Honda City Maintenance Service Package Malaysia

Honda City Maintenance Service Package Malaysia adalah satu program yang dibangunkan oleh pihak Honda untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna
Honda City Maintenance Service Package Malaysia ini akan menerangkan serba ringkas agar marhaen senang nak faham jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:
- Model Honda ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Honda City kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Honda ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Honda City ini?
- Honda City Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Honda ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Honda ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Honda City Auto tak?
- Honda City Manual pakai minyak gearbox apa?
- Minyak ATF ni boleh pakai pada Honda CityManual?
- Minyak Gearbox Manual Honda City berapa botol?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Honda City?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Honda City?
- Coolant Honda City berapa liter?
- Bila nak kena tukar Coolant Honda ini?
- Berapa sukatan yang disyorkan untuk coolant radiator enjin Honda ini?
Tahukah anda, Honda City merupakan antara model idaman dan dambaan untuk kebanyakan anak muda Fresh Graduate di Malaysia?
Tak kisah lah mereka lelaki atau perempuan
Bukan suatu rahsia bilamana fresh graduate yang ada degree sanggup berlapar demi untuk memiliki Honda City baharu dalam usaha menaikkan status sosial kendiri dikalangan rakan sebaya
Baiklah
Mari kita tengok sikit sedikit sebanyak sejarah model ini di Malaysia
Honda City telah dikeluarkan di seluruh dunia semenjak tahun 1981 lagi
Itu adalah Generasi yang pertama
Namun untuk pasaran Malaysia, kami mendapati pihak yang bertanggungjawab memasarkan jenama Honda ini di Malaysia hanya membawa masuk generasi yang ketiga sahaja
Honda City di Malaysia
Generasi Ketiga

Haa
Mesti pernah nampak kan model di atas ni
Ni antara spec model generasi ketiga ni:
- Dikuasakan oleh Honda Engine SOHC 1.3L dan 1.5L
- Dilengkapi dengan model gearbox Automatik dan juga manual
- City Auto – 4 kelajuan
- City Manual – 5 kelajuan
- Dikeluarkan pada tahun 1996-2002
Generasi Keempat

- Mula dikeluarkan pada tahun 2002-2008
- Untuk pasaran di Malaysia, Kilang Honda di Alor Gajah yang bertanggungjawab untuk memasang model ini
- Dikuasakan oleh 2 jenis enjin, 1.5L iDSI dan 1.5L i-VTEC
- Model City generasi keempat ini dilengkapi dengan transmisi jenis CVT – 7 kelajuan Multimatic
- untuk model i-VTEC, dilengkapi dengan Paddle shift pada steering
Generasi Kelima

- Mula dikeluarkan pada tahun 2008-2013
- Dikuasakan enjin 1.5L
- Dilengkapi gearbox jenis ATF
Generasi Keenam

- Mula dikeluarkan pada tahun 2014-kini
- Dikuasakan oleh enjin 1.5L
- Untuk model City RS adalah jenis hibrid
- Dilengkapi gearbox jenis CVT
Honda City Service Maintenance Program
Berapa mileage untuk servis?
Mileage yang dicadangkan oleh Honda Malaysia adalah seperti berikut:
- 1,000km
- 5,000km
- 10,000 km
- 20,000 km
- 30,000 km
- 40,000 km
- 50,000 km
- 60,000 km
- 70,000 km
- 80,000 km
- 90, 000 km
- 100,000 km
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Honda untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Honda
City 3rd gen
- Kelikatan / Viscosity : 5w-30, 10w-30, 10w-40, 15w-40
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik, Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- API SL ke atas
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
City 4th gen
- Kelikatan / Viscosity : 5w-30, 10w-30, 10w-40
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik, Mineral
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- API SL ke atas
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
City 5th gen
- Kelikatan / Viscosity : 0w-30, 5w-30, 10w-30, 10w-40
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik,
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- API SL ke atas
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
City 6th gen
- Kelikatan / Viscosity : 0w-30, 5w-30, 10w-30
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic , Semi Sintetik,
- Isipadu sebotol / Volume: 4 Liter
- API SM ke atas
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km Fully, setiap 5,000 km Semi & setiap 3,000 km mineral
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Honda?
Untuk City Auto (Honda City GM2 /TMO 2009,2010,2011,2012,2013,2014):
- Jenis minyak ATF Gearbox : Honda ATF-DW1 / Z1
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 4 Liter (1 Liter x 4 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 60,000 km, 100,000 km, 140,000km & 180,000km
Untuk City CVT (Honda City GM6 ):
- Jenis minyak Gearbox : Honda CVTF HCF-2
- Berapa botol minyak CVTF gearbox nak kena pakai: 3,5 Liter (1 Liter x 3.5 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 40,000 km, 80,000 km, 120,000km & 160,000km
Informasi Coolant Radiator enjin Honda City
- Jenis coolant yang disyorkan: Honda Coolant Type 2
- Berapa liter: 4 liter
- Bila nak kena tukar coolant: setiap 100,000 km mileage meter
Informasi tentang Spark Plug:
- Jenis Spark Plug: NGK DIFR6D13 / NGK DK20PR-D13
- Berapa banyak spark plug nak kena pakai: 4 biji Spark Plug NGK DIFR6D13 / NGK DK20PR-D13
Kami berharap sedikit sebanyak perkongsian kali ini dapat membantu anda membuat maintenance kereta anda dengan sempurna
Model Honda ini selalu dibandingkan dengan satu lagi model kereta Jepun yang popular di Malaysia
Tak lain tak bukan Toyota Vios
Toyota Vios vs Honda City pun salah satu topik yang popular dikalangan peminat automotif di Malaysia
Kalau anda hendak tahu lebih lanjut tentang penjagaan kenderaan Toyota Vios, klik sahaja link di bawah ini

Leave a Reply