Wiper Kereta

Wiper kereta – Tips jaga yang gadis pun boleh lakukan!

Wiper kereta adalah merupakan salah satu komponen kereta yang sangat penting dalam memastikan keselamatan pemandu dan orang di sekitar, lebih-lebih lagi apabila cuaca buruk seperti hujan yang lebat ataupun cermin berkabus sebab suhu di dalam kereta lebih tinggi sebab kita pasang aircond sejuk yakmat daripada suhu di luar (biasa terjadi pada waktu malam atau awal pagi)

Sedikit sejarah berkenaan wiper kereta. Teknologi wiper kereta yang digunakan oleh hampir keseluruhan pembuat kereta telah dicipta oleh seorang jurutera dari Indiana, Amerika Syarikat sekitar tahun 1960-an. Jurutera itu yang bernama Robert William Kearns telah menambah baik sistem wiper keretanya dan maka tercetuslah teknologi Intermittent Windshield Wiper. Beliau juga telah memenangi beberapa pertelingkahan berkenaan paten ciptaan beliau bersama beberapa gergasi automotif di Amerika Syarikat

Wiper Kereta – Bahagian Komponen

Secara umumnya, wiper terbahagi kepada 2 bahagian utama yang kita boleh nampak dari luaran iaitu:

  1. Wiper – bahagian batang yang bersambung dengan motor yang akan menggerakkannya apabila suis dihidupkan
  2. Wiper blade – bahagian yang mempunyai getah yang menyentuh secara langsung kepada permukaan cermin hadapan kereta kita (windshield)

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami akan lebih fokus kepada tips penjagaan yang dapat memanjangkan jangkahayat wiper blade kereta anda

Tips mudah penjagaan wiper yang gadis pun boleh lakukan!

Tips Pertama:

Pastikan getah wiper blade anda sentiasa bersih. Bagaimana nak tahu ia dah kotor? Senang. Kalau anda menggunakan wiper dan dapat melihat kesan garisan panjang yang jelas pada permukaan cermin hadapan kenderaan anda, itu maknanya sudah sampai masa untuk ia diperiksa dan dibesihkan

Bagaimana nak bersihkan getah wiper blade kereta anda?

Ada beberapa tips mudah dan murah yang kami nak kongsikan di sini.

  1. Basahkan tuala dengan rubbing alcohol, dan lap getah wiper blade anda dari atas ke bawah. Kaedah ini dapat membersihkan kotoran, debu mahupun gris minyak yang telah melekat pada permukaan getah tersebut
  2. Kalau taknak gunakan rubbing alcohol, boleh juga digantikan dengan menggunakan cecair cuka. Cara yang sama juga, basahkan tuala dan lap getah wiper blade anda dari atas ke bawah
  3. Lakukanlah 2-3 kali untuk setiap batang wipe blade anda untuk memastikan ia betul-betul bersih.
  4. Jadikan ia amalan rutin dengan melakukannya setiap 6 bulan sekali sekurang-kurangnya. Tapi kalau anda sentiasa memandu di kawasan persekitaran yang berhabuk seperti di kawasan perkilangan, anda boleh sahaja nak lakukan selang sebulan ataupun 3 bulan sekali
  5. JANGAN GUNAKAN WD40 untuk membersihkan getah wiper blade kereta anda kerana getah anda akan cepat rosak!

 

Tips kedua:

Kalau tips pertama kita kena pastikan getah wiper blade kita bersih, untuk tips kedua pula kita kena pastikan permukaan cermin hadapan kereta (windshield) kita pula sentiasa bersih

Kalau permukaan cermin kereta kita penuh habuk dan debu, automatiklah getah wiper blade kita akan sapu sekali habuk dan debu tu

Partikel habuk dan debu tu akan memendekkan jangkahayat getah wiper blade kereta kita. Jadi, selalulah cuci kereta kita, nak cuci sendiri kat rumah pun boleh, nak cuci kat car wash pun boleh sahaja

Yang penting, cermin depan kereta kita bersih!

Iklan, kalau anda nak hilangkan kesan watermark pada cermin kereta anda yang menyakitkan mata dan membahayakan pemanduan, boleh dapatkan Twobuddy Watermark Cleaner yang terbukti berkesan! Klik sini untuk dapatkan Twobuddy Watermark Cleaner dari kedai Shopee Finzol yang sah!

 

Tips ketiga jaga wiper kereta:

Kurangkan kereta terdedah kepada cahaya matahari yang panas! Tapi kita duduk kat Malaysia kan, negara yang terletak di garisan khatulistiwa. Jadi tentu-tentu kita punya kereta banyak terdedah pada sinaran mentari yang membahang.

Kalau pergi kerja pun, biasanya parking yang ada bumbung ni untuk bos-bos je, kalau kita setakat kutu-kutu biasa je, parkinglah kereta korang kat padang parking yang luas tu, yang berbumbungkan langit yang tidak bertiang

Usah khuatir!

Kita boleh minimakan kesan haba lampau yang diterima secara terus oleh getah wiper blade kereta kita.

Guaner boh?

Senang je boh….kita angkat wiper blade kita tu bagi tegak, jangan biarkan ia menyentuh permukaan cermin depan kereta. Secara tak langsung, haba yang disimpan pada cermin kereta yang terdedah kepada sinaran mentari yang tinggi takkan dipindahkan secara terus kepada getah wiper blade kita

Getah ni sifatnya kalau selalu terdedah kepada suhu tinggi akan menjadikan ia lebih cepat keras dan rosak.

 

Tips keempat:

Sentiasa pastikan tangki air wiper (wiper tank) mempunyai air. Sebab apa?

Sebab untuk pastikan kita tidak menggunakan wiper pada permukaan kering. Yelah, kadang-kadang burung ciritkan kita punya cermin kereta dengan taik dia, elok landing depan mata kita, nak taknak kenalah bersihkan taik burung tu daripada windshield kita kan?

So kita pasti akan gunakan wiper kereta kita. Kalau wiper tank kita kosong air tak cukup, naya mat!

Jadi, selalulah cek aras cecair dalam wiper water tank kita.

Senang je, tiap kali kita tukar minyak hitam, periksalah sekali aras air wiper tank kita

Kalau nak pakai minyak hitam padu,dapatkan Mannol Classic Fully Sintetik 10w-40 daripada kedai shopee Finzol kami. Mannol kami genuine ada stiker hologram boh!

 

Tips kelima jaga wiper kereta:

Tukar wiper blade kereta anda apabila sudah sampai masa. Tips paling mudah nak follow ialah tukar wiper blade anda setiap 20,000 km mileage meter. Secara purata setahun 2 kali la boh.

Naya boh kalau wiper blade getah kita rosak masa kita tengah memandu dalam hujan lebat.

Mau calar cermin windshield kereta kita boh!

Kalau taknak calar, terpaksalah berhenti tepi jalan tunggu hujan berhenti

Pishanngggg!

 

Begitulah 5 tips mudah penjagaan wiper kereta yang kami kongsikan kali ini. Sap sap sui bukan? Gadis pun boleh buat sendiri, tak payah nak tunggu boifren sayang tolong buatkan

Jika anda rasa posting ini bermanfaat, jangan lupa kongsi kepada orang lain dengan cara klik butang share di bawah ini

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

4 weeks ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

1 year ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

1 year ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

1 year ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

1 year ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

1 year ago