Perodua Ativa D55L SUV

Perodua Ativa D55L SUV Maintenance Service Package

Perodua Ativa D55L SUV Maintenance Service Package adalah satu program yang dibangunkan oleh Perodua Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna dan mengurangkan kos pembaikan yang tidak perlu

Perodua Ativa D55L SUV maintenance service package

Perodua Ativa D55L SUV Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:

 

  1. Model Perodua ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
  2. Perodua Ativa D55L SUV kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
  3. Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Perodua Ativa D55L SUV ini?
  4. Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Perodua Ativa D55L SUV ini?
  5. Perodua Ativa D55L SUV Auto pakai minyak gearbox apa?
  6. Berapa Liter minyak gearbox auto Perodua Ativa D55L SUV ini kena pakai?
  7. Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Perodua ini ni?
  8. Minyak ATF ni sesuai untuk Perodua Ativa D55L SUV Auto tak?
  9. Perodua Ativa D55L SUV pakai minyak gearbox apa?
  10. Minyak ATF ni boleh pakai pada Perodua Ativa D55L SUV l?
  11. Minyak Gearbox Manual Perodua Ativa D55L SUV berapa botol?
  12. Berapa banyak Spark Plug untuk Perodua Ativa D55L SUV ?
  13. Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Perodua Ativa D55L SUV ?
  14. Berapa liter Coolant radiator model Perodua ini?
  15. Apa jenis coolant yang sesuai untuk model Perodua ini?
  16. Berapa sukatan yang betul untuk coolant radiator model Perodua ini?

 

Akhirnya, untuk tahun 2021, Perodua Malaysia telah melancarkan satu model baharu untuk kelas SUV yang diberi nama Perodua Ativa D55L SUV 

Ramai yang berkata model Perodua Ativa D55L ni merupakan pencabar utama kepada abang long kereta Nasional Malaysia, Proton yang telah melancarkan model Proton X50 pada tahun lepas

Well

Bak kata orang kampung kami,

“Great rivalries don’t have to be built on hatred. They’re built on respect, on a respect for excellence.”

 

Ok

Apa yang best pasal model perodua yang baharu ni?

 

Enjin Ativa

  • 1.0L dilengkapi dengan Turbo, DOHC 3-Silinder
  • Enjin 3 silinder yang dipasang ni saiz & kapasiti sama macam Axia &  Bezza, bezanya dia ada tambah Turbo
  • Best ke enjin ada tambah Siput Turbo ni?
  • Jawapan mudah, best! Sebab kita boleh dapat enjin yang lebih power dan berkuasa tapi tak payah nak pasang enjin besar-besar yang takde siput Turbo ni

 

Sistem Transmisi Ativa / Gearbox (Kekotak Gear yang dipasang pada Ativa)

  • Sistem gear yang dipasang pada Ativa diinsipirasikan daripada teknologi transmisi D-CVT milik Daihatsu
  • D-CVT ni bukan sistem gearbox AT (Automatic Transmission) tradisional yang memerlukan penggunaan ATF minyak gearbox seperti model-model sedia ada Perodua (Axia, Viva, Alza, Bezza, Raja Jalanan Myvi dan lain-lain)
  • Apa kelebihan gearbox jenis D-CVT ni bossku?
  • Gearbox D-CVT (nama penuh dalam surat beranak Dual Mode Continuously Variable Transmissions)  adalah gabungan belt drive dengan gear drive
  • Kira dia macam CVT + AT punya sistem 2 in 1
  • kenapa nak kena gabung-gabung?
  • sebab utama kerana kita nak dapat kedua-dua kelebihan gearbox jenis CVT dan AT
  • Kelebihan CVT yang paling ketara ialah dia takde jerking semasa pertukaran gear seperti AT biasa, lebih jimatkan penggunaan bahan api sebab enjin tak loss power masa pertukaran gear akibat jerking.
  • Kelemahan ketara CVT pula bila kita tengah pandu kereta pada kelajuan tinggi, bunyi seperti permukaan bergeser dapat di dengar (ialah CVT kan guna belt & pulley, so bila berputar tentulah permukaan belt dan pulley tu akan menghasilkan bunyi seperti geseran)
  • Selain itu, CVT juga kebanyakannya akan mengalami kehilangan tenaga akibat geseran di atas tu
  • Jadi, Daihatsu telah mengeluarkan teknologi D-CVT ini agar dapat mengurangkan kos untuk dipasang pada kereta yang murah harganya tetapi dapat menikmati teknologi yang lebih baik
  • Dengan D-CVT, Daihatsu menyatakan ia dapat meningkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar (petrol secara umumnya), menawarkan pengalaman memecut yang lebih selesa tanpa sentak-sentak dan juga pemanduan yang lebih senyap
  • Keunikan teknlogi D-CVT Daihatsu ini ialah bila low rev dan low speed dan low load, gearbox D-CVT ni akan berfungsi seperti CVTbiasa, tapi bila high load, high speed dia akan bertukar kepada penggunaan gear untuk meningkatkan kecekapan kehilangan tenaga akibat geseran yang tinggi.
  • Fuyooooo!!

