Apa itu Normal Driving dan Severe Driving?

Apa itu Normal Driving dan Severe Driving? Mesti tuan dan puan pernah ternampak dua istilah ini kalau tuan & puan rajin kelebek buku panduan (manual book) kenderaan anda yang diberi percuma oleh pengeluar kenderaan anda.
Istilah Normal Driving & Severe Driving ini sebenarnya penting untuk difahami kerana pemahaman yang betul dapat membantu tuan puan menjimatkan banyak masa & wang dalam proses penyelenggaraan kenderaan
Setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayat tertentu sebelum ia gagal & rosak serta perlu diganti
Jangka hayat ini pula diukur dengan unit masa biasanya
Sebagai contoh, minyak enjin perlu ditukar baharu setiap 6 bulan walaupun tempoh jarak perjalanan yang dicadangkan
Rujuk kepada gambar di bawah yang kami sedut daripada buku manual Perodua Myvi berkenaan jadual penyelenggaraan maintenance kereta yang disyorkan oleh jurutera Perodua


Boleh nampak kan perbezaan selang masa & jarak pemanduan yang disyorkan untuk ditukarganti antara dua jenis pemanduan tersebut
Macamana saya nak tahu pemanduan saya teruk (severe) atau biasa (normal)?
Kalau saya belok tak bagi signal, adakah itu dikira sebagai pemanduan teruk (severe)?
Tidak tuan & puan, kalau nak belok tak bagi signal, tu dah dikira sebagai babi yang memandu kerana menyusahkan & membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain!
Normal Driving
Normal driving (pemanduan biasa) boleh dikategorikan sebagai pemanduan seperti berikut:
- Membawa penumpang atau muatan dalam had yang ditetapkan berdasarkan had tekanan tayar dan had muatan yang dinyatkan pada label yang ditampal pada kenderaan anda
- Memandu pada permukaan jalan yang biasa di dalam had pemanduan yang dibenarkan.
Severe Driving
Severe driving (pemanduan teruk) boleh dikategorikan sebagai pemanduan seperti berikut:
- Memandu di jalan yang berlekuk-lekuk, ditenggelami air atau kawasan berbukit
- Memandu di kawasan berdebu
- Memandu di kawasan yang terdedah kepada udara masin
- Selalu membiarkan enjin melahu dalam keadaan lama (membiarkan enjin kenderaan hidup semasa berhenti menunggu seseorang)
- Kenderaan digunakan sebagai teksi atau kereta sewa
- Menunda treler atau muatan yang berat
- Sering menggunakan brek apabila memandu
- Perjalanan rutin ulang alik yang dekat (kurang 30km atau 60 minit jarak perjalanan)
- Memandu kenderaan anda dan tersekat dalam kesesakan lalulintas pada suhu cuaca panas 32 darjah celcius atau lebih selama 2 jam atau lebih setiap hari
Jadi tuan puan, kami berharap perkongsian ini akan dapat memberikan tuan puan ilmu tambahan berguna. Jika tuan puan rasa posting ini bermanfaat, share dan kongsi posting ini kepada kawan kawan dan saudara mara anda

Leave a Reply