Perodua Bezza Maintenance Service Package
Perodua Bezza Maintenance Service Package adalah satu program yang dibangunkan oleh Perodua Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna
Perodua Bezza Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:

- Model Perodua ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
- Perodua Bezza kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Perodua ini?
- Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Perodua ini?
- Perodua Bezza Auto pakai minyak gearbox apa?
- Berapa Liter minyak gearbox auto Model Perodua ini kena pakai?
- Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Perodua ini ni?
- Minyak ATF ni sesuai untuk Perodua Bezza Auto tak?
- Perodua Bezza Manual pakai minyak gearbox apa?
- Minyak ATF ni boleh pakai pada Perodua Bezza manual?
- Minyak Gearbox Manual Perodua Bezza berapa botol?
- Berapa banyak Spark Plug untuk Bezza?
- Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Bezza?
- Berapa sukatan coolant radiator yang paling tepat untuk Perodua Bezza?
- Apakah jenis coolant radiator yang bersesuaian untuk digunakan pada enjin Perodua saya ini?
Perodua Malaysia telah melancarkan dua jenis Bezza pada tahun yang berbeza iaitu pada tahun 2016 dan tahun 2020
Dari segi spesifikasi engine, tiada perbezaan antara kedua-dua tahun keluaran
Keterangan spesifikasi enjin untuk Perodua Bezza adalah seperti berikut:
- Model B300RS – Dikuasakan oleh enjin 1KR-VE kapasiti 1,000CC (1 Liter)
- Model B301RS – Dikuasakan oleh enjin 1NR-VE kapasiti 1,300CC (1.3 Liter)
Keterangan tentang enjin adalah seperti berikut:
- Enjin 1KR-VE kapasiti 1,000CC (1 Liter) – 1,000CC EFI +DOHC + VVT-I
- Enjin 1NR-VE kapasiti 1,300CC (1.3 Liter) – 1,3000CC EFI+DOHC+Dua VVT-I
perbezaan signifikan ialah enjin 1.3L mempunyai tambahan 1 VVT-I berbanding dengan enjin 1.0L
Service Maintenance Program
Berapa mileage untuk servis?
Mileage yang dicadangkan oleh Perodua Malaysia adalah seperti berikut:
- 10,000 km
- 20,000 km
- 30,000 km
- 40,000 km
- 50,000 km
- 60,000 km
- 70,000 km
- 80,000 km
- 90, 000 km
- 100,000 km
Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Perodua untuk digunakan?
Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Perodua
- Kelikatan / Viscosity : 0w-20, 5w-30, 10w-30
- Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic/ Semi Sintetik
- API SN ke atas
- Isipadu / Volume
- Bezza 1.0 – 2.7 liter
- Bezza 1.3 – 3.5 liter
- Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km
Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Perodua?
Untuk Bezza Auto:
- Jenis minyak ATF Gearbox : Auto Transmission Oil ATF D3 SP
- Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: 3 Liter (1 Liter x 3 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: 40,000 km & 80,000 km
Untuk Bezza Manual:
- Jenis minyak Gearbox: Gear Oil GL 4 80W
- Berapa botol minyak gearbox manual nak kena pakai: 2 Liter (1 Liter x 2 botol)
- Bila nak kena tukar minyak gearbox manual: 40,000 km & 80,000 km
Apa spark plug yang disyorkan oleh Perodua?
- Jenis Spark Plug yang disyorkan:
- Bezza 1.0 – NGK LKR6C Spark Plug
- Bezza 1.3 – DENSO SC16HR11 Spark Plug
- Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar:
- Bezza 1.0 – 3 biji NGK LKR6C Spark Plug
- Bezza 1.3 – 4 biji DENSO SC16HR11 Spark Plug
- Bila nak kena tukar Spark Plug:
- Bezza 1.0-20,000 km, 40,000 km, 60, 000 km, 80,000 km, 100,000 km
- Bezza 1.3 – setiap 100,000km (Iridium Spark Plug)
Apa coolant yang disyorkan oleh Perodua untuk model Bezza?
- Apa jenis coolant: Ethylene Glycol Base (Long Life Coolant)
- Berapa kapasiti coolant nak kena tukar:
- Bezza 1.0 Manual: 2.6 Liter
- Bezza 1.0 Auto: 2.9 Liter
- Bezza 1.3 Manual: 3.0 Liter
- Bezza 1.3 Auto: 3.1 Liter
- Bila nak kena tukar coolant: setiap 40,000km
Bila nak kena tukar Air Filter untuk Bezza?
- Perodua mengesyorkan untuk menukar elemen penuras udara enjin Bezza (Air Filter) setiap 20,000km
Apa bateri yang sesuai untuk model Bezza ini:
- Perodua Bezza 1.0 & 1.3 tanpa sistem Idling Stop System (IDS) – 34B19L
- Perodua Bezza 1.3 dengan Idling Stop System (IDS) – M42
Apa minyak brake yang disyorkan oleh Perodua untuk model Bezza ini?
Apa saiz tayar yang standard yang disyorkan oleh Perodua Malaysia?
- Variant G – 175/65R14
- Variant X & AV – 175/60R15
Apa saiz spare tyre tayar spare yang disyorkan oleh Perodua Malaysia?
- Variant G, X & AV – 175/65R14
Semenjak dilancarkan, model ini telah menjadi antara model pilihan rakyat Malaysia khususnya untuk golongan yang telah berkeluarga.
Untuk yang bujang kebanyakannya sudah pasti akan memilih model Raja Jalan Raya King of Road Malaysia kan, apalagi kalau bukan model Myvi
Baru-baru ini model ini menjadi tular dan viral dikalangan netizen Malaysia sebab pengusaha terkenal tersohor Sambal Nyet iaitu Abang Khairul Aming telah memberikan pendapat peribadi beliau kerana beliau memiliki dan menggunakan kereta ini walaupun sudah berjaya membuat jualan pecah rekod berjuta ringgit Sambal Nyet beliau.

Leave a Reply