Geran Kereta Hilang? Nak buat macamana ni?

Geran kereta ni dia macam satu watikah yang menyatakan bahawa anda adalah pemilik sah kepada kenderaan yang dinyatakan di dalam geran itu
Namun, jika anda masih mempunyai komitmen dengan institusi kewangan, anda bukanlah pemilik mutlak kepada kenderaan yang anda guna kerana anda masih tertakluk sebagai penyewa kenderaan tersebut
Apa? Saya dah bayar ribu-ribu masa nak dapatkan King Of The Road Myvi ni, tapi saya masih seorang penyewa? Biar betul, ni bukan kereta sewa kutttt..saya jaga dia macam bini saya sendiri tau….
Ya
Ramai dikalangan rakyat Malaysia ingat, lepas je dia dah bayar downpayment dan start bayar bulan-bulan, dia adalah pemilik sebenar kenderaan tu
Tidak tuan-tuan dan puan-puan
Masihkah tuan puan ingat masa nak tandatangan dokumen loan dengan pihak bank?
Tahukah kalian, nama dokumen tu ialah Perjanjian Sewa-Beli?
Bank bayarkan dulu nilai kenderaan yang telah dicampur dengan sejumlah keuntungan milik Bank kepada syarikat penjual kereta, dan kemudian bank sewakan kembali kepada anda untuk suatu tempoh yang dipersetujui & setelah nilai wang & tempoh masa yang dipersetujui matang, barulah kenderaan itu secara rasminya menjadi milik anda wahai Pak Karim.
Sebab itu, elakkan daripada terjebak dengan segala aktiviti sambung bayar
Boleh jadi naya Pak Karim oi!
Geran Kereta: versi lama vs versi baharu
Bermula 1 Jun 2016,pihak JPJ telah pun menggantikan Geran kereta yang lama yang dikenali sebagai Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) kepada geran kereta baharu yang dikenali sebagai Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
Bermakna, untuk pemilik kereta baharu selepas 1 Jun 2021, mereka akan memiliki geran jenis VOC
Bermula daripada penguatkuasaan ini juga, untuk memperbaharui LKM Cukai Jalan Roadtax, pemilik kenderaan tidak perlu membawa bersama geran kereta untuk dicetak butiran transaksi seperti kebiasaannya di bahagian belakang geran jeni RC ini

Dengan pengenalan VOC ini juga, tidak menjadi mandatori untuk membawa bersama dokumen ini semasa urusan
Geran Kereta hilang, nak kena panik dulu ke macamana?
Relax
Benda kalau nak jadi dan dah jadi. kita tak boleh nak buat apa
Apa yang kita boleh buat, kita dapatkan je salinan geran kereta pendua yang baharu daripada sistem pengkalan data pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Menerusi langkah-langkah yang telah kami ekstrak daripada website JPJ, berikut adalah prosedur yang perlu dilakukan untuk memohon salinan pendua baharu geran kereta kita kalau hilang
Mulai 21 Jun 2010 . Permohonan pengeluaran salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan hanya boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau pegawai agensi kerajaan/syarikat/pertubuhan yang diberi kuasa atau waris sahaja.
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :-
Permohonan oleh Pemilik Berdaftar
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
- Identiti Pengenalan diri asal untuk semakan.
- Surat Kebenaran dari institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja)
- Fi yang telah ditetapkan.
Wakil hadir bagi pihak pemunya berdaftar
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi dengan lengkap.
- Pegawai Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan;
- Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
- Fi yang telah ditetapkan.
Permohonan oleh Waris
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap;
- Salinan Identiti Pengenalan Diri pemilik berdaftar kenderaan;
- Salinan Identiti Pengenalan Diri waris;
- Dokumen sokongan sebagai bukti sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang Diberi Kuasa;
- Dokumen sokongan sebagai bukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan;
- Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;
- Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
- Fi yang telah ditetapkan.
Contoh Borang JPJ K7

Proses ini semua dapat diselesaikan dengan menghadirkan diri di pejabat JPJ yang berdekatan.
Bayaran FI akan dikenakan untuk permohonan ini iaitu sebanyak RM50 untuk geran kereta dan RM20 untuk geran motosikal.
Kami berharap perkongsian kami kali ini dapat menjadi asbab kebaikan & seterusnya memberikan manfaat kepada orang lain
Jika anda merasakan perkongsian kami ini bermanfaat, ketikla butang share di bawah ini supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaatnya

Leave a Reply