X70

Proton X70 Maintenance Service Package

Proton X70 Maintenance Service Package adalah satu program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia untuk membantu anda menjaga kereta anda dengan sempurna

Proton X70 Maintenance Service Package ini akan menerangkan jawapan kepada beberapa soalan yang popular yang selalu ditanya kepada Engineer kami seperti:

 

  1. Model Proton ini pakai minyak hitam / minyak enjin apa?
  2. Proton X70 kena tukar minyak hitam / minyak enjin berapa kerap?
  3. Berapa mileage nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin untuk Model Proton ini?
  4. Apa minyak hitam / minyak enjin yang sesuai untuk Model Proton ini?
  5. Proton X70 Auto pakai minyak gearbox apa?
  6. Berapa Liter minyak gearbox auto Model Proton X70 ini kena pakai?
  7. Berapa Liter minyak gearbox DCTF Model Proton X70 ini kena pakai?
  8. Berapa mileage nak kena tukar minyak gearbox auto Model Proton ini ni?
  9. Minyak ATF ni sesuai untuk Proton X70 Auto tak?
  10. Berapa banyak Spark Plug untuk Proton X70?
  11. Bila nak kena tukar Spark Plug untuk Proton X70?
  12. Apa Enjin Coolant yang sesuai untuk model Proton X70?
  13. Berapa liter Enjin Coolant nak kena pakai / tuang pada Proton X70 ni?
  14. Bila nak kena tukar Enjin Coolant pada Proton X70 1.8L ni?
  15. Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton X70 ni?
  16. Apa jenis & saiz tayar untuk  Proton X70?

 

Proton X70 Maintenance Service Package_finzol_X70_CKD_website_2020_white_00000.png

SEJARAH PROTON x70 di MALAYSIA

Proton X70 merupakan model dalam kategori Compact Crossover SUV

Apa itu SUV?

SUV ialah nama pendek bagi Sport Utility Vehicle

SUV ialah sejenis kenderaan yang mempunyai gabungan elemen kenderaan pengguna di jalan raya biasa dan juga kenderaan untuk kegunaan off-road (masuk hutan punya)

Antara ciri-ciri nyata yang dimiliki oleh SUV ialah ia mempunyai jarak kelegaan (clearance) yang tinggi antara badan dan jalan raya serta mempunyai fungsi 4WD/AWD

Proton x70 di Malaysia adalah produk asal keluaran pemegang saham terbesar Proton iaitu Geely Automobiles Holdings

Di luar Malaysia model ini dikenali sebagai Geely Boyue

Masuk Malaysia jual under Proton tukar badge dan nama jadi Proton X70

Di Malaysia, terdapat 2 jenis Proton X70 iaitu CBU & CKD

Apa itu CBU?

CBU ialah akronim kepada completely built-up. Ia adalah terma pemasaran syarikat automotif yang membawa masuk model kenderaan dari luar dalam bentuk sebuah kenderaan untuk dijual di dalam sesebuah negara melalui sistem pengedaran mereka

 

Apa pula CKD?

CKD pula ialah akronim kepada Complete Knock Down. Berbeza dengan CBU yang sesebuah kenderaan masuk ke sesebuah negara dalam bentuk yang sempurna tinggal dipandu sahaja.

CKD secara mudahnya pemilik lesen jenama kenderaan akan membawa masuk komponen-komponen kenderaan secara berasingan ke dalam sesebuah negara untuk di pasang agar menjadi sebuah kenderaan lengkap di kilang milik mereka di dalam negara tersebut

Untuk kes di Malaysia, Proton akan membawa masuk komponen Proton X70 & mereka akan dipasang di kilang State-of-The-Art milik Proton di Tanjung Malim

 

Apa beza antara model PROTON X70 CBU & CKD?

Proton X70 dilancarkan di Malaysia pada 12 Disember 2018. Majlis pelancaran tersebut dijayakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke -7 merangkap bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4,

Tak lain tak tak bukan Tun Mahathir Mohamad

 

Proton X70 CBU dibawa masuk terus dari China pada awal-awal dilancarkan.

Bermula 13 December 2019, kerja-kerja pemasangan untuk model Proton X70 CKD dimulakan di kilang Proton di Tanjung Malim

Bermula Februari 2020, model CKD Proton X70 dilancarkan untuk jualan di dalam pasaran Malaysia.

Menurut laman web Soya Cincau, ada 7 perbezaan ketara antara model Proton x70 CBU & CKD tapi di sini Bang Aji nak highlight 3 je perbezaan yang paling signifikan antara Proton x70 CBU vs Proton X70 CKD

 

1 – Proton X70 CBU pakai gearbox 6 Speed Auto manakala Proton X70 CKD gunakan 7 Speed Gearbox jenis DCT (Dual Clutch Transmission)

Gabungan transmisi gearbox jenis Dual Clutch ini bersama Enjin asal Proton X70 1.8L TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) dikatakan memberi hampir 5% torque tambahan

Jika Proton X70 CBU dengan gearbox 6 Speed ATF menghasilkan 285Nm sahaja dalam Torque, Proton X70 CKD dengan gearbox jenis DCT pula memberikan 300 Nm torque

Apa yang bagusnya Torque tambahan dalam gearbox ni?

Senang cerita kereta lebih pickup la

Dengan gearbox DCT, Proton X70 boleh mencapai kelajuan 0-100Km/h dalam tempoh hanya 9.5 saat berbanding Proton X70 CBU yang mengambil masa 10.5 saat.

Laju 1 saat tu weh

Proton juga mendakwa gearbox DCT pada model Proton X70 CKD menawarkan lebih penjimatan Petrol sehingga 13% dengan anggaran 7.6 liter per 100 km

Ok gak tu jimat sikit poket kalau minyak tengah harga macam berlian kan?

 

2 – Proton X70 CKD mempunyai tempat duduk belakang yang lebih ergonomik boleh laras kecondongan

Model Proton X70 CBU punya tempat duduk belakang tak boleh adjust

Dia statik kecondongan pada 27 darjah sahaja

Engineer Proton improve pada model Proton X70 CKD dengan menambah kebolehan untuk penumpang melaras kecondongan daripada sudut 27 darjah ke 32 darjah

So korang bolehlah rasa lebih selesa bersandar kalau jalan jauh

Takdelah tegak sangat duduk kat seat tu sampai lenguh-lenguh pinggang

 

3 – Proton X70 CKD ada ciri-ciri Front Ventilated Seat (Hanya untuk Varian Proton X70 Executive ke atas – Varian yang mahallah maksudnya)

Apa kebenda Front Ventilated Seat ni?

Senang cakap, kerusi kereta korang aircond boleh keluar melaluinya lah

Biasa kan aircond kereta cuma keluar kat bahagian depan dashboard tu kan

Dengan ciri-ciri ventilated seat ni, aircond boleh keluar daripada kerusi kereta korang sekali woo

Jadi kalau korang memandu Proton X70 CKD yang dilengkapi ciri-ciri Front Ventilated Seat ni, korang boleh mengelakkan spender korang daripada basah sebab berpeluh memandu terperangkap di MRR2 semasa balik kerja di kala cuaca Malaysia panas lit lit

Best kan?

Depan belakang rasa aircond

 

Proton X70 Service Maintenance Program

Di bawah ini anda boleh mendapat maklumat asas tentang Proton X70 Service Maintenance Program

Berapa mileage untuk servis?

Mileage yang dicadangkan oleh Proton Malaysia adalah seperti berikut:

  • 10,000 km
  • 20,000 km
  • 30,000 km
  • 40,000 km
  • 50,000 km
  • 60,000 km
  • 70,000 km
  • 80,000 km
  • 90, 000 km
  • 100,000 km
  • 110,000 km
  • 120,000 km
  • 130,000 km
  • 140,000 km
  • 150,000 km
  • 160,000 km
  • 170,000 km
  • 180,000 km
  • 190,000 km
  • 200,000 km

 

Apa minyak hitam/ minyak enjin yang disyorkan oleh Proton untuk digunakan?

 

Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Proton

  • Kelikatan / Viscosity : 5w-40
  • API STANDARD: SN ke atas
  • Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic
  • Isipadu sebotol / Volume: 5 Liter @ 4 Liter + 1 Liter
  • Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 10,000 km

Memandangkan Proton X70 CBU & CKD ni menggunakan Enjin 1.8 Liter jenis TGDI, maka pastikan hanya menggunakan minyak enjin jenis Sintetik Penuh (Fully Sintetik)

Penting sebab nak jaga Turbo dan juga pengurangan deposit karbon pada enjin direct injection ni.

 

Apa minyak gear / gearbox oil yang disyorkan Proton?

 

Untuk Proton x70 CBU 6Speed ATF automatik:

  • Jenis minyak ATF Gearbox : Proton Auto Transmission Fluid for X70
  • Berapa botol minyak ATF gearbox nak kena pakai: Tiada data
  • Bila nak kena tukar minyak gearbox ATF: setiap 60,000 km @ 36 bulan sekali (3 tahun sekali)

 

Untuk Proton X70 CKD 7 Speed Dual Clutch Transmission (DCT):

  • Jenis minyak DCT Gearbox : DCTF (Dual Clutch Transmission Fluid for Proton)
  • Berapa botol minyak DCT gearbox nak kena pakai: Tiada data
  • Bila nak kena tukar minyak gearbox DCTF: setiap 60,000 km @ 36 bulan sekali (3 tahun sekali)

 

 

Apa spark plug yang disyorkan oleh Proton?

  • Jenis Spark Plug yang disyorkan: Tiada data
  • Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 4 biji Spark Plug
  • Bila nak kena tukar Spark Plug: setiap 60,000 km @ 36 bulan (3 tahun sekali)

 

 

 

Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Proton X70 ni?

  • Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
  • Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan : 4 Liter
  • Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Proton: setiap 60,000 km @ 36bulan / 3 tahun

 

 

 

Apa jenis / model bateri kereta untuk model Proton X70 ni?

  • DIN65 Amaron
  • DIN74 Amaron
  • DIN 66 Yokohama / Century / Camel
  • DIN75 Varta

 

 

Bila nak kena tukar Timing Belt untuk Proton X70?

Proton X70 tidak menggunakan timing belt untuk sistem penalaan enjin. Enjin 1.8L TGDI Proton X70 menggunakan teknologi timing chain seperti Perodua Myvi.

 

Bila nak kena tukar FEAD belt untuk Proton X70?

  • Normal practice setiap 60,000 km ataupun kalau keaadaan FEAD belt dah merekah sila tukar segera

Klik sini untuk info lanjut berkenaan FEAD & timing belt Perodua AXIA

 

Apa size tayar untuk Proton X70?

  • 225/65 R17

Kami berharap dengan perkongsian sedikit sebanyak info berkenaan Proton X70 Maintenance Service Package ini dapat membantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda

tukang taip

Recent Posts

Minyak Senfineco untuk Proton – Panduan lengkap di Malaysia

Minyak Senfineco untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan, umur…

4 weeks ago

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022

Proton EXORA Maintenance Service Package 2022 adalah satu kesinambungan program yang dibangunkan oleh Proton Malaysia…

1 year ago

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda

7 Sebab Utama Asap Putih Keluar Daripada Ekzos Kereta Anda ini perlu anda ketahui jika…

1 year ago

Minyak Mannol untuk Proton – Baca ni tak pening nak pilih

Minyak Mannol untuk Proton terdapat beberapa jenis yang sesuai bergantung kepada bajet, gaya pemanduan dan…

1 year ago

Honda Wave Dash Servis & Maintenance Guide

Honda Wave Dash ialah salah satu model motorsikal 4 lejang kategori cub yang dipasarkan di…

1 year ago

Perodua Kenari Maintenance Service Package

Perodua Kenari Maintenance Service Package ini adalah satu perkongsian yang kami ekstrak daripada program yang…

1 year ago