Toyota Vios Maintenance Service Package

Toyota Vios Maintenance Service Package adalah satu program yang dibangunkan oleh pihak Toyota untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna
Toyota Vios Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:
- Model Toyota ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Toyota Vios kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Toyota ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Vios ini?
- Toyota Vios Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Toyota ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Toyota ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Toyota Vios Auto tak?
- Toyota Vios Manual pakai minyak gearbox apa?
- Minyak ATF ni boleh pakai pada Toyota Vios Manual?
- Minyak Gearbox Manual Toyota Vios berapa botol?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Vios?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Vios?
- Coolant Vios berapa liter?
- Bila nak kena tukar Coolant Vios?
- Berapa sukatan coolant radiator yang betul untuk diganti bagi Vios ini?
Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita kenali serba sediikit sejarah Toyota Vios ini di Malaysia
Toyota Vios ni dikeluarkan oleh Syarikat Toyota di Jepun untuk memenuhi pasaran Asia Pasifik secara khususnya untuk segment kereta subkompak
Mula dikeluarkan pada tahun 2002
Toyota Vios ini memang popular dikalangan negara Asean terutamanya Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam & Filipina
Memandangkan kita di Malaysia, marilah kita fokus tentang cerita Toyota Vios ini di Malaysia
Toyota Vios di Malaysia
Generasi Pertama

- Dikenali dengan kod Toyota Vios NCP42
- Mula dipasarkan di Malaysia daripada tahun 2003
- Ada 2 Variant: Vios E & G
- Di pacu oleh Enjin Toyota Kod 1NZ-FE bersesaran 1,497cc(1.5L), 4 silinder “Multipoint Injection” VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence)
- Menggunakan sistem gearbox 4 Speed Automatic
Generasi Kedua

- Dikenali dengan kod Toyota Vios NCP93
- Nama glamor Vios Dugong
- Mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2007
- Ada 6 Variant, Vios J,E,S,G,G-Limited & TRD Sportivo
- Di pacu oleh Enjin Toyota Kod 1NZ-FE bersesaran 1,497cc(1.5L), 4 silinder “Multipoint Injection” VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence)
- Ada 2 sistem transmisi, Manual(Hanya untuk model Vios J) dan 4 Speed Automatic
Generasi Ketiga

- Dikenali dengan kod Toyota Vios NCP150 & NSP 151
- Mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2013 – 2016 (Vios NCP 150) & 2017 – terkini (Vios NSP 151)
- NCP 150 ada 5 Variants – J(manual),J(auto), E, G & TRD Sportivo
- Masih dipacu oleh Enjin Toyota Kod 1NZ-FE bersesaran 1,497cc(1.5L), 4 silinder “Multipoint Injection” VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence)
- NCP 150 didatangkan dengan 2 jenis transmisi gearbox- Manual (hanya untuk Variant J) dan 4 Speed Automatic

- Vios NSP 151 pula mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2017
- Dikuasakan oleh enjin Toyota Kod 2NR-FE 4-silinder, In-line, 16-valve, DOHC with Dual VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence)
- NSP 151 dikeluarkan dalam 7 variant J(manual),J,E,G,GX, S & GR-S
- Didatangkan dengan 2 jenis kotak transmisi iaitu manual (NSP 151 J sahaja) dan CVT with 7 Speed Sports Sequential Shift
Service Maintenance Program
Berapa mileage untuk servis?
Mileage yang dicadangkan oleh UMW Toyota Malaysia adalah seperti berikut:
- 1,000km
- 5,000km
- 10,000 km
- 20,000 km
- 30,000 km
- 40,000 km
- 50,000 km
- 60,000 km
- 70,000 km
- 80,000 km
- 90, 000 km
- 100,000 km
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Toyota untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Toyota
Toyota Vios NCP42
- Kelikatan / Viscosity : 5w-30, 10w-30, 10w-40, 15w-40
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik, Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- API SL ke atas
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
Toyota Vios NCP93 (Dugong)
- Kelikatan / Viscosity : 5w-30, 10w-30, 10w-40, 5w-40
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik, Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- API SL ke atas
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
Toyota Vios NCP150 & NSP 151
- Kelikatan / Viscosity : 0w-20, 10w-40, 5w-40
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik,
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- API SL ke atas
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Toyota?
Untuk Vios Auto:
- Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF T-IV
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 4 Liter (1 Liter x 4 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 40,000 km & 80,000 km
Untuk Vios CVT:
- Jenis minyak ATF Gearbox : Toyota CVT Transmission Oil
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 4 Liter (1 Liter x 4 botol)
Untuk Vios Manual:
- Jenis minyak Gearbox: Gear Oil GL-3 atau GL-4 75W-90
- Berapa botol minyak gearbox manual nak kena pakai: 1.9 Liter (1 Liter x 2 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox manual: 40,000 km & 80,000 km
Apa spark plug yang disyorkan oleh Toyota?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan:
- Kod NCP 42, NCP 93, NCP 150 – Enjin Enjin Toyota Kod 1NZ-FE – DENSO K16R-U11
- Kod NSP 151- Enjin Toyota Kod 2NR-FE – DENSO SC16HR11
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 4 biji Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug: 40,000 km, 80, 000 km, 120,000 km,160,000 km
Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Toyota Vios ni?
- Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
- Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan : 4 Liter
- Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Toyota: setiap 40,000km
Untuk nak tau berapa harga cukai jalan Vios ni, boleh klik link kat bawah ni:
Kami berharap perkongsian kami kali ini akan dapat memberi manfaat kepada para pemilik Toyota Vios di Malaysia supaya dapat menjaga kereta mereka dengan lebih teratur dan teliti

Leave a Reply