
- Pengalaman negatif/buruk yang pernah dihadapi seseorang – contohnya seseorang mungkin pernah mengalami peristiwa hampir lemas lalu menjadikan beliau fobia pada air & mengalami aquaphobia
- Perubahan pada fungsi otak seseorang
Fobia berkaitan kereta? Ada ke?

Ya memang wujud. Bahkan ada terdapat beberapa lagi jenis yang boleh dikaitkan dengan kereta dan bidang automotif
Jom kita tengok 5 jenis fobia yang berkaitan dengan automotif
1-Vehophobia
Vehophobia ialah perasaan fobia yang dialami untuk memandu kenderaan, terutamanya kereta
Kebanyakan punca utama yang dilaporkan, mereka yang mengalami situasi ini pernah mengalami kemalangan jalan raya yang dahsyat, samada hampir meragut nyawa sendiri ataupun menyebabkan kecelakaan yang serius kepada pihak ketiga yang menjadi mangsa
Namun masalah ini boleh juga dialami oleh seseorang yang tidak pernah pun mengalami sebarang kemalangan kereta dalam hidupnya
Antara gejala yang nyata yang dilaporkan oleh pengidap masalah ini ialah:
- degupan jantung meningkat secara drastik apabila berada di belakang steering kenderaan
- pernafasan akan mula tercungap-cungap
- tapak tangan akan berpeluh lebih daripada biasa
- otot menjadi lebih tegang
- rasa loya
- sakit dada
Antara rawatan yang boleh dilalui oleh pengidap ialah:
- Mendapatkan terapi daripada pakar yang bertauliah
- Mengambil ubatan penenang mengikut preskripsi yang diberikan oleh pakar perubatan bertauliah dalam usaha untuk mengatasi gejala secara cepat dan sementara
2-Amaxophobia
Amaxophobia pula ialah perasaan fobia berada di dalam kenderaan, samada anda adalah seorang pemandu mahupun penumpang
Malangnya, perasaan ini tidak terhad kepada berada di dalam kereta, malah ada yang melaporkan menghadapi perasaan ini apabila berada di dalam bas, keretapi mahupun kapal terbang
Antara punca utama yang dinyatakan oleh pakar kepada punca terjadinya Amaxophobia ini ialah:
- Genetik & Sejarah Keluarga
- Pemerhatian – seperti pernah mengalami peristiwa melihat kemalangan secara nyata dengan mata sendiri
- Pengalaman – mengalami sendiri situasi kemalangan semasa berada di dalam kenderaan
Antara cadangan rawatan ialah:
- Menjalani psikoterapi
- Mengambil ubatan yang berkaitan
3-Claustrophobia
Fobia jenis ini mungkin anda pernah dengar sebelum ni. Claustrophobia ialah suatu perasaan takut berada di dalam tempat yang tertutup
Biasanya situasi ini popular dikalangan mereka yang takut untuk menaiki lif
Namun, jangan anda terkejut, memang ada insan yang mengalami perasaan fobia ini apabila berada di dalam kereta. Mereka beranggap keadaan didalam kereta itu sendiri seolah terkurung
Jika ada antara individu yang anda kenal dan seringkali mengelak untuk menaiki kereta bersama anda untuk pergi ke sesuatu tempat dan terpaksa menempuh kesesakan jalan raya, kemungkinan besar individu tersebut mengalami Claustrophobia terhadap kereta
Antara gejala yang nyata yang boleh dilihat apabila seseorang mengalami Claustrophobia ialah:
- berpeluh
- degupan jantung bertambah pantas
- nafas menjadi tercungap-cungap
- menggeletar
Rawatan yang boleh dijalani antaranya ialah dengan mengambil ubatan yang bersesuaian, menjalani terapi tingkah laku kognitif dengan menggalakkan pesakit berhadapan dan melawan dengan keadaan yang mencetuskan perasaan fobia beliau
4-Dystychiphobia
Ialah satu perasaan takut untuk mengalami kemalangan. Pengidap fobia akan berasa tidak selesa untuk berada didalam kenderaan yang bergerak terutamanya kerana takut akan mengalami kemalangan.
Antara gejala yang boleh kita nampak pengidap fobia ini ialah:
- Berasa resah walaupun hanya memikirkan tentang kemalangan yang mungkin boleh terjadi
- Melakukan apa sahaja perkara yang diyakini oleh mereka boleh mengelakkan kemalangan walaupun tindakan itu nampak seolah berlebihan
- Mungkin boleh mengalami serangan panik
- Badan mula berpeluh, pernafasan menjadi lebih, otot-otot mula menjadi tegang
Bagaimana kaedah rawatan yang boleh dicadangkan untuk mengatasi perasaan fobia ini?
- Menjalani terapi tingkah laku kognitif
- mengambil ubatan yang mampu membantu memberi ketenangan dalam melawan perasaan semasa serangan panik
- Menjalani senaman khusus seperti senaman meningkatkan keupayaan kardiovaskular
5-Photoaugliaphobia
Photoaugliaphobia ialah perasaan takut terhadap sinaran lampu yang kuat dan silau. Kebiasaannya mereka yang mengalami fobia ini tidak mengalami masalah untuk memandu kenderaan pada waktu siang dimana pencahayaan daripada cahaya matahari sudah cukup terang untuk membantu mereka melihat jalan
Namun, apabila suasana mula menjadi gelap, mereka akan mula mengalami perasaan takut kerana terpaksa behadapan dengan kenderaan lain di atas jalan raya yang memasang lampu mereka pada waktu malam
Antara gejala yang boleh kita nampak pengidap fobia ini ialah:
- Melakukan apa sahaja atau sentiasa memberikan alasan untuk tidak memandu kenderaan di waktu malam
- Mungkin boleh mengalami serangan panik
- Badan mula berpeluh, pernafasan menjadi lebih, otot-otot mula menjadi tegang
Bagaimana kaedah rawatan yang boleh dicadangkan untuk mengatasi perasaan fobia ini?
- Menjalani terapi tingkah laku kognitif
- mengambil ubatan yang mampu membantu memberi ketenangan dalam melawan perasaan semasa serangan panik
- Menghadiri sesi psikoterapi bersama pakar terapi bertauliah
Jika anda pernah berhadapan dengan pengidap fobia yang dinyatakan di atas, usahlah mempersendakan mereka, sebaliknya berikanlah sokongan kepada mereka
Fobia bukan bahan mainan mahupun sindiran
Salah satu cara yang boleh kita lakukan, ialah memastikan kenderaan kita diselenggara dengan baik dan sempurna. Data menunjukkan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik boleh meningkatkan risiko terjadinya kemalangan di jalan raya
Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat menjadi asbab kebaikan & seterusnya memberikan manfaat kepada orang lain
Jika anda merasakan perkongsian kami ini bermanfaat, ketikla butang share di bawah ini supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya

Leave a Reply