Umum

Kuasa Kuda – Kenapa enjin kenderaan ada kuasa kuda?

Kenapa kuasa kuda? Bukankah enjin kenderaan itu merupakan gabungan beberapa komponen mekanikal dan elektrikal yang beroperasi secara prinsip pembakaran dalaman?

Kuasa kuda ni dorang guna bahagian mana dari kuda dalam enjin?

Ferrari je yang ada guna gambar kuda dalam lambang mereka

Jadi, apa kaitan dengan kuasa kuda?

OK

Bab ni kita kena tengok kembali sejarah lebih kurang seratus tahun yang lalu

 

Apa itu Kuasa Kuda?

Segalanya bermula sekitar abad ke 18, pada masa tu seorang pencipta merangkap jurutera berbangsa Scotland yang diberi nama James Watt, telah mencipta enjin stim yang baharu dan ditambah baik.

Pada zaman ketika bahan api fosil seperti petroluem digunakan dengan meluas sebagai bahan bakar, manusia telah menggunakan arang batu dan air sebagai sumber utama untuk menggerakkan komponen mekanikal dalam sesebuah enjin

Arang batu dibakar untuk memanaskan air yang disimpan didalam ruang tertutup.

Apabila air telah mencapai tahap didih, stim akan dihasilkan

Stim yang termampat akan dialirkan ke arah piston & piston akan bergerak

Piston ini dipasang bersama penghubung pada roda, maka apabila piston itu bergerak, secara tidak langsung ia akan menggerakkan roda

Begitulah sedikit sebanyak penerangan tentang operasi enjin stim di dalam pengangkutan paling popular pada masa itu iaitu keretapi…choo choo

 

Kuasa kuda, kuda & James Watt

Jadi, apa kaitan semua ni bang aji?

Ok

Macam yang diberitakan di atas tadi, James Watt telah berjaya menghasilkan enjin stim baharu yang telah ditambah baik daripada enjin stim yang sedia ada di pasaran pada ketika itu

Jadi, dia pun nak buktikan kenapa orang kena gunakan enjin stim baru dia

Benda baru kan, jadi kenalah buat something untuk meyakinkan orang gunakannya

Contoh macam sekarang ni musim Covid, kenapa Touch n Go, Grab dan Boost beriya-iya promosi supaya orang ramai pakai eWallet berbanding bayar pakai duit tunai kan

Satu selling point dorang adalah kalau guna eWallet dapat kurangkan sentuhan yang tidak perlu.

Iyelah, kalau bayar pakai duit tunai kan, duit tu dah dipegang banyak tangan.

Virus Covid ni boleh berpindah juga melalui sentuhan

So kalau kita pakai eWallet, kita tak payah nak pegang-pegang duit tu semua nak bayar

Cuma Imbas QR Code dan pindahkan nilai pembelian secara digital

Lebih selamat takyah sentuh-sentuh

Macam tulah kisahnya dengan pakcik James Watt

Zaman tu, selain penggunaan enjin stim untuk menggerakkan keretapi, para penggiat industri turut menggunakan kuda untuk menggerakkan mesin

Untuk menggerakkan wagon, mereka ikat pada kuda 2-6 ekor, jadilah kereta kuda.

Untuk taukey-taukey kilang, lombong mereka pun menggunakan kuda untuk mengoperasikan jentera jentera mereka

Maka James Watt ni pun tengoklah bagaimana kilang pengisar gandum menggunakan kuda untuk menggerakkan mesin pengisar mereka

Source: Getty Image

 

Kuasa kuda – macamana James Watt hasilkan rumus kuasa ini?

Berdasarkan pemerhatian James Watt, kuda-kuda itu diikat pada jejari-jejari yang disambung pada batang tengah pengisar.

Kuda-kuda itu akan bergerak dalam satu bulatan berdiameter 24 kaki

Secara kasar, dalam tempoh 60 minit, batang tengah pengisar itu akan diputarkan sebanyak 144 kali. Dalam tempoh itu, James Watt membuat anggaran setiap kuda menghasilkan tenaga tolakan sebanyak 180 pound

Jadi, James Watt kira, satu kuasa kuda (1HP) bersamaan seekor kuda melakukan 33,000 foot-pounds (ft-lb) kerja dalam seminit

Pening?

Ok relax

Dengan kata lain, bayangkan seekor kuda, mengangkat sebaldi air seberat 33 pound daripada perigi sedalam 1,000 kaki dalam 1 minit

Dalam 1 minit, anda boleh dapat sebaldi air seberat 33 pound yang di cedok daripada kedalaman 1,000 meter

Haa gittew

Jadi James Watt pun jumpalah tokey-tokey tu dan cakap

“Tuan, kalau tuan pakai enjin stim saya yang terbaru & ditambah baik, tuan akan dapat melakukan lebih banyak kerja tanpa perlu bela kuda berekor ekor. Tak payah pening nak bagi makan kuda, nak angkat taik kuda”

Begitulah lebih kurang sell pitch James Watt..kut

Maka, semenjak dari itu, Kuasa Kuda menjadi rujukan untuk keupayaan sesebuah komponen enjin menghasilkan kuasa

Lebih tinggi nombor kuasa kuda tu, lebih berkuasalah enjin tu kan.

Untuk bidang automotif, HP ini menjadi antara rujukan keupayaan dan kekuatan enjin yang dipasang pada kenderaan itu

Dalam bidang automotif, pengeluar belah-belah negara tempat Dominic Toretto racing suka menggunakan istilah HP (Horse Power).

Kalau belah-belah Asia ni suka guna KW (Kilo Watt) & PS (Pferdestarke) sebab kita kan suka guna Sistem Metrik berbanding Sistem Imperial

Untuk kekuatan enjin kenderaan kiraannya ialah  1HP = 745.7Watt(0.7457 kW) = 735.5 PS

Jadi, lepas ni kalau baca brosur kenderaan Toyota Vios taklah pening kan kalau dalam tu dia tulis macam ni:

Engine
Model
2NR-FE
Type
4-cylinder, In-line, 16-valve, DOHC with Dual VVT-i
Displacement [cc (mm)]
1,496
Max. Output (PS/rpm)
107 / 6,000

 

Yang penting, walau berapa pun nilai Horsepower / kuasa kuda enjin kenderaan kita, minyak hitam jangan culas tukar on time tau!

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

1 year ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

2 years ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

2 years ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

2 years ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

2 years ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

2 years ago