Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di Malaysia oleh Boon Siew Honda Malaysia selaku pemegang lesen pengedar rasmi motorsikal Honda di Malaysia.

Honda Wave Dash dikeluarkan dengan kapasiti enjin 110cc. Menjadi pilihan abah-abah dan ibu-ibu yang ingin memiliki motorsikal Honda tapi nak yang spec biasa-biasa dan tak perlu nak tarik-tarik tuil klac kalau nak tukar gear macam model Honda RS150R ini.

Honda Wave Dash servis & maintenance guide ini kami ekstrak dan oleh agar tuan puan lebih senang dan pantas nak dapatkan info-info penting berkaitan penjagaan motorsikal anda.

Tak kisahlah, anda nak buat minor ataupun major service untuk Wave Dash 110 anda, panduan ini dapat digunakan untuk kedua-dua tujuan.

Di bawah ini antara senarai soalan popular yang sering ditanyakan oleh pemilik-pemilik motorsikal ini:

  1. Berapa sukatan liter minyak hitam/enjin Honda Wave Dash?
  2. Apa minyak hitam / enjin terbaik untuk Honda Wave Dash?
  3. Bila nak kena tukar minyak hitam / enjin Honda Wave Dash?
  4. Bila nak kena tukar oil filter Honda Wave Dash?
  5. Bila saya nak kena sembur chain lube pada rantai Wave Dash 110 saya?
  6. Apa spark plug untuk motorsikal Honda saya ni?
  7. Bila nak kena tukar bearing tayar motorsikal Wave Dash 110 saya?
  8. Apa tayar terbaik untuk motorsikal RS150 saya?
  9. Wave Dash 110 pakai tayar tube ke tubeless?
  10. Apa saiz mentol lampu depan Wave Dash 110?
  11. Apa saiz mentol signal Wave Dash 110?
  12. Apa saiz sprocket / sproket / spoket standard Wave Dash 110CC?

 

Minor & major servis – Apa minyak enjin / minyak hitam / engine oil yang dicadangkan?

Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Boon Siew Honda

  • Kelikatan / Viscosity : SAE 10w-30 or 10w-40
  • API STANDARD: SG ke atas
  • Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic atau Mineral
  • Isipadu sebotol / Volume: 0.8 Liter ke 1.0 Liter (kalau buka habis enjin)
  • Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 5,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 3,000 km untuk Semi Synthetic & 1,000 km untuk Mineral
  • PENTING – elakkan minyak enjin yang ada tertulis “Energy Conserving” atau ‘Resource Conserving”

 

Major Servis – Apa spark plug yang digunakan oleh model Wave Dash 110 ini?

  • Jenis Spark Plug yang disyorkan: NGK CPR6EA-9S atau DENSO U20EPR9s Spark Plug
  • Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 1 biji NGK CPR6EA-9S atau DENSO U20EPR9s Spark Plug
  • Bila nak kena tukar Spark Plug: SETIAP 12,000KM
  • Berapa gap Spark Plug yang disyorkan Boon Siew Honda: 0.8-0.9 mm

 

Major Servis – Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Wave Dash 110 ni?

  • Model ini tidak menggunakan sistem penyejukan cecair Liquid Cooling, sebaliknya ia menggunakan sistem penyejukan jenis udara. Jadi, tidak perlu nak guna dan gantikan coolant radiator enjin motorsikal standard kilang anda ini

 

Bila nak kena bersihkan/ bubuh minyak atau sembur chain lube pada rantai & sprocket motosikal HONDA Wave Dash 110 ni?

  • setiap 500 km
  • atau selepas setiap kali cuci motorsikal
  • atau setiap kali selepas menunggang motorsikal ketika hujan & selepas hujan (jalan basah)

Dapatkan set penjagaan bangsawan untuk rantai motosikal dan coverset anda – KLIK SINI UNTUK BELI SET BANGSAWAN

 

Major Servis-Apa minyak brek yang sesuai untuk model motosikal Honda ini?

  • DOT3 @DOT4
  • Bila nak kena tukar minyak brek: setiap 2 tahun

 

Apa Standard Rantai motorsikal yang dipasang pada model Honda ini?

  • DID402AD | KMC420JB | RK420SL
  • 104 links

 

Apa saiz sprocket/spoket standard untuk Honda Wave Dash 110 ni?

  • Sprocket/spoket depan: 14T / gigi
  • Sprocket/spoket belakang: 37T/gigi

 

Apa saiz tayar standard kilang Wave Dash 110CC?

  • Depan – 70/90-17M/C 38P
  • Belakang- 80/90-17M/C 50P
  • Jenis: Bias-ply, tubeless

 

Saiz Bateri Standard Wave Dash 110CC

  • YTZ4V
  • 12V-3Ah (10HR)

 

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada anda yang singgah membacanya Ameeennnnn…

 

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

4 weeks ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

1 year ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

1 year ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

1 year ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

1 year ago

Yamaha MT-07 Maintenance Program

Yamaha MT-07 adalah antara model Street Hyper Naked keluaran Hong Leong Yamaha di Malaysia yang…

1 year ago