Abang pakai kereta H, akak & abang JPJ cari ni

Gempar harini di media sosial
Kenapa abang-abang pakai kereta H dicari oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia?
Ada masalah ke?
Ya memang ada masalah, tapi bertenang.
Masalah ini bukan sebab kesalahan abang-abang pakai kereta H lepas tu convert bodykit Mugen Type RR siap tampal lencana Type RR
Masalah ini berkaitan dengan “manufactures defects” atau “kerosakan oleh pihak pengeluar”.
Yang sebenarnya, bukan abang-abang pakai Honda sahaja yang di cari, tetapi abang-abang yang pakai kereta jenama lain juga sebenarnya perlu ambil tahu
Apakah sebenarnya masalah yang terjadi?
JPJ Malaysia mengambil berat tentang masalah & isu berkenaan sistem beg udara dalam kereta (SRS AIR bag system) keluaran syarikat pembekal dari Jepun, Takata Corporation
Takata Corporation yang ditubuhkan pada tahun 1933 merupakan pembekal terbesar kepada jenama utama automotif dari Jepun seperti Honda, Toyota, Mitsubishi, Nissan untuk sistem keselamatan beg udara dalam model-model kereta mereka
Namun demikian, Takata Corporation kini sudah tiada kerana telah memfailkan notis kebangkrapan pada tahun 2017
Dan bermula pada tahun 2018, bulan April, Takata Corporation telah dimiliki sepenuhnya oleh oleh syarikat daripada China yang bernama Joyson Safety System
Oleh yang demikian, JPJ Malaysia menerusi siaran di Facebook Rasmi JPJ Malaysia telah menggesa untuk pemilik-pemilik model kereta yang terlibat yang dipasang dengan model Takata airbag untuk segera memeriksa & menukar di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh pemilik jenama kenderaan tersebut

Berikut adalah jenama pengeluar yang terlibat:
1.HONDA : https://productrecall.honda.com.my/
2. TOYOTA : https://toyota.com.my/aftersales-…/special-service-campaigns
3. BMW : https://www.bmw.com.my/…/bmw-owners/takataairbagtechnicalca…
4. SUBARU : http://sites.subaru.asia/my/en/owners/aftersales/?pg=recall
5. MAZDA : https://mazda.com.my/Community/takata-announcement.aspx…
6. MANNOL MALAYSIA CLASSIC : https://shopee.com.my/Mannol-Classic-10w-40-HC-Synthese-Finzol-Care-Fully-Synthetic-Engine-Oil–i.123784310.2683211361 call/
7. NISSAN : http://servicecampaign.nissan.com.my/
8. MITSUBISHI : https://www.mitsubishi-motors.com.my/product-recall/
Serius sangatkah isu Takata Airbag ni?

Isu Takata Airbag ini sebenarnya isu global
Bukan hanya pemilik kenderaan di Malaysia yang terkesan & terlibat dengan isu Takata Air bag sistem ni
Vehicles made by 19 different automakers have been recalled to replace frontal airbags on the driver’s side or passenger’s side, or both in what NHTSA has called “the largest and most complex safety recall in U.S. history.” The airbags, made by major parts supplier Takata, were mostly installed in cars from model year 2002 through 2015. Some of those airbags could deploy explosively, injuring or even killing car occupants.
Sumber: consumerreports.org
Nampak tak betapa seriusnya isu ini?
Masalah yang berkaitan dengan Takata Airbag ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecedaraan, malahan telah ada laporan yang menyebabkan KEMATIAN akibat Takata Airbag ini
To date, there have been 16 deaths due to this problem in the U.S. Worldwide, NHTSA reports there have been at least 24 deaths and 300 injuries.
Sumber: consumerreports.org
Sehingga bulan Mac 2019, telah dilaporkan sebanyak 24 kematian berlaku & 300 mengalami kecederaan kerana isu Takata Airbag ini

Jadi, isu Takata Airbag ini bukan isu yang bishe-bishe
Segeralah ambil tindakan jika anda sayangkan nyawa insan-insan yang anda sayangi
Sistem Beg Udara (Airbag system) sepatutnya menjadi sistem yang membantu pengguna mengurangkan risiko kematian apabila berlaku pelanggaran
Bila dah jadi begini, bolehlah kita samakan dengan peribahasa Melayu lama
“Harapkan Pegar, Pegar makan padi”
Klik pada link di atas untuk menyemak samada model kereta anda terlibat untuk proses recall ataupun tidak
Akak dah cek, kebanyakan daripada laman web di atas hanya meminta nombor VIN ataupun nombor chassis kenderaan anda sahaja
Tak lama pun masa nak semak dari website mereka tu, paling lama pun 15 minit kalau line telefon anda dalam keadaan GPRS……..


Leave a Reply