Proton X50 Maintenance Service Package

Proton X50 Maintenance Service Package adalah satu program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna
Proton X50 Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:
- Model Proton ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Proton X50 kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Proton ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Proton ini?
- Proton X50 Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Proton X50 ini kena pakai?
- Berapa Liter minyak gearbox DCTF Model Proton X50 ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Proton ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Proton X50 Auto tak?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Proton X50?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Proton X50?
- Apa Enjin Coolant yang sesuai untuk model Proton X50?
- Berapa sukatan coolant radiator yang disyorkan Proton untuk model ini?
- Berapa liter Enjin Coolant nak kena pakai / tuang pada Proton X50 ni?
- Bila nak kena tukar Enjin Coolant pada Proton X50 1.5L ni?
- Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton X50 ni?
- Apa jenis & saiz tayar untuk Proton X50?
- Berapa harga cukai jalan/road tax Proton x50 ni?

SEJARAH PROTON x50 di MALAYSIA
Proton X50 merupakan model B-Segment keluaran Proton yang mencipta fenomena pada tahun 2020.
Model ini menjadi bualan hangat para netizen dan makcik bawang di Malaysia samada sebelum, semasa mahupun selepas pelancaran rasmi di Malaysia
Tidak dinafikan, model yang diinsipirasikan daripada salah satu model Geely ini menjadi tarikan pada rakyat Malaysia sepanjang tahun 2020
Sehingga posting ini ditulis, produk ini masih menjadi model terhangat dan dikhabarkan para pembeli terpaksa menunggu sehingga beberapa bulan sebelum dapat kunci kereta mereka
Nampak tak, berapa punya panjang & ramai yang telah menempah model ini?
Proton x50 ini dikeluarkan dengan 4 variant iaitu:
- 2020 Proton X50 1.5T Standard – RM 79,200
- 2020 Proton X50 1.5T Executive – RM 84,800
- 2020 Proton X50 1.5T Premium–RM 93,200
- 2020 Proton X50 1.5T Flagship–RM 103,300
Kesemua model dikuasakan oleh 1.5L Turbocharged Gasoline Direct Injection (TGDI)
Spesifikasi enjin pula: 3 Silinder Sebaris (3 cylinders in-line) 12 Valves DOHC (Dual Overhead Camshaft)
Kekotak gear pula dari jenis DCT (Dual Clutch Transmissionn) 7 Kelajuan dengan mode Manual
Fuh!
Bukan kaleng-kaleng spec Proton x50 ni tuan puan!
Jadi, untuk tuan puan yang sedang survey-survey model Proton x50 ni, silalah baca posting ini sampai habis untuk mengetahui sedikit sebanyak informasi penting berkenaan penyelenggaraan model Proton x50 ini
Bolehlah tuan puan congak-congak sendiri berapa anggaran kosnya untuk buat maintenance kereta Proton x50 ni nanti

Proton X50 Service Maintenance Program
Di bawah ini anda boleh mendapat maklumat asas tentang Proton X50 Service Maintenance Program
Berapa mileage untuk servis?
Mileage yang dicadangkan oleh Proton Malaysia adalah seperti berikut:
- 10,000 km
- 20,000 km
- 30,000 km
- 40,000 km
- 50,000 km
- 60,000 km
- 70,000 km
- 80,000 km
- 90, 000 km
- 100,000 km
- 110,000 km
- 120,000 km
- 130,000 km
- 140,000 km
- 150,000 km
- 160,000 km
- 170,000 km
- 180,000 km
- 190,000 km
- 200,000 km
ataupun setiap 6 bulan sekali (mana-mana yang sampai dahulu; samada mileage ataupun bulan)
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Proton untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Proton
- Kelikatan / Viscosity : 5w-30
- API STANDARD: SN PLUS ke atas
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic
- Isipadu sebotol / Volume: 6.0L (dry type filling) / 5.0L (wet type filling)
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km ataupun setiap 6 bulan sekali
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Proton?
- Jenis minyak DCT Gearbox : DCTF (Dual Clutch Transmission Fluid for Proton) – SHELL SPIRAX S5 DCT 10
- Berapa botol minyak DCT gearbox nak kena pakai: 4.0 Liter
- Bila nak kena tukar minyak gearbox DCTF: setiap 90,000 km @ 48 bulan sekali (4 tahun sekali)
- Dapatkan Mannol DCT Fluid 8202 di sini – Klik sini untuk beli Mannol DCTF 8202
Apa spark plug yang disyorkan oleh Proton untuk model x50 ini?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan: ILKFR8B7G NGK IRIDIUM
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 3 biji Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: setiap 40,000 km
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Proton X50 ni?
- Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
- Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan : 6.83 Liter
- Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Proton: setiap 60,000 km @ 36bulan / 3 tahun
Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton X50 ni?
- DIN55L 12V 60Ah
Bila nak kena tukar Timing Belt untuk Proton X50?
- Setiap 120,000km
Apa size tayar untuk Proton x50?
Type I
- Rim Specification: 17 x 6.5J
- Tyre Specification: 215/60 R17
Type II
- Rim Specification: 18 x 7J
- Tyre Specification: 215/55 R18
Proton x50 Tayar Spare – T125/80 R17
Tekanan angin tayar kereta Proton X50 – (Semasa Sejuk)
- Depan – 220kPa
- Belakang – 220kPa
- Spare – 420kPa
Kami berharap dengan perkongsian sedikit sebanyak info berkenaan Proton X50 Maintenance Service Package ini dapat membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda, membantu anda memahami dan mencongak bajet penyelenggaraan model Proton X50 ni nanti
Yelah
Mungkin kita mampu untuk bayar loan bank bulan-bulan
Tapi bila time nak servis kereta, kita terpaksa pula korek duit tambahan
Jangan lupa masukkan sekali anggaran bajet servis proton x50 ni nanti sebelum tandatangan surat loan bank ikat mati 9 tahun

Leave a Reply