Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna sejak model ini dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2009
Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:
- Model Proton ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Proton EXORA kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Proton ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Proton ini?
- Proton EXORA Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Proton EXORA ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Proton ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Proton EXORA Auto tak?
- Proton EXORA Manual pakai minyak gearbox apa?
- Minyak ATF ni boleh pakai pada Proton EXORA manual?
- Minyak Gearbox Manual Proton EXORA berapa botol?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Proton EXORA?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Proton EXORA?
- Apa Enjin Coolant yang sesuai untuk model Proton EXORA?
- Berapa liter Enjin Coolant nak kena pakai / tuang pada Proton EXORA ni?
- Berapa sukatan enjin coolant radiator yang tepat kalau saya nak tukar untuk Proton EXORA saya ini?
- Bila nak kena tukar Enjin Coolant pada Proton EXORA 1.6L ni?
- Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton EXORA ni?
- Apa model Air Filter untuk Proton EXORA?
- Bila nak kena tukar Air Filter untuk model Proton ni?
Sejarah Ringkas Proton EXORA
Proton EXORA merupakan kenderaan jenis MPV (Multi Purpose Vehicle) pertama yang dikeluarkan oleh Proton Malaysia untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk sebuah kereta yang besar dan boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai keluarga yang ramai
Proton EXORA direka dengan 5 pintu dan didatangkan dengan 7 kerusi di dalamnya
Dikuasakan oleh 2 jenis enjin keluaran Proton sendiri iaitu:
- 1.6 L CamPro CPS DOHC I4
- 1.6 L CamPro CFE DOHC I4 Turbo
Model Exora ini turut didatangkan dengan 3 jenis transmisi sebagai pilihan iaitu:
- Transmisi Gearbox Manual 5-kelajuan
- Transmisi Automatik 4-kelajuan
- Transmisi CVT
Jom kita tengok timeline ringkas berkaitan model Proton EXORA ini:
15 April 2009
Pelancaran sulung model Proton EXORA di Malaysia. Model yang dilancarkan:
- Proton EXORA H-Line – Enjin CAMPRO CPS 1.6 liter & Transmisi Gearbox 4-kelajuan
- Proton EXORA M-Line – Enjin CAMPRO CPS 1.6 liter & Transmisi Gearbox 4-kelajuan
7 Julai 2009
Pelancaran model Exora dengan gearbox manual
- Proton EXORA M-Line – Enjin CAMPRO CPS 1.6 liter & Transmisi Gearbox Manual 5-Kelajuan
19 November 2009
Pelancaran model Exora basic
- Proton EXORA B-Line – Enjin CAMPRO CPS 1.6 liter & Transmisi Gearbox Manual 5-Kelajuan
15 Julai 2010
Pelancaran model Proton Exora MC (Minor Change). Tiada perubahan kritikal pada enjin dan sistem transmisi, hanya perubahan kosmetik yang di lakukan
15 Disember 2011
Pelancaran model baharu dengan penggunaan enjin baharu yang dibangunkan hasil usahasama pihak Proton & Lotus iaitu Enjin CAMPRO CFE (Charge Fuel Efficiency). Selain itu, penggunaan sistem transmisi CVT juga pertama kali diperkenalkan oleh Proton dalam line-up model mereka.
- Proton EXORA Bold Executive MT – Enjin CAMPRO CPS 1.6 liter & Transmisi Gearbox Manual 5-Kelajuan
- Proton EXORA Bold Executive AT – Enjin CAMPRO CPS 1.6 liter & Transmisi Gearbox Automatik 4-Kelajuan
- Proton EXORA Bold Premium CVT – Enjin CAMPRO CFE (Turbo) 1.6 liter & Transmisi Gearbox CVT 7-kelajuan
- Proton EXORA Prime – Enjin CAMPRO CFE (Turbo) 1.6 liter & Transmisi Gearbox CVT 7-kelajuan
Exora Bold menjadi permulaan penggunaan enjin Turbo dan CVT sebelum pihak proton mengembangkan lagi penggunaan teknologi mereka ini kepada model Proton Preve dan Suprima S yang dilancarkan selepas itu
11 Januari 2013
Pelancaran model Proton Exora tanpa aksesori tambahan pada harga yang lebih mampu milik
- Proton EXORA Bold 1.6 CFE Standard – Enjin CAMPRO CFE (Turbo) 1.6 liter & Transmisi Gearbox CVT 7-kelajuan
2015-2017
Proton menawarkan model Proto EXORA MC2 seperti berikut
- Proton EXORA Bold CPS Standard – Enjin CAMPRO CPS 1.6 liter & Transmisi Gearbox Manual 5-Kelajuan
- Proton EXORA Bold CPS Standard – Enjin CAMPRO CPS 1.6 liter & Transmisi Automatik Manual 4-Kelajuan
- Proton EXORA Bold 1.6 CFE Executive – Enjin CAMPRO CFE (Turbo) 1.6 liter & Transmisi Gearbox CVT 7-kelajuan
- Proton EXORA Bold 1.6 CFE Premium – Enjin CAMPRO CFE (Turbo) 1.6 liter & Transmisi Gearbox CVT 7-kelajuan
- Proton EXORA Bold 1.6 CFE Super Premium (SP) – Enjin CAMPRO CFE (Turbo) 1.6 liter & Transmisi Gearbox CVT 7-kelajuan
2017-2022
Proton telah melancarkan 2 model sepanjang tempoh ini iaitu Exora Bold MC2 & Exora RC. Masih menggunakan sistem enjin turbo CFE & transmisi CVT. Hanya penambahbaikan kosmetik sahaja
10 Ogos 2022
Proton mengumumkan pelancaran model Proton EXORA baharu. Info lanjut akan kami update selepas kami mendapat informasi lanjut
Proton EXORA Maintenance Service Package 2022
Berapa mileage untuk servis?
