Toyota

Alphard vs Vellfire: Ada beza ke?

Alphard vs Vellfire. Mesti ada dikalangan kalian yang tertanya-tanya kan apa beza dua menatang ni?

Toyota Alphard & Vellfire adalah merupakan model MPV (Multi Purpose Vehicle) – kenderaan pelbagai fungsi.

Kedua-dua model ini boleh dikategorikan sebagai MPV Premium di Malaysia

Biasanya yang banyak pakai model MPV ni di Malaysia adalah seperti:

  • Ahli Perniagaan yang berjaya
  • Ahli Politik yang berjawatan Menteri
  • Ahli kongsi tak terang
  • Tauke kereta sewa sebab model ni popular juga untuk disewakan di kalangan orang yang nak kahwin

Ini sekadar sebahagian

 

Alphard vs Vellfire: Ada beza ke?

Baik. Sebelum tu kita tengok sikit sejarah

  1. Alphard lahir dulu di Jepun pada tahun 2002
  2. Alphard hadir dengan 7 atau 8 tempat duduk
  3. Sehingga sekarang, Alphard dah ada 3 generasi
  4. Vellfire pula lahir lambat sikit, sekitar tahun 2008

 

Ok,

Kalau ikut dalam website Toyota Malaysia, boleh nampak jelas perbezaan yang dinyatakan antara Alphard & Vellfire

1-Harga

Toyota Alphard harga lebih tinggi daripada Toyota Vellfire. Toyota Vellfire dijual untuk Semenanjung sekitar RM 370,000 manakala Toyota Alphard dijual sekitar RM 450,000.

Jadi kita boleh anggap, Toyota Alphard lebih premium daripada Toyota Vellfire

 

2-Enjin

Toyota Alphard dikuasakan oleh enjin 3.5L V6

2GR-FKS
V6, 24V DOHC with VVT-iW (intake), VVT-i (exhaust)
Max Power: 221kW (300PS) / 6,600 rpm
Max Torque: 361Nm / 4,600 rpm

 

Manakala Toyota Vellfire pula dikuasakan oleh enjin 2.5 litre 16V DOHC

2AR-FE
In-line, 16V DOHC with Dual VVT-i
Max Power: 130kW (180PS) / 6,000 rpm
Max Torque: 235Nm / 4,100 rpm

 

Dari segi kuasa, Alphard lebih berkuasa berdasarkan saiz enjin yang ditawarkan oleh pihak Toyota

 

Manakala untuk sistem transmisi, Toyota Alphard didatangkan dengan Kekotak Gear Automatik 8 kelajuan dengan Sequential Shifter

Toyota Vellfire pula dipadankan dengan kekotak gear jenis CVT 7 kelajuan

 

3- Luaran

Satu benda yang dua-dua model ini sama ialah, Vellfire & Alphard punya rekaan utama badan adalah berbentuk kotak bersegi

Bayangkan sebuah peti sejuk, dibaringkan dan dipasang roda depan & belakang, macam tulah lebih kurang

Cuma jurutera Toyota adalah ubah sikit-sikit nampak jadi gagah

Yelah, bayar dekat 1/2 juta, orang perli dapat peti sejuk je

 

Ok

Cara paling mudah nak bezakan Alphard vs Velfire dari luar ialah dengan hanya memandang pada bahagian hadapan

 

Toyota Alphard dia punya grill macam gambar bawah ni

 

Toyota Vellfire pula macam di bawah ni

 

Kalau dari belakang senang je nak cam

Sebab Toyota dah tampal Name Tag kat bonet belakang MPV ni

Hanya orang yang malas membaca je akan PM tepi orang sebelah dia tanya tu Alphard ke Vellfire

 

4-Alphard vs Vellfire – Dalaman

Berdasarkan info daripada laman sesawang Toyota Malaysia ni, kedua-dua model ini didatangkan dengan Captain Seat

Untuk Alphard yang Super Premium, Toyota pasang Special VIP Seat

Untuk Alphard ada Back Power Door

Power Door ni apa benda?

OK

Alphard ni pintu untuk penumpang belakang jenis sliding, macam pintu van panel yang dorang guna untuk bawak barang tu

Kalau ada power door ni, nak bukak pintu, kita cuma sungkit dia punya handle je, nanti dia automatik bergerak terbuka sendiri

Sama juga kalau nak tutup, sungkit je pemegang pintu tu, nanti dia akan automatik bergelungsur ke arah depan untuk tutup

Hebat kan

 

Jadi kesimpulannya, sekarang anda pasti sudah tahu sedikit sebanyak kan perbezaan mudah antara Toyota Alphard vs Vellfire

Kalau tak berapa nak mampu, takpe, kita pakai Toyota Vios sahaja pun tak mengapa

Oh ya, nak bagitau

Informasi yang kami canaikan dalam postingan kali ini bedasarkan data yang ada di website Toyota Vellfire & Toyota Alphard di Toyota Malaysia

Untuk info lanjut, kalian bolehlah layari laman sesawang mereka

Mimin baru je lepak dengan sahabat mimin time open house raya haritu. Dia kata, kalau bercadang nak pakai lepas tu nak jual balik, eloklah beli Alphard sebab resale value Vellfire tak cantik macam Alphard

 

 

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

1 year ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

2 years ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

2 years ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

2 years ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

2 years ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

2 years ago