Honda ADV150 – Cara Penjagaan Motorsikal yang betul!

honda adv150 maintenance servis panduan

Honda ADV150 pertama kali dilancarkan di Malaysia pada Februari 2021.

Cara Penjagaan Motorsikal Scooter Honda ADV150 yang betul ini kami ekstrak daripada Buku Panduan Manual Honda ADV150 yang anda dapat secara percuma semasa pertama kali membeli motorsikal baru anda – yang kami pasti 90% pemilik motorsikal buat tak tau je atau berusaha untuk membaca buku manual tersebut

Honda Adv150 yang berharga RM11,999 (bukan OTR) ni khabarnya menjadi dambaan geng abah-abah yang inginkan gaya tunggangan yang santai automatic tapi nak nampak garang tak nak nampak macam tengah bawak jet ski atas jalan raya

Dua warna ditawarkan oleh pihak Boon Siew di Malaysia ini iaitu:

  • Vivacity Red
  • Mat Charcoal Gray Metallic

Tidak keterlaluan untuk kita katakan yang hype Honda Adv150 ni sama tinggi dengan model Yamaha Y16Zr yang juga dilancarkan baru-baru ini oleh Hong Leong Yamaha

Jangan risau abah-abah!

Kami akan memberikan sedikit sebanyak info penting berkaitan cara penjagaan/cara servis motorsikal scooter Honda yang hot ni supaya abah-abah tak koyak nanti sebab tak jaga jentera ini dengan betul & sempurna

honda adv150 maintenance servis panduan
Garang Kan? Kan?

 

 

Di bawah ini antara senarai soalan popular yang sering ditanyakan :

 

  1. Berapa liter minyak hitam/enjin Honda Adv150?
  2. Apa minyak hitam / enjin terbaik untuk Honda Adv150?
  3. Bila nak kena tukar minyak hitam / enjin scooter ini?
  4. Bila nak kena tukar oil filter Honda Adv150?
  5. Bila nak kena tukar coolant?
  6. Coolant Honda Adv150 berapa liter?
  7. Berapa botol coolant nak pakai untuk Honda Adv150?
  8. Apa jenama terbaik coolant Honda Adv150?
  9. Bila saya nak kena sembur chain lube pada rantai Honda Adv150 saya?
  10. Apa spark plug untuk motorsikal scooter saya ni?
  11. Apa tayar terbaik untuk motorsikal Honda Adv150 saya?
  12. Scooter ini pakai tayar tube ke tubeless?
  13. Berapa jari sportrim untuk tayar motorsikal saya?
  14. Bila nak kena tukar clutch plate scooter saya?

 

Honda ADV150 Specification

ENGINE
TypeSingle Cylinder, Liquid-Cooled, SOHC 4-Stroke, 2 Valve
Displacement149.3 cm³
Bore X Stroke57.3 mm X 57.9 mm
Compression Ratio10.6 : 1
Max. Power10.9 kW @ 8,500rpm
Max. Torque13.9 N.m @ 6,500rpm
Engine Oil CapacityNew0.8 ℓ (Periodic Replacement)

 

FUEL SYSTEM
Fuel SystemFuel Injection (PGM-Fi)
Fuel Tank Capacity8.0 ℓ

 

ELECTRICAL SYSTEM
StarterElectric Auto Start
Battery Capacity5 A.h (10h)
ACG Output12 V
TRANSMISSION
Clutch TypeAutomatic Centrifugal Clutch Dry Type
Transmission TypeAutomatic. V-Matic
CHASSIS
Frame TypeDouble Cradle
Dimensions (L x W x H)1,950 mm x 763 mm x 1,153 mm
Wheelbase1,324 mm
Seat Height795 mm
Ground Clearance165 mm
Kerb Weight133 kg
SUSPENSION, WHEELS & BRAKE
Suspension TypeFrontTelescopic
RearTwin Subtank Suspension
Rim SizeFront14 M/C X MT 2.50
Rear13 M/C x MT 3.50
TyresFront110/80 – 14 M/C 53 P (Tubeless)
Rear130/70 – 13 M/C 57P (Tubeless)
Brakes TypeFrontHydraulic Disc, ABS
RearHydraulic Disc

 

 

Hond ADV150 – Apa minyak enjin / minyak hitam / engine oil yang dicadangkan?

Berikut adalah minyak hitam/ minyak enjin yang dicadangkan oleh Boon Siew Honda

  • Kelikatan / Viscosity : SAE 10w-30 
  • API STANDARD: SG ke atas
  • JASO T 903 standard: MB
  • Jenis / Type -: Sintetik Penuh / Fully Synthetic atau Semi Sintetik / Semi Synthetic atau Mineral
  • Isipadu sebotol / Volume: 1 Liter
  • Bila nak kena tukar minyak hitam / minyak enjin : setiap 5,000 km untuk Fully Synthetic & setiap 3,000 km untuk Semi Synthetic & 1,000 km untuk Mineral

 

 

Apa spark plug yang digunakan oleh model Honda ADV 150 ini?

  • Jenis Spark Plug yang disyorkan: MR8K-9 NGK Spark Plug
  • Berapa banyak Spark Plug nak kena tukar: 1 biji MR8K-9 NGK Spark Plug
  • Bila nak kena tukar Spark Plug: bila dah rosak

 

 

Apa Enjin Radiator Coolant yang sesuai untuk model Honda Adv150 ni?

  • Jenis coolant radiator enjin yang disyorkan adalah: Ethylene glycol based anti-freeze solution
  • Berapa liter coolant radiator enjin yang disyorkan:   –  0.48 liter
  • Bila nak kena tukar radiator enjin coolant seperti yang disyorkan oleh Boon Siew: setiap 3 tahun

 

Bila nak kena bersihkan/ bubuh minyak atau sembur chain lube pada rantai & sprocket scooter saya ni?

Honda ADV150 tidak menggunakan rantai dan sprocket sebagai sistem transmisi kuasa untuk menggerakkan roda

Scooter ini menggunakan Drive Belt

Bentuk drive belt ni lebih kurang macam timing belt kereta dia ada gigi

Boon Siew mencadangkan untuk menukar baharu drive belt scooter Adv 150 ni setiap 24,000km mileage meter

 

Minyak brek yang disyorkan:

  • DOT 3 ataupun DOT 4

Berapa liter minyak transmisi/minyak gear/minyak gearbox untuk motorsikal scooter Honda ADV150 ini?

  • 0.12L – selepas pembuangan
  • 0.14L – selepas penanggalan

 

Berapa tekanan tayar yang disyorkan untuk scooter saya ini?

  • Depan – 200kpa
  • Belakang – 225kpa

 

Bateri yang digunakan

  • YTZ6V 12 V-5.0 Ah (10 HR)

 

Kami berharap perkongsian kami ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada mereka yang sedang berkira-kira nak mendapatkan scooter ini

Aspek penjagaan kenderaan yang berdisiplin sebenarnya sangat penting

Kegagalan mematuhi disiplin penjagaan dengan betul bakal mengundang risiko yang tak terjangka seperti kemalangan semasa pemanduan mahupun kebocoran poket akibat terpaksa mengeluarkan kos tambahan yang boleh dicegah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *