Perodua Axia Maintenance Service Package

Perodua Axia Maintenance Service Package

Perodua Axia Maintenance Service Package adalah satu program yang dibangunkan oleh Perodua Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna

Perodua Axia Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:

Perodua Axia Maintenance Service Package

  1. Model Perodua ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
  2. Perodua Axia kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
  3. Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Perodua ini?
  4. Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Perodua ini?
  5. Perodua Axia Auto pakai minyak gearbox apa?
  6. Berapa Liter minyak gearbox auto Model Perodua ini kena pakai?
  7. Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Perodua ini ni?
  8. Minyak ATF ni sesuai untuk Perodua Axia Auto tak?
  9. Perodua Axia Manual pakai minyak gearbox apa?
  10. Minyak ATF ni boleh pakai pada Perodua Axia manual?
  11. Minyak Gearbox Manual Perodua Axia berapa botol?
  12. Berapa banyak Spark Plug untuk Axia?
  13. Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Axia?
  14. Berapa sukatan coolant radiator untuk Perodua Axia?
  15. Apa coolant radiator yang sesuai untuk model Perodua ini?
  16. Berapa liter coolant antifreeze yang perlu digunakan untuk model Perodua ini?

 

Service Maintenance Program

Berapa mileage untuk servis?

Mileage yang dicadangkan oleh Perodua Malaysia adalah seperti berikut:

  • 10,000 km
  • 20,000 km
  • 30,000 km
  • 40,000 km
  • 50,000 km
  • 60,000 km
  • 70,000 km
  • 80,000 km
  • 90, 000 km
  • 100,000 km

 

Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Perodua untuk digunakan?

Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Perodua

  • Kelikatan / Viscosity : 0w-20
  • Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic/ Semi Sintetik 
  • Isipadu sebotol / Volume: 3 Liter
  • Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km

 

Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Perodua?

Untuk Axia Auto:

  • Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF D3 SP
  • Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 3 Liter (1 Liter x 3 botol)
  • Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 40,000 km & 80,000 km

 

Untuk Axia Manual:

  • Jenis minyak Gearbox: Gear Oil GL 4 80W
  • Berapa botol minyak gearbox manual nak kena pakai: 2 Liter (1 Liter x 2 botol)
  • Bila nak kena tukar minyak gearbox manual: 40,000 km & 80,000 km

 

Apa spark plug yang disyorkan oleh Perodua?

  • Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK LKR6C Spark Plug
  • Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 3 biji NGK LKR6C Spark Plug
  • Bila nak kena tukar Spark Plug: 20,000 km, 40,000 km, 60, 000 km, 80,000 km, 100,000 km

 

Apa Coolant Radiator yang disyorkan oleh Perodua Malaysia untuk model ini?

  • Jenis coolant: Ethylene Glycol based antifreeze coolant
  • Berapa liter nak kena tukar: 2.8 liter untuk Manual / 2.9 liter untuk Automatik
  • Berapa kerap nak kena tukar: Perodua menyarankan setiap 40,000km mileage

 

Apa brake fluid yang sesuai untuk model ini?

  • Jenis brake fluid minyak brake yang sesuai: DOT 3

 

Kenapa kereta model Perodua ini begitu popular dikalangan rakyat Malaysia?

Sebab kehebatan beliau menjimatkan penggunaan petrol!

 

BERAPA HARGA ROADTAX PERODUA AXIA NI? KLIK SINI UNTUK TAHU HARGA ROADTAX AXIA

 

8 Comments

  • Assalamua’laikum nak tnya minyak gearbox axia auto kena tukar setiap 20000km atau 40000km?
    Sbb ad setengah kata 20000km kena tukar dah tp dalam maintenance perodua kata 40000km, mana satu yg betol dan terbaik?

    Lg 1 nak tnya untuk belting axia setiap brapA ribu km kena tukar?
    Dan dia kena tukar sekali dengN water pump ka?

    Reply
    • Waalaikumussalam,

      Untuk ATF seeloknya kita follow yang dicadangkan oleh pihak Perodua iaitu setiap 40,000 km

      Axia menggunakan timing chain untuk untuk timing enjin

      Manakala untuk belting digunakan untuk sistem FEAD baru guna belting. Info lanjut tentang belting Perodua AXIA boleh baca di sini tuan

      Reply
  • Untuk radiator coolant..berapa kerap kali tempoh km disyorkan untuk flushing/tukar baru?

    Reply
    • Minyak viscosity 0w-20 masih sesuai digunakan jika tiada isu minyak hitam kurang tuan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *