Bateri Kereta

Bateri Kereta: 7 tips mudah panjangkan hayat bateri kereta anda

Bateri kereta merupakan salah satu komponen penting dalam sesebuah kereta. Fungsi utama bateri kereta adalah untuk membekalkan tenaga elektrik kepada starter-motor untuk menghidupkan enjin.

Sebelum wujudnya teknologi electrical starter motor, pemilik kereta akan memusingkan satu batang yang dikenali sebagai crank secara manual

Hanya sekitar tahun 1920 teknologi electrical starter motor pada enjin digunakan secara meluas & bateri kereta mula digunakan

Bila enjin kereta dah bejaya dihidupkan, bateri kereta akan membekalkan tenaga elektrik kepada komponen elektrikal di dalam kereta seperti radio, pendingin hawa, lampu & sebagainya.

Semasa enjin kereta hidup, bateri kereta juga akan dicas kuasanya oleh alternator. Alternator ni fungsi dia ialah mengubah tenaga mekanikal kepada tenaga elektrikal.

 

Rasanya, hampir 70% pemilik kenderaan pasti pernah mengalami masalah bateri kereta kaput/kong. Kita beriya nak start enjin nak pergi kerja tengok-tengok kereta tak boleh nak dihidupkan. Lagi haru kalau kita baru nak balik daripada pejabat lepas selesai OT jam 12 malam, kereta tak boleh nak start pulak sebab bateri kereta dah kong.

 

Sama macam bateri dalam handphone kita ataupun laptop, bateri kereta yang berasaskan lead-acid juga mempunyai jangkahayatnya tersendiri. Semakin lama digunakan, kebolehan bateri tersebut untuk menyimpan sejumlah cas yang mencukupi untuk proses menghidupkan enjin kereta juga akan menurun.

Secara purata, jangka hayat lead-acid baterry kereta boleh bertahan sehingga 42 bulan  atau 3 tahun setengah. Tapi benda ini juga bergantung kepada beberapa faktor yang kritikal dan boleh mempengaruhi tempoh masa jangkahayat bateri kereta anda seperti berapa jauh jarak anda memandu kereta anda setiap hari, prestasi sistem pengecasan kereta anda & beberapa faktor lain lagi

Jadi dalam post kali ini, kita akan kongsikan 7 tips yang boleh membantu memanjangkan jangkahayat bateri kereta anda

 

1- Elakkan jarak perjalanan yang pendek secara kerap

Bateri kereta anda menggunakan banyak tenaga semasa proses menghidupkan kenderaan. Apabila enjin sudah dihidupkan, alternator yang dipasang pada enjin akan memulakan tugas hakiki beliau iaitu menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrikal dan tenaga elektrikal itu akan digunakan untuk mengecas kembali bateri supaya tenaga dalam bateri kekal optimum

Namun demikian, kadar aliran cas elektrik yang dijana oleh alternator kereta berubah-ubah dan berkadar terus dengan bacaan RPM enjin anda. Semakin tinggi RPM, semakin tinggi kadar cas yang dihasilkan.

Secara kasarnya, alternator kereta akan berfungsi dengan baik apabila RPM enjin kereta anda pada bacaan minimum 2000RPM ke atas

Jadi secara perbandingan, jika anda memandu di lebuhraya, masa yang diperlukan untuk memenuhkan kembali cas bateri kereta anda ke tahap optimum mungkin hanya mengambil masa sekitar 30 minit, berbanding dengan hanya pemanduan di dalam bandar yang mungkin akan memakan masa selama 60 minit atau lebih

Sebab itu, jika anda perasan kenapa kadang-kadang bateri kereta kawan anda lebih tahan lama berbanding milik anda walaupun anda dan kawan anda membeli bateri yang baru pada tempoh masa yang sama & tak jauh beza.

Kawan anda setiap hari terpaksa memandu ke tempat kerja lebih jauh berbanding anda yang bekerja lebih dekat.

Sekarang mungkin anda sudah dapat idea kan?

Jadi, seboleh-bolehnya pastikan kereta anda bergerak dalam tempoh perjalanan yang agak jauh dalam seminggu untuk memanjangkan hayat

 

2- Pastikan bateri kereta anda diikat dengan ketat pada tempatnya

Nampak macam remeh kan. Tapi jika tidak diikat dengan ketat dan sempurna, ia akan terdedah kepada gegaran yang tidak sepatutnya

Situasi ini berpotensi untuk menyebabkan kerosakan pada komponen dalaman dan litar pintas.

Seeloknya lakukan pemeriksaan rutin 2 minggu sekali untuk tengok kalau – kalau ada skru yang longgar ke.

Kalau ada yang longgar, eloklah diketatkan kembali secepat mungkin. Maklumlah, jalan raya di Malaysia ni bleh tahan banyak juga lubangnya, sampaikan ada Menteri yang eksiden jatuh basikal kan sebab terlanggar lubang atas jalan raya

 

3- Kurangkan terdedah pada kepanasan secara terus dan kerap

Malaysia ni negaranya panas. Kalau tengahari tu fuh dia punya panas boleh melecur kulit silap-silap.

Pendedahan kepada suhu yang tinggi sebenarnya adalah salah satu pantang utama kepada semua jenis bateri.

Kerana apa?

OK meh nak stori sikit

Dalam bateri ada komponen cecair yang berfungsi untuk proses pengecasan berlaku dengan optimum. Apabila terdedah kepada suhu tinggi secara berterusan, proses pengewapan akan berlaku dan mengurangkan jangkahayat dan prestasi bateri secara am.

Walaupun bateri tu jenis maintenance free (bermaksud tak perlu nak topup air dala bateri tu) tapi tak bermakna dalam bateri tu tiada cecair elektrolit

Jadi, seeloknya parkinglah kereta anda kat tempat yang redup secara kerap dan jangan menyusahkan orang lain semata-mata nak parking kereta di tempat yang redup tau!

 

4- Kebersihan itu sebahagian daripada Iman – bateri kereta pun kena bersih juga

Mesti kita selalu dengar kan ayat di atas. Benar, menjaga kebersihan banyak faedahnya.

Pastikan keadaan bateri kereta anda adalah bersih selalu. Pastikan atas bateri anda pada bahagian terminal tu sentiasa bersih,kering & bebas daripada debu.

Benda-benda tu semua boleh menyebabkn short circuit secara tak langsung dan menjadikan jangkahayat bateri kereta anda menurun secara drastik

Terminal bateri juga akan terhakis setelah beberapa ketika. Pastikan terminal dalam keadaan bersih dan elakkan daripada tompokan putih membukit.

Tak tahu mana terminal bateri?

Senang je, terminal tu adalah 2 tempat kita sambung/ikat wayar pada bateri, yang ada tulisan ‘+’ dan ‘-‘ atau warna merah dan hitam. Benda terjojol yang kita ikat wayar pada bateri tulah yang kita panggil terminal bateri

Ni kami nak share tips mudah dan murah untuk bersihkan terminal bateri kereta anda.

  1. Sediakan berus gigi lama, secubit serbuk penaik(baking soda), air dan penyembur mini air
  2. Campurkan serbuk penaik dan air dalam mangkuk.
  3. Kacau guna berus gigi lama tu dan ambil berus gigi tu lalu berus pada terminal bateri
  4. Ambil penyembur air mini yang telah diisi dengan air dan spray pada terminal bateri yang sudah diberus itu
  5. Ambil kain bersih dan lap sehingga kering

 

5- Periksa voltage bateri kereta anda sekurang-kurangnya sebulan sekali

Kelemahan lead-acid bateri ni ialah jangkahayat dia akan menjunam ke laut dalam jika dibiarkan cas secara separuh ataupun kehabisan cas secara kerap

Jadi elokla kita monitor sikit berapa voltage bateri kereta kita secara sendiri

Tahun 2021 ni senang je nak lakukan rutin ni

Satu kita pergi Mr.Diy dan dapatkan sendiri multimeter. Ataupun kita pergi Shopee dan dapatkan voltage monitor yang cucuk terus kat tempat lighter rokok tu.

Sebuah acid-lead bateri yang sihat sepatutnya memiliki voltage sekitar 12.7 volts dan ke atas semasa enjin kereta tidak dihidupkan.

Kalau masa ambil reading tu voltage dia drop 12.5V, eloklah cepat-cepat cas semula bateri tu dengan segera.

Lead-acid bateri dikira separuh-cas pada 12.4 volts dan flat/kaput sepenuhnya pada 12.0 volts

Jangan ambil ringan bosku!

 

6- Matikan peralatan yang menggunakan elektrik apabila enjin tak hidup

Pastikan segala mak nenek radio, lampu semua dimatikan apabila enjin kereta dimatikan.

Benda-benda yang makan elektrik ni kalau kita biarkan terbuka je dah tentu dia akan guna tenaga elektrik daripada bateri kereta kita kan.

Masalahnya, kalau enjin kereta tak hidup, alternator tak bekerja, jadi tak dapatlah bateri tu nak dicas

Alamatnya memang droplah voltage dengan dramatik dan pantas

Lainlah kalau anda memiliki kereta Proton Preve Turbo, ia dilengkapi dengan sistem elektrikal cutoff yang akan automatik mematikan semua penggunaan elektrikal yang tak perlu selepas 15 minit enjin kereta dimatikan.

Jadi, pastikan segala peralatan elektrikal dimatikan sebelum kunci pintu kereta anda selepas parking.

 

7-Jangan biarkan kereta anda terdampar lebih seminggu tak bergerak langsung

Memang penting untuk kita pastikan bateri kereta kita sentiasa pada tahap optimum kapasiti casnya untuk memastikan jangkahayat bateri itu lebih lama.

Namun, benda ciptaan manusia ni mana ada yang perfect.

Tak kisahlah brand bateri apa pun, kayangan ke marhaen ke, setiap bateri akan tetap kehilangan cas dari masa ke masa – istilah ni mat saleh panggil ‘self-discharge’

Bateri asid plumbum yang terendam sepenuhnya akan memiliki kadar ‘self-discharge’ sekitar 1% setiap hari jika terdedah kepada suhu bilik (sekitar 25 darjah celcius) & 1.5% sehari sekitar 30 darjah celcius

Musim PKP ni kalau kita banyak kerja dari rumah, kami cadangkan anda hidupkan kereta anda 3 hari sekali dan rondalah taman perumahan anda dalam 30 minit untuk memastikan bateri kereta anda tidak kehilangan kuasa secara ‘self-discharge’

 

Jaga Bateri kereta anda secara sempurna, gunalah minyak enjin Mannol edaran Finzol untuk penjagaan enjin kereta anda pula

 

 

tukang taip

Recent Posts

Apa beza Toyota Alphard ANH20, ANH25, GGH20 dan GGH25?

Toyota Alphard 2nd Generation yang dikeluarkan antara tahun 2008-2015 sering mendapat permintaan yang hangat di…

7 hours ago

Toyota Alphard (2008-2015) Maintenance Service Package

Toyota Alphard (2008-2015) Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami kumpul daripada program…

1 day ago

BMW F10 (2010) Maintenance Service Package

BMW F10 (2010) Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami kumpul daripada program…

2 days ago

Honda CR-V 4th Gen (2013) Maintenance Service Package

Honda CR-V 4th Gen (2013) Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami kumpul…

2 weeks ago

Kad pengenalan kita: Bolehkah Pak Guard minta & simpan?

Bolehkah Pak Guard Minta & Simpan IC Kita? Hak Anda Menurut Undang-Undang Malaysia Kad pengenalan…

2 weeks ago

Anak Mati Dalam Kereta: 5 Punca Utama

Tragedi Anak Mati di Dalam Kereta Kerana Ibubapa Terlupa: Sebuah Kisah Pilu yang Terus Berulang…

2 weeks ago