Cara Penjagaan Motorsikal Yamaha Y16ZR yang betul ini kami ekstrak daripada Buku Panduan Manual YamahaY16ZR yang anda dapat secara percuma semasa pertama kali membeli motorsikal baru anda

Yamaha Y16ZR 2021 dilancarkan di Malaysia oleh Hong Leong Yamaha pada 18 Mac 2021

Berapa harga Yamaha Y16ZR ni?

RM 10,888 di Malaysia (tidak termasuk Insurans, yuran pendaftaran & cukai jalan)

Tu dia

Boleh tahan noh rega Yamaha Y16 ni

5 angka tu

Actually

Yamaha Y16ZR ni Hong Leong pasarkan model yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan model Yamaha di Vietnam yang dikenali sebagai Yamaha Exciter 155 VVA

 

 

Di bawah ini antara senarai soalan popular yang rider-rider tanya tentang Yamaha Y16Zr ni

 

  1. Yamaha Y16Zr boleh pakai minyak hitam HDEO?
  2. Berapa liter minyak hitam/enjin Yamaha Y16Zr?
  3. Apa minyak hitam / enjin terbaik untuk Yamaha Y16Zr 2021?
  4. Bila nak kena tukar minyak hitam / enjin Yamaha Y16Zr?
  5. Bila nak kena tukar oil filter Yamaha Y16Zr?
  6. Bila nak kena tukar coolant?
  7. Coolant Yamaha Y16Zr berapa liter?
  8. Berapa botol coolant nak pakai untuk Yamaha Y16Zr?
  9. Apa jenama terbaik coolant Yamaha Yamaha Y16Zr?
  10. Bila saya nak kena sembur chain lube pada rantai Yamaha Yamaha Y16Zrsaya?
  11. Apa spark plug untuk motorsikal Yamaha saya ni?
  12. Bila nak kena tukar bearing tayar motorsikal Yamaha Y16Zr?
  13. Apa tayar terbaik untuk motorsikal Yamaha Y16Zr saya?
  14. Yamaha Y16Zr pakai tayar tube ke tubeless?
  15. Berapa jari sportrim untuk tayar motorsikal saya?
  16. Bila nak kena tukar clutch plate Yamaha Y16Zr saya?

 

So

Apa yang membezakan Y16ZR ni dengan Y15?

Enjin Y16ZR 2021

Enjin yang dipasang pada model ini adalah enjin binaan Yamaha berkapasiti 155CC – 4 Lejang (4 Stroke) – Sejukan Cecair (Liquid Cooled Engine) – 4 Injap ( 4 Valve) SOHC (Single Overhead Cam) dengan teknologi Yamaha VVA  

 

Apa itu Teknologi Enjin Yamaha VVA ni?

Yamaha VVA ialah singkatan kepada Yamaha Variable Valve Actuation

Bagaimana Variable Valve Actuation ini berfungsi?

Di bawah ini adalah video daripada pihak Yamaha Motor global tentang bagaimana sistem VVA Yamaha ini berfungsi

 

Jadi secara asasnya, sistem VVA ni dia ada 2 jenis Cam Profile yang dipasang pada cam Shaft enjin motorsikal Yamaha ni

Daripada video kita boleh nampak yang sistem VVA Yamaha ini jenis yang adaptif dan responsif berdasarkan gaya pemanduan anda dengan motorsikal anda

Yamaha VVA bekerja dalam 2 kondisi

1- Semasa Low to-Mid RPM

2- Semasa High RPM

 

Untuk penerangan kelebihan sistem Yamaha VVA ni, boleh tengok video di bawah ini

Dalam animasi boleh nampak 2 jenis bentuk Cam pada enjin ini

So daripada gambar di atas kita boleh nampak perbezaan high profile cam dengan low profile cam

Kedua-dua cam profile ini adalah pada bahagian intake valve

Jadi, bila RPM enjin motor VVA Yamaha tinggi (melebihi 6000RPM biasanya), sistem akan aktifkan selak untuk gigit pada High Cam Profile warna merah yang mempunyai profile yang lebih tinggi untuk membolehkan intake valve buka lebih banyak untuk membenarkan campuran udara & bahan bakar masuk lebih banyak supaya ledakan tenaga yang diperlukan penunggang dapat diberi dengan lebih cekap

Bila RPM kembali kepada rendah – setengah , sistem akan hantar isyarat pada solenoid valve supaya selak dilepaskan dan tidak lagi gigit high profile cam supaya low profile cam dapat beroperasi

Low profile cam mempunyai puncak yang lebih rendah dan landai, jadi bukaan intake valve tidak seluas penggunaan high cam profile untuk mengelakkan campuran udara-petrol yang berlebihan yang boleh menyebabkan enjin menjadi sebu / misfiring

Simple kan

Nak santai-santai ride motor jimat minyak

Nak pecut masa memotong enjin power tak hilang kuasa

Prinsip Yamaha VVA ni lebih kurang macam Honda VTEC dengan Proton CPS (Cam Profile Switching)

 

Actually, Yamaha VVA pun dah disarung pada Motor Yamaha Y15 V3

 

Sistem Transmisi Y16ZR

Yamaha Y16ZR 2021 ni merupakan class Moped pertama Yamaha yang dilengkapi dengan 6 Transmisi untuk model Y

Sebelum ni ramai yang kecewa yang Yamaha Y15Z V3 cuma keluar dengan 5 kelajuan gear sahaja

So

Untuk anda yang inginkan lebih kepuasan menunggang Moped Yamaha, bolehlah dapatkan Yamaha Y16ZR 2021 ini

 

Kami rasa inilah 2 perbezaan paling dominan dan signifikan untuk membezakan Yamaha Ysuku dengan Yamaha y16ZR

Ciri-ciri lain tu pada kami lebih kepada cosmetic function

 

Spec Enjin Yamaha Y16ZR

Type Sejukan Cecair, 4-Lejang, SOHC, 4-Injap
Cylinders Silinder Tunggal
Bore x Stroke 58.0 x 58.7mm
Compression Ratio 10.5 : 1
Maximum Horsepower 13.2kW (9,500rpm)
Maximum Torque 14.4Nm(8,000rpm)
Starting System Elektrik
Lubrication System Takungan Basah
Engine Oil Capacity 1.10L
Fuel Tank Capacity 5.4L
Fuel System Suntikan Bahan Api
Ignition System TCI
Battery Type 12V 3.5Ah

 

 

 

 

 

 

spec

Jadi, bagaimana pula dengan maintenance untuk Yamaha y16Zr ni?

Berdasarkan penyelidikan kami, tiada perbezaan dengan Yamaha Y15 / Ysuku – Cara Penjagaan Motorsikal yang betul!

Jadi kami lampirkan juga untuk rujukan anda yang telah sampai ke page kami ini di bawah

 

Yamaha Y16ZR 2021 – Apa minyak enjin / minyak hitam / engine oil yang dicadangkan?

Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Hong Leong Yamaha

 

 

Apa spark plug yang digunakan oleh model Y16ZR 2021 ini?

  • Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK/CR8E Spark Plug
  • Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 1 biji NGK/CR8E Spark Plug
  • Bila nak kena tukar Spark Plug: bila dah rosak

 

 

Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Y16ZR 2021 ni?

  • Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
  • Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan:  Ruang tangki simpanan coolant 0.28 liter , Dalam radiator –  0.48 liter
  • Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Yamaha: setiap 3 tahun

 

Bila nak kena bersihkan/ bubuh minyak atau sembur chain lube pada rantai & sprocket motosikal Y16ZR 2021 ni?

  • setiap 1000km
  • atau selepas setiap kali cuci motorsikal
  • atau setiap kali selepas menunggang motorsikal ketika hujan & selepas hujan (jalan basah)

Dapatkan set penjagaan bangsawan untuk rantai motosikal anda – KLIK SINI UNTUK BELI SET BANGSAWAN

 

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

1 year ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

2 years ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

2 years ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

2 years ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

2 years ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

2 years ago