Mileage yang dicadangkan oleh Proton Malaysia adalah seperti berikut:
- 10,000 km
- 20,000 km
- 30,000 km
- 40,000 km
- 50,000 km
- 60,000 km
- 70,000 km
- 80,000 km
- 90, 000 km
- 100,000 km
Namun harus diingat, jadual ini dikeluarkan melalui rujukan kepada penggunaan minyak enjin sintetik penuh (Fully Synthetic Engine Oil for Proton EXORA)
Untuk tuan puan yang menggunakan minyak enjin semi sintetik (Semi Sintetik Engine Oil for Proton EXORA), cadangan penukaran berkala minyak enjin kereta anda adalah seperti berikut:
- 5,000 km
- 10,000 km
- 15,000 km
- 20,000 km
- 25,000 km
- 30,000 km
- 35,000 km
- 40,000 km
- 45,000 km
- 50,000 km
- 55,000 km
- 60,000 km
- 65,000 km
- 70,000 km
- 75,000 km
- 80,000 km
- 85,000 km
- 90, 000 km
- 95,000 km
- 100,000 km
Secara Matematik mudahnya, jika tuan puan menggunakan minyak enjin jenis Fully synthetic untuk Proton EXORA, tukar setiap 10,000 km
Jika tuan puan menggunakan minyak enjin jenis Semi Synthetic untuk Proton EXORA, tukar setiap 5,000 km
Untuk enjin CFE Turbo, amat penting untuk memastikan penukaran minyak enjin pada tempoh yang ditetapkan. JANGAN TERLAJAK sampai 1,000km lebih baru nak tukar minyak enjin untuk EXORA Turbo anda
Harga kos nak tukar siput turbo model EXORA ini sekitar RM 3,000 – RM 5,000!
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Proton untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Proton
- Kelikatan / Viscosity : 10w-40, 5w-30, 10w-30
- API STANDARD: SL ke atas
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 5,000 km untuk Semi Synthetic
NOTA TAMBAHAN: Untuk prestasi terbaik,disarankan untuk menggunakan Senfineco Fully Synthetic SynthPro 8958 5w-30 bagi enjin jenis CFE.
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Proton?
Untuk Proton EXORA CVT:
- Jenis minyak CVT Gearbox : PROTON CVT Fluid, ESSO EZL 799(A)
- Berapa botol minyak CVT gearbox nak kena pakai: 4 Liter (1 Liter x 4 botol @ 4 Liter x 1 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox CVT: setiap 60,000 km @ 36 bulan sekali (3 tahun sekali)
Untuk Proton EXORA CPS:
- Jenis minyak ATF Gearbox : ATF SPIII
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 5 Liter
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: setiap 60,000 km @ 36 bulan sekali (3 tahun sekali)
Untuk Proton EXORA Manual:
- Jenis minyak Manual Gearbox : Fully Synthetic 75w-90
- Berapa botol minyak Manual gearbox nak kena pakai: 3 Liter
- Bila nak kena tukar minyak gearbox Manual: setiap 100,000 km @ 60 bulan (5 tahun sekali)
Apa spark plug yang disyorkan oleh Proton?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan untuk EXORA CPS: NGK BPR6EF-11 Spark Plug
- Jenis Spark Plug yang disyorkan untuk EXORA CFE: NGK ILKAR7G7 Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 4 biji Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: setiap 60,000 km @ 36 bulan (3 tahun sekali)
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Proton Proton EXORA?
- Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
- Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan: 5.0 liter
- Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Proton: setiap 90,000 km @ 54 bulan / 4 tahun setengah
Apa minyak power steering fluid untuk Proton EXORA?
- ATF DEXRON OR DEXRON II
- Kuantiti: 0.8L
Apa minyak brek untuk Proton EXORA?
- DOT3 @ DOT4
Apa minyak KLAC/CLUTCH untuk Proton EXORA?
- MINYAK BREK DOT3 @ DOT4
Antara masalah utama yang sering diluahkan oleh pemilik EXORA ini ialah isu OCH (Oil Cooler Hose) yang sering pecah terutama sekali semasa mereka sedang memandu EXORA mereka. Walaupun harga OCH itu sendiri tidaklah semahal mana namun kalau hos ini pecah, automatik semua minyak enjin yang ada dalam enjin akan kering. Sangat bahaya kepada pemandu! Ramai mengharapkan yang pihak Proton dapat mengatasi masalah ini pada model yang terkini yang dilancarkan pada 18 Ogos 2022 ini.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan Proton Exora
Proton Exora merupakan antara MPV kegemaran rakyat Malaysia telah pun ditamatkan penghasilannya oleh pihak Proton Malaysia
Produksi terakhir Proton Exora adalah pada 18 Oktober 2023.
Setelah 14 tahun menemani dan mewarnai dunia automotif di Malaysia, akhirnya model MPV Exora ini mengakhiri perjalanan beliau
Mungkin selepas ini Proton Malaysia akan memfokuskan model Proton S90 untuk mengisi segmen MPV yang ditinggalkan oleh Exora


One Comment
artikel sangat membantu memberi maklumat yg diperlukan