Takaful Kereta Malaysia

Takaful Kereta: Tips Ringkas Berkaitan Takaful Kereta

Takaful kereta adalah penting untuk setiap pemilik kereta di Malaysia

Selain tertakluk kepada undang-undang dibawah Akta tertentu, takaful insurans juga penting untuk tujuan perlindungan pemilik kenderaan jika berlaku perkara yang tidak di ingini

Secara umumnya, di Malaysia ada terdapat dua jenis skim perlindungan kenderaan

  • Insurans Kenderaan Konvensional
  • Takaful Kenderaan Islamik

Kedua-duanya tidak punya banyak perbezaan

Cuma sebagai seorang Muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah, paling afdhal untuk kita memilih skim Takaful untuk perlindungan kereta kita

Takaful perlu dibeli dahulu, sebelum kita boleh perbaharui cukai jalan kereta kita. Klik sini untuk senarai cukai jalan kereta popular di Malaysia

Jenis-jenis perlindungan takaful kereta yang ditawarkan oleh syarikat Takaful di Malaysia

Secara umumnya, ada 2 jenis perlindungan yang popular di Malaysia yang ditawarkan untuk pemegang sijil Takaful Kereta di Malaysia.

 

1. Perlindungan pihak ketiga (Third Party)

  • Takaful paling asas
  • Harga premium yang perlu dibayar adalah yang paling murah
  • Hanya melindungi pihak ketiga jika berlaku kecelekaan (bukan kereta anda)
  • Pihak penyedia takaful akan membantu membayar segala kos pembaikan ataupun kos rawatan pihak ketiga yang terlibat dengan kemalangan kita, untuk kerosakan anda, anda kena keluarkan duit poket sendiri

 

2. Perlindungan komprehensif

  • Perlindungan paling menyeluruh
  • Melindungi kos pembaikan kenderaan anda, dan juga pihak ketiga jika terlibat dalam kemalangan
  • Harga premium lebih tinggi daripada jumlah harga yang perlu dibayar untuk perlindungan pihak ketiga

 

Takaful Kereta: cara penentuan harga premium

Harga premium takaful ini bergantung kepada beberapa faktor seperti:

1. Nilai pasaran kereta

  • Nilai pasaran kereta setiap tahun akan susut.
  • Nilai setiap model juga tidak sama walaupun tahun pembuatannya sama
  • Pastikan anda tahu berapa nilai pasaran semasa kereta anda
  • Nilai sebut harga beberapa penyedia takaful mungkin akan nampak perbezaan yang banyak, ada yang murah dan mahal
  • Sebagai contoh,Perodua MYVI Advance Tahun 2017, Market Value pada April 2021 ialah RM 39,500 untuk Semenanjung Malaysia
  • Takaful A tawarkan premium yang lebih murah daripada Takaful B, rupanya Takaful B tawarkan perlindungan yang tinggi sikit daripada harga pasaran

2. Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dan tahun perkilangan kereta

  • Jika anda tidak pernah melakukan tuntutan atau pihak ketiga tidak pernah melakukan tuntutan yang sama terhadap syarikat Takaful anda, anda akan diberi NCD setiap tahun, maksimum 55% untuk kenderaan peribadi

 

Secara asasnya, jadual NCD adalah seperti berikut

 

3. Jenis takaful kereta

  • Seperti yang dinyatakan pada awal-awal, harga premium takaful jenis komprehensif adalah lebih tinggi daripada premium takaful kereta pihak ketiga (Third party)

4. Lokasi

  • Myvi yang sama, akan mempunyai harga premium yang berbeza jika berada di Semenanjung Malaysia atau di Sabah & Sarawak
  • Salah satu sebab adalah penilaian risiko di bahagian Semenanjung adalah lebih tinggi daripada di Sabah & Sarawak
  • Selain itu, nilai pasaran kereta antara Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak juga berbeza
  • Sebagai contoh: Perodua MYVI Advance Tahun 2017, Market Value pada April 2021 ialah RM 39,500 untuk Semenanjung Malaysia, tetapi di Sabah Sarawak nilai Market Value hanyalah RM 29,900

5. Kapasiti enjin kereta (CC)

  • Kereta yang mempunyai kapasiti enjin 1496CC premium Takafulnya adalah lebih rendah daripada kereta yang mempunyai kapasiti enjin 1998CC
  • Samalah macam cukai jalan, kereta CC tinggi harga roadtax lebih mahal

 

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko kemalangan ialah untuk memastikan kereta kita diselenggara dalam tempoh waktu yang sepatutnya

Jangan culas

Lindung diri, lindung orang lain

 

 

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

10 months ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

2 years ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

2 years ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

2 years ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

2 years ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

2 years ago