 

 

 

Trivia – Ativa D55L diinsiprasikan daripada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize

 

 

Dimensi / Ukuran Ativa

  • Panjang/Length: 3,995 mm
  • Lebar/Width: 1,695 mm
  • Tinggi/Height: 1,620 mm
  • Jarak tayar/Wheelbase: 2,525 mm
  • Berat/Weight: 970 kg
  • Ruang But/But Capacity: 369 liter

 

Sistem Keselamatan ditawarkan Ativa

Secara umumnya, Perodua kelihatan sangat sirius mahu bersaing dengan Proton

Sebelum ini, Proton lebih menjadi pilihan kerana mereka menawarkan lebih banyak sistem keselematan samada Pasif mahupun Aktif kepada model-model kenderaan mereka

Sebab tu ada yang tidak kisah melabur lebih pada harga pembelian agar dapat menikmati lebih ciri-ciri keselamatan untuk pemanduan

Tapi itu sebelum tahun 2021

Sejak 2021 ni bilamana Ativa dilancarkan, agar menggegar iman juga bila tengok sistem-sistem keselamatan yang ditawarkan yang hadir bersama dengan harga yang ditawarkan

Bak kata orang kampung jiran kami:

“Berbaloi sangat oiii….tak yah keluar duit lebih ooo” – Pak Abu Wilkinson

 

Cuba kalian tengo gambar di bawah ni

 

Oh Ya

Ativa ni Perodua pasarkan kepada 3 Line :

  • X – Basic Line
  • H – Medium Line
  • AV – High Line

Perodua Ativa D55L SUV harga yang ditawarkan sebelum cukai jalan & SST ialah seperti berikut:

  • Ativa 1.0L Turbo X (Metallic) – RM 61,500
  • Ativa 1.0L Turbo H (Metallic) – RM 66,100
  • Ativa 1.0L Turbo H (Special Metallic) – RM 66,600
  • Ativa 1.0L Turbo AV (Metallic) – RM 71,200
  • Ativa 1.0L Turbo AV (Special Metallic) – RM 71,700
  • Ativa 1.0L Turbo AV (2-Tone Special Metallic Black Roof) _ RM 72,000

Pergh!

Takyah spend sampai lebih 100k dah boleh dapat macam-macam sistem keselamatan

Mungkin kalau kita mintak Perodua buang lampu isyarat belok kiri – kanan tu boleh dapat murah lagi kut

Yelah orang Malaysia mana reti bagi signal kalu nak belok atau tukar arah, baik takyah pasang kan?

Menyemak je kat kereta betul dak?

 

Perodua Ativa D55L SUV Maintenance Service Program

Keterangan Kenderaan:

Model: A270RS

Jenis Enjin: 1KR-VET ; 1,000CC EFI (Electronic Fuel Injection) + DOHC (Double Overhead Cam) – VVT (Variable Valve Timing)

 

Berapa mileage untuk servis?

Mileage yang dicadangkan oleh Perodua Malaysia adalah seperti berikut:

  • 10,000 km
  • 20,000 km
  • 30,000 km
  • 40,000 km
  • 50,000 km
  • 60,000 km
  • 70,000 km
  • 80,000 km
  • 90, 000 km
  • 100,000 km

 

Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Perodua untuk digunakan?

Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Perodua

  • Kelikatan / Viscosity : 0w-20 @ 5w-30
  • Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic
  • Isipadu : Tukar minyak enjin sahaja: 2.9 Liter / Tukar minyak enjin + oil filter : 3.1 Liter
  • Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km

 

Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Perodua?

  • Perodua CVT Fluid
  • Capacity reference : 6.0 Liter
  • Fluid replacement amount: 2.25 Liter
  • Bila nak kena tukar: setiap 100,000 km

!! Sila jangan tuang minyak gear jenis ATF ataupun DCT ataupun minyak gear Manual ke dalam sistem gearbox Perodua Ativa D55L ini untuk mengelakkan gearbox jahanam!!

 

Apa spark plug yang disyorkan oleh Perodua?

  • Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK SILKAR7G8G Spark Plug (iridium-platinum tipped_)
  • Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 3 biji NGK SILKAR7G8G Spark Plug
  • Bila nak kena tukar Spark Plug: setiap 100,000 km

 

Apa coolant yang disyorkan?

  • Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
  • Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan : 4.7 Liter
  • Ratio Campuran Coolant: Coolant 40: 60 Air
  • Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Perodua: setiap 40,000 km @ 24bulan / 2 tahun

 

Apa jenis / model bateri kereta untuk model Perodua Ativa D55L ni?

  • M42

 

Apa saiz tayar Perodu Ativa D55L SUV ni

  • 205/65R16 95H
  • 205/60R17 94H

 

Bila nak kena tukar timing belt Perodua Ativa D55L SUV ni?

  • Cam biasa, Perodua enjin tak pakai timing belt tapi timing chain
  • So belt yang perlu ditukar ialah FEAD belt – dicadangkan setiap 40,000km sekali tukar baru

*Untuk pemanduan lasak, sila bahagi separuh tempoh interval yang dicadangkan diatas, contoh untuk setiap 100,000km, pemanduan lasak kena tukar setiap 50,000 km*

 

Bang aji dah pernah nampak Perodua Ativa ni secara Live atas jalan aritu

Merecik wooo !

 

Untuk bacaan mainteanance service model Perodua yang lain boleh klik di bawah ini:

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

1 year ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

2 years ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

2 years ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

2 years ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

2 years ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

2 years ago