Perodua Alza Maintenance Service Package by Perodua
Perodua Alza Maintenance Service Package adalah satu program yang dibangunkan oleh Perodua Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna
Perodua Alza Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:

- Model Perodua ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Perodua Alza kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Perodua ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Perodua ini?
- Berapa sukatan coolant radiator yang tepat untuk Alza?
- Apa coolant radiator yang sesuai untuk Perodua Alza ini?
- Perodua Alza Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Perodua ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Perodua ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Perodua Alza Auto tak?
- Perodua Alza Manual pakai minyak gearbox apa?
- Minyak ATF ni boleh pakai pada Perodua Alza manual?
- Minyak Gearbox Manual Perodua Alza berapa botol?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Alza?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Alza?
Perodua Malaysia telah melancarkan dua jenis Alza pada tahun 2009 dan masih belum menerima model baharu seperti Perodua Myvi (King) yang telah pun dikeluarkan sebanyak 3 generasi semenjak dilancarkan
Semenjak dilancarkan pada tahun 2009, model ini telah menjadi antara model pilihan utama kepada warga Malaysia samada ustazah mahupun bukan ustazah
Buktinya?
Pada tahun 2010, model Perodua ini telah menjadi “Best Selling MPV” di Malaysia dengan jualan sebanyak 42,000 unit
Model MPV Perodua ini didatangkan dengan 7 kerusi, jadi untuk golongan abah-abah yang mempunyai anak yang ramai, model ini menjadi pilihan kerana harganya yang mampu milik dan kualitinya yang tak payah diceritakan lagi sebab Perodua kan
Sehingga pada saat artikel ini ditulis, meskipun tiada model gantian sepenuhnya yang dikeluarkan daripada Perodua, namun Alza telah menerima beberapa kali penambahbaikan kosmetik (facelift)
Perodua Alza facelift telah dilancarkan pada tahun 2014 dan yang kedua pada tahun 2018
Untuk tahun 2022, khabar angin bertiup kencang, lebih kencang daripada larian penyerang sensasi Harimau Malaya iaitu Guilherme de Paula bahawa Perodua akan melancarkan New Model Perodua Alza D27A
Model ini dikuasakan oleh enjin berkapisiti 1.5 liter dengan kod enjin: 3SZ-VE DOHC
Service Maintenance Program
Berapa mileage untuk servis?
Mileage yang dicadangkan oleh Perodua Malaysia adalah seperti berikut:
- 10,000 km
- 20,000 km
- 30,000 km
- 40,000 km
- 50,000 km
- 60,000 km
- 70,000 km
- 80,000 km
- 90, 000 km
- 100,000 km
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Perodua untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Perodua
Perodua Alza 1st Generation: 2009-2022
- Kelikatan / Viscosity : 5w-30, 10w-30
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic/ Semi Sintetik
- API SJ ke atas
- Isipadu / Volume minyak hitam:
- Dengan filter: 3.1 liter
- Tanpa oil filter: 2.8 liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Perodua?
Untuk Alza Auto:
- Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF D3 SP
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 3 Liter (1 Liter x 3 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 40,000 km & 80,000 km
Untuk Alza Manual:
- Jenis minyak Gearbox: Gear Oil API GL 4 SAE 75w-80, 75w-85 atau 75w-90
- Berapa botol minyak gearbox manual nak kena pakai: 3 Liter (1 Liter x 3 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox manual: 40,000 km & 80,000 km
Apa spark plug yang disyorkan oleh Perodua?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan:
- NGK DCPR7EA-9 Spark Plug / DENSO XU22PR9 Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar:
- 4 biji NGK DCPR7EA-9 Spark Plug / DENSO XU22PR9 Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug:
- 20,000 km, 40,000 km, 60, 000 km, 80,000 km, 100,000 km
Apa coolant yang disyorkan oleh Perodua untuk model Alza?
- Apa jenis coolant: Ethylene Glycol Base (Long Life Coolant)
- Berapa kapasiti coolant nak kena tukar:
- 5.7 Liter
- Bila nak kena tukar coolant: setiap 40,000km
Bila nak kena tukar Air Filter untuk Alza?
- Perodua mengesyorkan untuk menukar elemen penuras udara enjin Alza (Air Filter) setiap 20,000km
Apa bateri yang sesuai untuk model Alza ini:
- 34B19L
Apa minyak brake yang disyorkan oleh Perodua untuk model Bezza ini?
Apa saiz tayar yang standard yang disyorkan oleh Perodua Malaysia?
- 185/55R15
Apa saiz spare tyre tayar spare yang disyorkan oleh Perodua Malaysia?
- T105/70D16

New Perodua Alza 1.5L AV,H,X 2nd Generation: 2022-
- Kelikatan / Viscosity : 0w-20, 5w-30, 10w-30
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic/ Semi Sintetik
- API SN ke atas
- Isipadu / Volume minyak hitam:
- Dengan filter: 3.1 liter
- Tanpa oil filter: 3.3 liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Perodua?
Untuk Alza Auto:
- Jenis minyak DCVT Gearbox : Perodua CVT Fluid
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 3 Liter (1 Liter x 3 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: setiap 100,000 km
Apa spark plug yang disyorkan oleh Perodua?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan:
- DENSO SC16HR11 Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar:
- 4 biji DENSO SC16HR11 Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug:
- setiap 100,000 km
Apa coolant yang disyorkan oleh Perodua untuk model Alza?
- Apa jenis coolant: Ethylene Glycol Base (Long Life Coolant)
- Berapa kapasiti coolant nak kena tukar:
- 3.6 Liter
- Bila nak kena tukar coolant: pertama kali tukar pada 180,000km, selepas itu tukar setiap 80,000km
Bila nak kena tukar Air Filter untuk Alza?
- Perodua mengesyorkan untuk menukar elemen penuras udara enjin Alza (Air Filter) setiap 20,000km
Apa bateri yang sesuai untuk model Alza ini:
- M42
Apa minyak brake yang disyorkan oleh Perodua untuk model Bezza ini?
Apa saiz tayar yang standard yang disyorkan oleh Perodua Malaysia?
- 185/65R15
- 195/60R16
Apa tekanan udara tayar yang disyorkan oleh Perodua Malaysia?
- Depan – 230 kPa
- Belakang – 220 kPa
Kami sangat berharap dengan perkongsian ini dapat membantu pemilik Perodua Alza di Malaysia ini untuk mendapatkan informasi berkenaan maintenance kereta mereka dengan mudah, pantas dan tepat.
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, share posting ini di media sosial anda

Leave a Reply